Saturday, January 22, 2011

Penggunaan Perkataan SALAM

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? Apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan.........ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Wa’alaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh.” Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan jawab salam - "Wa’alaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah "WA’ALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM."

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASRI ye" contoh lerr. Dan bukannya : "Kirim salam kat ASRI yer.” Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti " Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "A'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana As Salam ialah dari perkataan "Assalamualaikum".

Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope." Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "Celaka Kamu." Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalammualaikum." Tolong sebarkan kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Semoga kita sama-sama beroleh manafaat.

Thursday, January 6, 2011

Setuju atau Tidak?

Saban hari kita semakin terhimpit dengan kenaikkan harga barang. Kita dipaksa untuk membeli harga barang yang adakalanya menyebabkan kita terpaksa mengikat perut agar kita terlepas untuk makan malam. Bayangkan pula jika yang sudah berkahwin dan mempunyai anak?

Kita dijanjikan dengan pelbagai janji oleh BN khasnya Najib dan Rosmah. Bangunan tinggi sana - sini. Kemudahan awam yang bersifat nombor satu dunia. Semuanya hebat dan terhebat di dalam dunia. Tapi percayakah kita semua?

Dahulu Pak Lah menjanjikan koridor sana - sini. Namun dalam menjanjikan koridor sana - sini kita masih dihimpit dengan wang didalam saku cepat habis. Harga barang melambung naik. Walaupun Pak Lah sanggup mencemar duli pergi ke negeri Kelantan dengan menjanjikan pembangunan yang maha dahsyat, namun dengan kesempitan wang semuanya dilihat tidak berguna.Bukan saja koridor dah hilang, beranda pun tak nampak sampai hari ini.

Sekarang janji manis yang terlalu manis oleh Najib dan Rosmah dilakukan semula. Janji-janji seperti Pak Lah dikitar - semula oleh Najib dan Rosmah. Bangunan 100-tingkat, pembangunan ekonomi yang mantap dan hebat dan macam-macam lagi. Tapi Najib dan Rosmah tetap tidak mampu menaikkan taraf kehidupan rakyat.

Kita dipaksa membayar harga mahal kerana hasil pembelanjaan mewah oleh BN. Kita sudah tidak punya wang. Negara sudah tidak punya wang. Maka rakyatlah menjadi mangsa. Kita rakyat dipaksa menambahkan duit negara dengan dipaksa membayar harga barang yang melampau tinggi akibat dari pembelanjaan boros oleh pemimpin BN!

Apa tugas kita jika tidak terus mahu dipermainkan sebegini rupa. Sudah lama kita dipermainkan. Kita dipaksa menjadi bodoh dengan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin BN. Apakah kita mahu terus menjadi bodoh dan tuli? Apakah terus mahu dipermainkan seperti manusia yang tidak punya otak?

Kita cerdik dan kita harus buktikan. Berikan satu signal jelas kepada mereka, bahawa kita sudah menyampah dengan gaya mereka memperbodohkan kita. Kita bakal menghumban mereka. Kita bakal mentalkinkan mereka. Rakyat Malaysia harus memastikan BN karam dan disepak keluar dari Putrajaya.
Sudah tidak ada gunanya jika kita terus memberi peluang BN memerintah negara ini hatta negeri sekali pun.

Kita sudah melihat contoh terbaik dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Semuanya telah menikmati pemberian demi pemberian oleh kerajaan negeri. Sepanjang BN memerintah apa yang kita dapat? Masanya sudah tiba kita menghumbankan BN ke Laut China Selatan. Harus dan wajib!!

Copenhagen 6.30am

Saturday, January 1, 2011

Warkah Tahun Baru

APA SEBENARNYA KITA..............

Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 januari daripada 1 Muharram..

Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 febuari daripada 12 Rabiul Awal..

Kita sebenarnya lebih membesarkan hari sabtu, Ahad daripada hari Jumaat..

Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan..

Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada menunaikan solat..

Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan daripada nama nabi-nabi Allah..

Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello!.. hai! daripada Assalamualaikum..

Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid memuji Ilahi..

Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri..

Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah-majalah hiburan daripada buku-buku agama..

Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, tempat yang menghiburkan daripada ceramah agama..

Kita sebenarnya lebih suka mengumpat daripada menceritakan kebaikan sebagai ikutan..

Kita sebenarnya lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat..


Tetapi bila orang tanya arah tuju kita,


Kita pasti akan jawab


Kita sebenarnya lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka..


Layakkah kita ke syurga milik ALLAH s.w.t..


Tepuk dada, tanyalah iman…


Amal kita akan menjadi jawapan..