Saturday, August 13, 2011

Anak dara sunti ( Ramadhan)

Assalamualaikum,

Syukur kita ke hadrat Allah krn kita diberi kesempatan olehnya berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan kenikmatan yang tidak ada pd bulan lain. Antaranya
i. Sebulan puasa.
ii. Zakat fitrah.
iii. Malam lailatul qadar.
iv. Ganjaran pahala yang berganda.
v. Nuzul Al-Quran

Kita telah melalui fasa pertama ramadhan iaitu rahmat dari Allah, dan insyaallah kita sedang melalui fasa kedua iaitu pengampunan dr Allah dan seterusnya fasa ketiga iaitu bebas dari api neraka.

Pada fasa ini kita disaran membanyakan istiqfar semoga kita di ampunkan oleh allah.
Tapi untuk mendapatkan keampunan dari Allah bukanlah mudah, banyak halangan dan banyak alasan daripada kita . Mari kita lihat sekeliling kita semasa bulan ramadhan bagaimana diri kita menyambutnya. Awal ramadhan ramai dari kita dapat memenuhi masjid sehinggakan tiada ruang dan parking di masjid, masuk fasa kedua bilangan jamaah dah menampakkan kurang sedikit dan pada fasa ketiga masjid telah lengang dan tempat yang sibuk sekali ialah tempat membeli belah. Tuhan uji kita dengan gaji dan bonus iaitu sedikit shj imbuhan dunia tetapi tuhan gandakan pahala pada akhir-akhir ramadhan, malangnya kita tinggalkan yang bayak tetapi kita rebut yang sedikit. Ana nak pesan pada diri ana dan para sahabat supaya kita ubah cara kita menghayati ramadhan, kalau dulu kita sibuk pada akhir ramadhan dengan urusan dunia dan keluarga sampai membataskan kita mengingati Allah maka tahun ini kita sibukan diri kita dengan amal;an-amalan yang medekatkan diri kita dengan Allah. Anggaplah ramadhan ini adalah ramadhan yang akhir bagi kita krn kita belum tahu lg adakah kita akan berjumpa dengan ramadhan tahun depan. Akhir sekali ana harap semua para sahabat diberi rahmat dan pengampunan dari Allah krn itulah yang kita dambakan setiap kali kita berpisah dengan ramadhan.

2 comments:

  1. Aslmkm.

    Alhamdulillah, marilah sama2 kita mengangkat setinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua kita masih mampu berada lagi diRamadhan kali ini.....T.kasih HPH atas peringatan ini...nampaknya fasanya ke-2 ini lebih mencabar lagi keimanan kita kerana inilah hakikatnya bilamana Allah swt nak bagi pengampunan kepada hambanya...
    Pengampunan kita didunia adalah satu benda yang juga sukar melainkan adanya bukti dan evidence yang cukup dan meyakinkan....inikan pula kita yang inginkan pengampunan Allah swt...sudah tentu akan diuji....namun yang penting bagi kita sebagai hamba ialah sentiasa mengharapkan redha dan rahmat serta pengampunan dari Allah swt setiap masa...sentiasa positif dengan sifat rahmah Allah keatas hamba2nya ...jadi marilah sama2 kita imarahkan baki2 terakhir yang ada ini seperti yang disarankan oleh HPH pada kita semua.. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik yang dapat kita persembahkan kepada Rabbul Jalil kita Allah swt....

    Wallahualam...

    Wassalam....

    Sahabatmu...

    Jamal Nasir

    ReplyDelete
  2. Satu peringatan yang amat berguna buat kita semua.

    ReplyDelete