Sunday, June 27, 2010

Apa Sebenarnya Tujuan Kita Berdoa

Tujuan kita berdoa adalah mengikhlaskan apapun yang sudah menjadi kehendak atau ketetapan Allah. Apapun masalah yang kita hadapi hendaknya benar-benar menyandarkan diri kepada Allah sebagai penolong dan pelindung yang sebaik-baiknya. Apapun yang menjadi kehendakNya dan ketetapanNya itulah yang terbaik untuk kita.

'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya pelindung.' (QS. al-Anbiya : 88).

Dengan berdoa memohon kepada Allah akan membebaskan diri kita dari perasaan takut akan masalah maupun ketakutan itu sendiri. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah. Mereka tidak mendapat bencana apapun. Mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. ali- Imran : 173).

Lantas apa kuncinya sebuah doa dikabulkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala? Kuncinya terletak pada diri kita sendiri. Apakah kita termasuk orang-orang yang bertaqwa kepada Allah sehingga doa kita layak untuk dikabulkan atau tidak? Bagaimana dengan perbuatan kita sehari-hari? apakah memudahkan doa kita dikabulkan ataukah malah menjadi penghalang doa kita untuk dikabulkan?

'Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberi rizki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang berserah diri kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. (QS ath- Thalaq : 2-3).

Friday, June 18, 2010

NASIB SEORANG YANG BERGELAR................EMAK


Mungkin ramai antara kita yang seharian sibuk mengejar kesenangan duniawi. Beribadah dah cukup lengkap. Solat tak pernah tinggal apa lagi sedekah amal jariah. Tetapi mungkin ada satu yang kita terlupa. Renungkanlah.


Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon Mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak..

Renungkan:
Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah“. Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​.​.​.​.​.​

Tapi kalau Mak sudah tiada….

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkn JENAZAH ibunya……

Monday, June 14, 2010

Dimana dan kemana anak-anak kita dimusim cuti sekolah ini ?

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua dapat lagi kita sama-sama menghirup udara yang nyaman dan segar ini dalam rangka kita sebagai hambanya diatas mukabumi ini.

Kekawan yang dihormati,

Macamana dengan keadaan kekawan sekelian,semoga semuanya didalam sihat-sihat selalu dan didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya begitu juga dengan keluarga dan anak-anak kita semua hendaknya.

Tujuan ana menulis tajuk ini adalah untuk sama-sama kita syer dan fikirkan tentang sistem education kini dan akan datang yang mana rasanya agak jauh sekali berbeza dari zaman kita dahulu sehinggalah kita menjejak kaki ke menara gading sekalipun kita masih terkial-kial lagi dengan program komputer yang diajarkan kepada kita. Hal ini ternyata amat berbeza dengan keadaan anak-anak kita kini,mereka telah didedahkan dengan bermacam-macam program komputer sejak dari kelas Tadika lagi,ini adalah satu perkembangan terkini hasil dari kemajuan langit terbuka dan maya ini.

Sedar tak sedar cuti sekolah anak-anak kita dah pun masuk minggu kedua,macam-macam ragam mereka kat rumah tu,berselerah rumah dibuatnya,letih siibu dengan kerenah anak-anak ni,....macam ana tak dan lagi nak bawa depa semua pi bejalan ka,pi mandi air terjun ka,...makan angin la katakan,tapi hari-hari tu depa dok ungkit juga bila lagi nak pi nu...bila lagi nak pi ni, jadi ingat dalam minggu ni sebelum habih depa bercuti sekolah tu nak kena amik juga cuti untuk bawa depa jalan-jalan.....kan apa bagi depa release sikit..kat umah tu keja dok depan komputer saja,main game dalam internet la, dengar lagu kanak-kanak dan nasyid dalam internet tu la,download movie kat dalam internet tu la....macam-macam lagi la depa buat.....

Cuma yang lega sikit tu walaupun depa tak pi tuisyen,tapi ana ada berikan depa satu program tuisyen kat umah dalam bentuk e-leaning.....sambil depa dok main game tu,kita suruh juga depa main game ni,buat latihan dalam komputer secara on-line.

Program ni kawan ofis ana yang introducekan,dia ni anak dia kecik lagi,tapi anak-anak kawan dia banyak yang dah guna pakai dan success pula tu,ada yang UPSR 5A,PMR 8A la,jadi bagi ana ni anak ramai teringin juga la nak cuba, Alhamdulillah,bila bagi kat depa tu nampaknya depa seronok jugala guna,tak la boring sangat nak kena dok baca buku saja...dan kita pun boleh pantau dari opis....tengok perkembangan depa, setakat ni tu nampak ok jugala.... la ni anak ana yang kat sekolah Teknik Form 5 tu ana suruh pulun untuk SPM dia,yang UPSR 5A dulu tu la ni dok Form 1 pun guna juga la...yang sekolah rendah Darjah 3 & 4 tu pun nak guna juga bila dia tengok dalam buku tu banyak yang dapat 5A,semangat juga depa....

Bila tengok tang tu rasa baguih juga la,tak salah untuk ana suruh depa cuba,teringat masa kita makan hari tu kat Tg.Dawai, Baie kata dia dapat kontrak untuk supply komputer kat government hampir 1juta buah juga untuk bagi kat sekolah-sekolah seluruh Malaysia,..kalau macam tu memang sekolah-sekolah pun dah mula nak introduce dan pakai e-leaning ni la,tak terlambat lagi kita rasanya....

Bila kawan ana introduce untuk anak guna tu,ana pun ambik la tengok.... bila dah guna dan rasa baguih tu,rasa la pula nak syer dengan kawan-kawan..tambah-tambah pula kawan ana ni kata boleh pula dapat RM dan anak kita boleh guna percuma...
Ana nak cerita lanjut tak berapa tau sangat lagi,untuk lebih lanjut layarilah laman web dia ni.....

Program E-Learning Score A untuk anak-anak

Semoga sedikit maklumat yang dapat ana syer bersama kekawan ni berguna dan ada manfaatnya buat kita semua.Kalau rasa baik cubalah,tapi kalau rasa tak berapa penting pun tak apa,cuma fikir-fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita yang lebih cemerlang dan gemilang.

Selamat mencuba demi anak2 kita dan salam kejayaan untuk mereka semua.

Wassalam.

Jamal bin Nasir
016-5458368

Wednesday, June 9, 2010

PERTUMBUHAN EKONOMI DAN KADAR JENAYAH

Aku bukanlah seorang pakar ekonomi. Tapi bila dah menceburi bidang perniagaan, berbekalkan sedikit pengalaman apabila menguruskan sebuah syarikat milik sendiri, aku telah membuat kesimpulan bahawa "kekukuhan ekonomi sesebuah negara amat bergantung atau pun berkadar terus dengan kadar jenayah yang berlaku keatas negara tersebut". Dalam ertikata lain,

KADAR JENAYAH YANG AMAT RENDAH MENUNJUKKAN EKONOMI SESUATU NEGARA ITU BERADA DALAM KEADAAN YANG AMAT BAIK ..............Sila berikan komen anda

Saturday, June 5, 2010

MALAYSIA BANKRAP 9 TAHUN LAGI ??????? Part 2

Salam Semua,

Ada 2 perkara utama yang dibincangkan di sini.

1) Sabsidi

2) Bankrap

Kedua-dua perkara ini adalah 2 isu yang berbeza tetapi amat berkaitan antara satu sama lain.

Sabsidi : Ia amat berkait rapat dengan pendapatan. Istilah sabsidi ini akan wujud setelah pendapatan melebihi perbelanjaan. Bagaimana pendapatan boleh melebihi perbelanjaan? Ia nya hanya boleh berlaku jika kita mengamalkan urus tadbir kewangan yang cekap dan berhemah.

Contohnya: Sebagai ibu bapa yang mempunyai pendapatan (apabila berkerja), mereka berupaya memberi bantuan yang sempurna kepada anak-anak dan keluarga masing-masing. Bantuan yang mampu diberikan ini adalah merupakan sabsidi (secara sedar atau pun tidak, kita sebenarnya sedang memberi sabsidi kepada anak-anak dan keluarga kita selama ini sebelum mereka berupaya untuk berdikari mengikut kemampuan masing-masing). Masih ingat lagi ketika kita masih bersekolah di SMDSO pada suatu ketika dulu? Kita akan membawa duit poket harian (tak kiralah berapa pun....). Kebijaksanaan kedua ibu bapa kita mengurus kewangan membolehkan kita merasai nikmat ini selain dari keupayaan mereka membayar duit yuran sekolah, yuran peperiksaan, yuran PIBG dan sebagainya. Mereka telah berikhtiar untuk menyempurnakan persekolahan anak-anak mereka hanya dengan satu harapan iaitu akan memperolehi kejayaan dan kesenangan di masa hadapan.

Mereka selalu menasihati kita agar sentiasa berjimat cermat kerana "bukan senang nak cari duit". Kita akur dengan arahan yang diberikan oleh mereka (walaupun tak berapa faham pada ketika itu) kerana kita dapat melihat sendiri keikhlasan serta tanggungjawab yang amat tinggi yang mereka tunjukkan kepada kita. Sabsidi / bantuan yang diberikan kepada kita tetap cukup (kerana ada keberkatan). Mungkin ada sedikit rungutan daripada mereka tetapi tak lah sampai mereka mengishtiharkan bahawa mereka tidak lagi akan memberi sabsidi / bantuan kepada kita semua kerana mereka akan kehabisan sumber / duit dan akan bangkrap jika terus berbuat demikian.

Yang menjadi masalah disini ialah jika kita telah ditakdirkan mendapat ibu bapa yang tidak bertanggung jawab, tidak peduli hal ehwal rumahtangga, kaki perempuan, kaki joli, penjudi dsb nya, kita sebagai anak-anak telah teraniaya kerana tidak mendapat "HAK" yang sepatutnya.

Inilah konteks perbincangan sebenar kita sekarang. SABSIDI adalah merupakan HAK kita (rakyat) manakala pengurusan wang secara berhemah dan beramanah adalah tanggung jawab ibu bapa (pemerintah @ kerajaan). Ini merupakan hak setiap rakyat tak kira bangsa, agama dan juga keturunan.

Kita BERHAK untuk membeli kereta Proton dengan harga yang lebih murah dari negara Arab Saudi kerana ianya kereta RAKYAT MALAYSIA, tetapi mengapa keadaan yang sebaliknya telah berlaku? Mesti ada sesuatu urus tadbir yang tidak kena.....

Tak perlu pergi jauh.... lihat saja pendapatan hasil balak Negeri Kedah yang dibentangkan baru-baru ini. Tahun 2007 - 9.21 juta, tahun 2008 - 28.14 juta, naik 205.5% untuk kawasan pembalakan yang mempunyai keluasan yang sama (tanpa pembukaan kawasan baru) - Ini fakta, bukan angka ambil dari tepi longkang. Inilah hak rakyat (sabsidi) yang sepatutnya dinikmati bersama di kampung-kampung, kawasan pendalaman yang perlu diberi / mendapat segala kemudahan prasarana, bukan untuk orang Melayu saja, tapi untuk semua bangsa dan agama.

Bankrap: Ia akan berlaku apabila perbelanjaan yang diamalkan melebihi pendapatan, dalam ertikata lain perbelanjaan yang tidak berhemah di mana jumlah hutang tertunggak gagal dijelaskan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Di sini kita sedang membicarakan soal tanggungjawab, amanah, ketelusan dsb nya. Jika sifat-sifat mulia yang telah ditetapkan oleh agama tidak ada pada pemegang amanah ini, BANKRAP akan berlaku.

Takkan lah ALLAH swt tak tahu yang Malaysia ni mempunyai 27 juta penduduk? DIA yang buat. Setiap manusia telah dijamin rezekinya ketika berusia 90hari dalam perut ibu, tak kira perut ibu Melayu ka, Cina ka, Benggali kaa hatta dalam perut ibu Dayak Laut yang dok tengah pegang Laptop dalam blog (baru-baru ini)semuanya telah dijanji oleh ALLAH swt untuk disempurnakan rezekiNYA.

Oleh yang demikian, kalau kita telah diberitahu bahawa Malaysia akan bankrap tak lama lagi, ianya tak ada kena mengena dengan sabsidi yang diberikan kepada rakyat. Pengurangan sabsidi hanyalah berupaya memanjangkan sedikit tempoh / masa untuk negara kita menjadi bankrap.

Oleh itu, saranan saya pilihlah pemimpin yang beramanah, bertaqwa serta bertanggungjawab yang mampu membawa hala tuju negara berasaskan garispanduan yang telah ditetapkan oleh syara'.

Yang lain-lain tuuuuuuuu, lu pikirlah sendiri..........

Wassalam.