Saturday, July 30, 2011

Kembara Di Bumi Barakah - Brunei Darussalam

Tanggal 22/07/2011 hingga 25/07/2011 adalah pakej percutian 4H3M aku dan rakan sejawatku ke negara Brunei Darussalam. Kami telah membuat tempahan tiket untuk bercuti ini kira-kira hampir setahun yang lalu melalui Air Asia Promo iaitu hanya RM70 sahaja pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur dan terus ke Brunei Darussalam. Jam 10.55malam tanggal 21/07/2011 kami telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar ke LCCT Airport,Sepang dengan penerbangan Air Asia untuk ke Brunei Darussalam sambil aku memenuhi jemputan sahabat kita Pengiran Asri yang acapkali mengajak kita semua kesana,lebih-lebih lagi 4 orang yang telah ditawarkan tiket percuma 4H3M seperti yang dijanjikan beliau sebelum ini, aku salah seorang dari yang 4 tersebut adalah orang kedua selepas Halim Pak Aji yang telah sampai kesana. Penerbangan kami pada malam itu agak tenang dan kami selamat sampai di LCCT pada jam 12.05 tengah malam. Kami tidak membuat apa-apa tempahan hotel dan dalam waktu yang agak singkat, kami hanya sempat meninjau-ninjau dan berjalan-jalan disekitar kawasan LCCT tersebut sahaja sambil menunggu waktu berlepas pada 6.45pagi keesokannya....Setelah agak letih meninjau-ninjau,kami mula mencari parking dan tempat rehat sementara, nasib kami agak baik kerana ada satu tempat kosong didalam Restoran Coffee Bean berhampiran dan malam tu kami hanya sempat melelapkan mata bersandarkan kerusi di Coffee Bean sehingga jam 4.30pagi sebelum check-in. Setelah selesai menunaikan solat subuh, kami pun menaiki penerbangan berikutnya dan Insya Allah selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Hasanul Bolkiah,Bandar Seri Begawan,Brunei Darussalam pada jam 9.05pagi tanggal 22/07/2011 dan disambut oleh sahabat kita Tuan Pengiran Ir Mohamad Asri Ahmad.
Kami dibawa dengan Toyota Fortuner baru beliau terus kekedai makan untuk menjamah makanan memandangkan yang kami belum bersarapan lagi, kami menjamah Roti Canai Brunei dengan Teh Tarik sebagai menu pembuka pada pagi ketibaan itu. Sambil kami berborak-borak dengan Tuan Pengiran, kami dapat merasai akan ketenangan pada pagi Jumaat itu dimana suasananya yang aman dan tidak kalam kabut , kami dapati kenderaan juga bergerak  dengan tenang dan tersusun.Alhamdulillah

selesai sarapan,kami dibawa bersiar sekitar kawasan yang  berdekatan sebelum dibawa berehat dirumah baru beliau yang akan diduduki sebelum Ramadhan ini. Alhamdulillah, hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri..itulah pepatah yang sesuai dikatakan kepada sahabat kita ini... dengan izin Allah dan perancangannya jua sahabat kita ini mampu untuk memiliki rumah yang bernilai lebihkurang RM1.2juta,
 sesuatu yang Allah anugerahkan kepada beliau hasil dari satu perjalanan yang jauh...satu pengorbanan yang berat... satu ujian yang agak perit...satu tribulasi dan nostalgia yang sukar dilupakan.....Alhamdulillah.

Kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Hasanul Bolkiah.. suasana hari itu agak nyaman dengan hujan renyai-renyai... Apabila melangkah sahaja masuk  kedalam masjid..rasa nyaman tadi semakin bertambah kerana  udara Air-cond yang sejuk dan menyegarkan.... Itulah masjid-masjid diBrunei,semuanya berhawa dingin ,negara barakah yang ditadbirkan oleh pemimpin yang melihat keperluan rakyat, mentadbir negeri dari hasil bumi yang makmur yang dianugerahkan Allah SWT , menggunakan kemewahan dan kemakmuran tersebut untuk kepentingan rakyat jelata, rakyat didahulukan serta pencapaian diutamakan, rakyat juga tidak dibebankan dengan cukai dan sebagainya, sistem Islam cuba ditegakkan, maksiat dijauhi,  kadar elektrik yang murah dan tidak membebankan rakyat dan lain-lain perkara lagi.
 Tengahari itu kami dibawa makan diRestoran Orang semenanjung yang menyajikan berbagai sajian yang menyelerakan, aku makan Nasi Bariani Daging masak Tok yang terselera aku untuk menjamahnya pada hari itu, layanan yang agak bagus dari pelayan yang menutup Aurat serta kadar harga Brunei yang berpatutan membuatkan ramai yang mengunjungi kedai tersebut .... Aku diberitahu yang rombongan Cikgu Sukarno bersama dengan ahli PAKSI Kedah juga turut diraikan disini.... Setelah diisi penuh kekenyangan ,kami bertolak  ke rumah sahabat kita di Kuala Belait yang terletak lebihkurang 110km dari Bandar Seri Begawan...
Kami dibawa berjalan-jalan melihat kawasan sekitar Pekan Kuala Belait, kawasan perumahan yang disediakan oleh kerajaan Brunei untuk kakitangannya,dimana rumah teres dua tingkat yang nilainya ditempat kita dalam lingkungan melebihi RM150K dijual hanya pada harga BD28K sahaja iaitu lebihkurang dalam RM70K ....
Kami juga dibawa melihat Pasar Kuala Belait dimana peniaga dari pelbagai kaum turut berniaga disitu dengan kadar sewa premis perniagaan yang amat murah iaitu untuk satu Lot hanya BD8 ke BD10 sahaja sebulan...pada aku gerai sebegitu kalau diMalaysia akan disewa pada kadar RM 150 ke RM200 sebulan...Itulah satu yang cukup ketara yang dapat kami lihat sendiri Rakyat diutamakan.... bukan Rakyat dibebankan.
 Satu lagi yang kami lihat ialah pengutamaan tulisan jawi dalam semua papantanda dan juga billboard yang terpampang disimpang-simpang jalan. Kawasan Taman-taman permainan dan taman bunga bebas dari gejala sosial dimana kami tidak berjumpa lansung Mat Rempit yang berpacaran bukan saja diatas motor malah juga tak nampak ditaman-taman bunga, hanya yang ada keluarga yang membawa anak-anak bermain dan bersiar disekitar kawasan padang permainan dsbnya...malah motor juga jarang dijumpai dijalan-jalan raya.. tak sampai 5% sahaja rasanya. Rumah-rumah tak perlu kepada jeriji besi, bengkel-bengkel besi kelihatan meletakkan besi-besi diluar kedai begitu sahaja tanpa perlu dikunci kerana ianya bebas dari kecurian....rasanya itulah barokah yang Allah campakkan kepada rakyat negeri itu bila pemerintahnya tidak menggalakkan maksiat,benda-benda haram seperti Arak dan judi tidak dibenarkan dijual,Disco dan Karoke juga tidak digalakkan, semuanya itu menjurus kepada barokah Allah dan rahmatnya untuk rakyat sekeliannya. 
Malam itu kami disajikan makan malam diRumah Tuan Pengiran oleh Mak Mertua beliau kerana isterinya berada di Kuala Lumpur. Lepas makan kami ke Port diluar rumah  dan mula berborak-borak dengan berbagai-bagai cerita Nostalgia sambil pekena Milo dan juga karipap panas sehingga 1.00pagi,Sahabat kita perlu tidor awal kerana esoknya beliau akan bermain Golf sempena sambutan Ulangtahun Sultan Brunei yang ke-65,beliau adalah juara bertahan pada kejohanan yang lalu......manakala kami pula akan dibawa oleh anak buah beliau ke Miri,Serawak....
Tanggal 23/07/2011 pagi, selepas disajikan breakfast Nasi Lemak Ayam ( Nasi Katok ) panggilan orang Brunei,kami sempat berbual-bual pagi sebelum bertolak ke Miri dengan anak buah Asri ,Mohammad Khairul Ashraf atau panggilannya Khai, orang Kedah juga..
Kami bertolak jam 10pagi dan Tuan Pengiran akan ke Golf-Course pada pukul 11pagi. Sebelum kami bertolak Boss sempat pesan kepada Khai agar jangan lupa bawa kami makan Nasi Lelapan kat Miri sana nanti... Moha dengan Mat wie juga dibawa pekena masa depa mai Brunei hari tu.....
  Alhamdulillah, kira-kira satu hari juga kami dibawa pusing-pusing Miri ,....dan la juga pi tanya Gambe Serawak dan sedikit bekalan kraftangan serta anak Terubuk Serawak yang sempat juga kami beli sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke Semenanjung....
 Dalam perjalanan balik malam tu Khai bagitau kata Boss dah telefon minta balik cepat kerana makanan dah ready untuk makan malam.... bini boss dah balik, dah masak macam-macam dan tak payah makan kat luar lagi la....Malam tu pekena sup tulang dengan black pepper kambing ++....tersandar juga la lepaih tu....macam besa la boss kita lepaih makan kena layan dulu kat port tu..... potpet-potpet cerita hatnu hatni..habih juga la satu teko kopi dgn satu teko milo + karipap panaih berbagai rasa .... malam tu badan dah letih sangat terkulai ataih kerusi empok... biar  Tuan Pengiran kita bersembang dengan kawan aku tu,migi sampai pukoi 2.30pagi....
 Pagi 24/07/2011 ,punya la letih badan sampai suboh pun suboh gajah...lepaih pekena breakfast bihun udang besar,kami pun check-out dari rumah sahabat kita di Kuala Belait dan dibawa melawat sekitar kawasan minyak di Seria dan sepanjang pantai menuju ke tempat monumen 1billion barrel minyak yang telah dihasilkan....


Masya-Allah,kami lihat satu anugerah untuk bumi Brunei dimana dah la pelantar minyak banyak dilaut, di darat pun penuh dengan mesin-mesin pengepam minyak yang bertaburan....rasanya bilamana pemerintah cuba untuk mengambil sistem Islam, sumber hasil negara juga turut mendapat barokah dan rakyat turut merasai kemakmuran tersebut.. Pegawai-pegawai kerajaan menjalankan kerja dengan amanah dan jujur,rasuah pada kadar yang cukup rendah ataupun tiada...ini kerana imbuhan yang diberikan cukup baik seperti ganjaran tanah,rumah,pinjaman tanpa faedah, pakej haji dan lain-lain lagi.

Selesai dikawasan minyak, kami dibawa kekampong air sambil melihat suasana kehidupan disana...
 
 Sebenarnya mereka bukanlah gulungan yang kurang mampu tetapi mereka ingin mengekalkan suasana kehidupan sebegitu,..ini dapat dilihat dari deretan kereta yang sesak yang diletakkan dikawasan parking didaratan...

Kami sempat bergambar kenangan serta mengambil gambar  masjid ayahanda sultan...iaitu Masjid Sultan Umar Ali  Saifuddin walaupun tak sempat untuk tahiyyatul masjid disana disebabkan kesuntukan masa ....
Menu malam itu ialah Dim Sum orang Islam buat serta Ayam Penyet Indon di Giant Brunei....




Malam tu, kami menginap bersama dengan sahabat kita di Asma Hotel, Bandar Seri Begawan memandangkan keesokannya kami akan check-in untuk ke KL agak awal pagi.

 Sesungguhnya kembara ke Bumi Barokah ini semakin berakhir dengan seribu kenangan....
Layanan mesra serta kemakmuran yang dirasai rakyatnya menggamit sahabat-sahabat lainnya untuk turut sama merasai suasana ini..... Semoga Brunei terus makmur dan sahabat kita juga turut mendapat tempias darinya....dimana saja BumiMu jua Allah....

Awal pagi 25/07/2011, kami bangun seawalnya dengan dikejutkan oleh wake-up call dan bersiap-siap untuk check-out .

Sebelum bertolak balik,kami dibawa untuk breakfast sekali lagi dan kali ni kami pekena Nasi Katok sebagai kenangan breakfast di negeri Barokah ini.. Selepas itu kami terus ke Airport dan sahabat kita Tuan Pengiran Ir Mohamad Asri menghantar kami dan terus beredar meninggalkan kami dengan seribu kenangan di bumi barokah yang makmur serta rakyatnya hidup dengan penuh ketenangan.


Akhir kata, Aku dan kawan aku Tarmigi amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh Tuan Pengiran Ir Mohamad Asri semasa kami tiba sehinggalah kami selamat balik ke Malaysia, satu kenangan yang sukar dilupakan.... Semoga Allah SWT merahmati dan memberkahi serta memurahkan lagi rezeki keatas sahabat kita ini dimasa-masa akan datang diatas segala layanan yang telah beliau berikan.... Jazakumullahukhairankathiira.....

Wassalam,

Jamal Nasir
Tanggal 30/07/2011

2 comments:

  1. Assalamualaikum.
    Akhirnya sampai juga Ir Jamal kesana. Tentu seronok dengan layanan first class dr Tuan Pengiran kita di sana. Semoga murah rezeki tuan Pengiran kita krn selalu meraie tetamu.

    ReplyDelete