Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 - 5 ke 6 Ribu ke ni ?

( Rujuk laporan sayuti omar dalam kedahlanie....)
Macam ni ka kerja Polis ....... perhimpunan aman tukar bagi jadi kecoh.... Rakyat ni ganaih sangat ka.... tembah gas....bagi penerajang.........

Gambaran untuk tatapan Ex-SMDSO kita bersama...... anda semua hebat, ...fikir-fikrkan lah......


Jamal Nasir

8 comments:

  1. Aku dok tunggu Mie Tokwan punya komen........... lepas tu baru rasa nak tuleh apa-apa sikit.....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Semalam 9 July 2011, rakyat Malaysia melakar sejarah, perhimpunan bersih yang dipantau, disekat dan macam-macam hal akhirnya berjaya diadakan.

    KL ditutup untuk semua kenderaan awam masuk tapi peserta perhimpunan bersih 2.0 berjaya juga masuk, termasuklah aku sekali.

    Aku berada di Stesen keretapi KL (berhampiran masjid Negara) untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman BERSIH. Ksmi disekat dari pergi ke Stadium Merdeka, akhirnya kami berpecah menjadi kumpulan-kumpulan kecil, ada yang berjalan kaki ke Puduraya, petaling street dan stadium. Aku ke bus stand klang dan terus nak ke Stadium Merdeka, aku dapat maklumat yang peserta di stadium sudah berpecah dan menuju kearah bus stand klang dan pasar seni.Aku bertembung dgn kumpulan ini dan terus berReformasi sehingga ditembak dgn gas pemedih mata. Boleh tahan juga pukulan gas ini (kali terakhir aku kena pada 1998 zaman reformasi). Peserta berpecah ambil perlindungan, ada yang supply garam untuk dimakan kalau terhidu gas ini. Garam, InsyaAllah berkesan untuk kurangkan kesan kesakitan gas ini. Melayu, cina, India, Singh dll semuanya bersatu hati, bantu membantu. Kemudian berkumpul semula, menyanyi lagu Negaraku, bersih, bersih, undur najib, undur najib peserta berpesta sehinggalah ditembak gas sekali lagi. Berpecah dan ambil perlindungan, berkumpul semula di stesen LRT dekat bus stand klang. YB Zuraidah turut bersama waktu ni. Dua kali lagi kena tembak gas, masih berkumpul. Akhirnya lepas tembak gas, polis preman, polis uniform dan FRU ligan peserta bersih, aku lari ambil perlindungan distesyen LRT. Berkumpul semula kat atas jambatan dan seberang sungai, kena tembak gas lagi. Aku menyusur dan balik ke stesyen keretapi KL. Peserta pun dan mula berpecah-pecah dan bergerak, yang mana "hardcore" bergerak ke KLCC kerana ada maklumat untuk berkumpul disana.
    Jam 5 pm aku balik dengan komuter ke Shah Alam.

    Menakjubkan, aku jumpa sepupu aruah ayah aku yang umurnya dah lebih 70 tahun di stesyen keretapi KL, mai dari Kedah pakai kain pelikat, baju melayu dan berserban, datang semata-mata nak turut serta dalm perhimpunan bersih 2.0, untuk menyatakan ketidak puasan hati dgn SPR. Aku jumpa ramai warga emas yang turut serta dlm perhimpunan bersih 2.0 ni, semua bangsa ada. Bagaimana dengann ex- smdso 78/80 yang belum menjangkau umur 50 tahun, bangun dan bergerak untuk masa depan anak cucu kita. Sudah lama bangsa kita di bodohkan oleh bangsa sendiri dan mamak-mamak pemimpin parti. Sedarlah dari tidur yang panjang, bangun dan bergerak atau sekurang-kurangnya berilah sokongan. Ada cukup berani ke!!!!!?????

    Masjid negara ditutup atas alasan keselamatan, aku cuba untuk kesana sembahyang zohor tapi dihalang. Dilarang untuk menghampiri masjid kata polis wanita yang jaga dekat pintu stesyen keretapi. Apa dia ingat aku mai period kot. Bermisai berjanggut pun ada mai period ke???

    Apa yang aku tak jumpa adalah geng PATRIOT, yang gahnya lebih, baru berarak 200M kena sergah dgn polis dah bersurai, cakap lebih, telur kecut masuk perut. Geng PERKASA pun tak nampak, mungkin dah jadi harta PUSAKA atau PUAKA. Geng silat aku tak kenal sebab geng ni handal bila ramai saja, bila sorang sorang tak tau nak cakap la.

    Sekian,Wassalam

    ReplyDelete
  3. Sepupu ayah aku tu Jamal kenal, orang Telok Jamat kampung Jamal, saudara dia juga, aku panggil Pak Ngah Leh.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,
    Aslmkm.
    Moga kita diberi Allah nikmat dan kekuatan jua hendaknya...
    Tahniah, anda memang hebat Mat Wie....tapi Pak Cik Leh kira lagi hebat la...umur dah 70an tapi masih boleh turut bersama...kot kata la dia tu lekeh ka...anak2 & cucu dia pun tak kurang juga hebatnya...kalau tak silap Bang Jamil adalah bekas Pengarah Penjara Kajang gitu ka.... tapi tu la,demi satu keadilan ...masih mampu bersama.. respect.... Aku ni masih lagi takat tulih n sembang kat kedai kopi tu boleh la...nak pi Kl tu masih lagi rasa jauh...munkin satu hari nanti..Insya Allah.. Harap-harap kita Ex-Smdso pun boleh pikiar juga la.... bukan too emotional to discuss ,... just crack our head or think outside the box....lupakan sementara kesenangan yang kita dah boleh kaut atau bolot dari sistem yg dok ada dengan post yg kita ada....fikirlah tentang nasib orang lain yang terpaksa bertungkus lumuih demi sesuap nasi,..demi anak2 yang bersekolah....demi satu kehidupan yang semakin mencekik dek kerana ianya dimanage n ditadbirkan secara yang tidak telus... fikirkan untuk generasi akan datang dan bukan hanya untuk perut kita sahaja.....Bukalah hati dan minda kita seketika... lihat bagaimana hartabenda negara diurus dan dibolot tidak secara yang adil dan telus oleh mereka2 yang berada diatas dan beyang memimpin negara... Kita adalah generasi intelektual melayu yang diberi Allah kuasa berfikir... jgn hanya menjadi pak turut dan talibarut sahaja... ketahuilah bahawa kita akan ditanya nanti dihadapan Allah azawajalla tentang apa yang kita buat hari ini.......
    Bagi aku apa yang Bersih buat tu satu tuntutan yang elok..just nak minta satu Pilihanraya yang telus ....la....anak Mahadir ,Marina pun tulih sokong apa yang bersih buat and minta be matured sikit la ,jgn dok komen buta saja...kata dia kat Najib dgn SPRM punya boss ari tu....dia pun turut mai sekali,pikiaq tengok la anak sorang negarawan yang dibesarkan dalam sistem yang sediada lani boleh komen camtu.. mesti ada satu yang tak kena tu.....

    ok la....Camna pun Tahniah Mat Wie....

    Wassalam....

    ReplyDelete
  5. Takbir! allahhuakhbar. Mat Wei hang tak ambil gambar ka. Sesungguhnya hang adalah diantara yang beruntung krn dapat turut serta dan dapat menikmati suasana demo Bersih. Tahniah. Ada gambar simpan untuk bahan sejarah keluarga."Erti suatu perjuangan"

    ReplyDelete
  6. Aku ada cerita sikit kat hangpa semua. Masa dok dalam kelas 4Sains3 dan 5Sains3 dulu ada laa 2,3 orang yang "KAHAQ" dalam kelas ni. Aku pon boleh laa dok tumpang kahaq jugak dengan puak-puak ni... pasai..... terpaksa ......dah dok dekat dengan depa dalam kelas, nak buat macam mana. Pantang jumpak budak Cina.....nak hentam saja. Yang heran tu, bila budak pompuan Cina TAN BOON LIAT jalan depan kelas aku depa tak marah pulakkkkk, mungkin dapat perembang ??????? Hangpa tau laa masa -masa zaman jahiliah dulu.Tapi kahaq aku ada limit pasai ada mata-mata (Pak Ya Long - laa ni dah jadi Imam Besaq Masjid Taman Uda)dok hantaq report dekat Pak aku tentang perkembangan terkini boleh dikatakan setiap minggu. Pantang jumpak meja, kerusi.......mesti dia tuleh punya, buku teks, buku rampaian tok sah dok cerita lagi laaaaaaa. Dari dulu salah sorang dari geng ni telah mempamirkan identiti tersendiri dengan tulisan yang diukir atas meja, kerusi.........sampai meja aku pon dia sain dengan "nick name" dia - M ULWI BH.............Rupa-rupanya hang KAHAQ sampai ke tua laa Mat Wee........Aku TABIK SPRING kat hang......Laa ni hang dah naik pangkat, jadi WIRA SMDSO...bukan setakat UMNO, Mahaguru Silat, Brahim Taik Katak pon kecut teloq, KJ & Patriot lagi laaa....

    ReplyDelete
  7. betoi ka 6000 org atau 60000 org ?

    ReplyDelete