Renungan hari Jumaat 1 Jamadil Awal 1431 H (16 April 2010)
Assalamualaikum pada semua sahabat-sahabat semua. Alhamdullilah, pada kali ini ana dapat bersama dengan sahabat semua. Kelemahan diri ana yang diuji oleh Allah dengan sedikit musibah menyebabkan telah beberapa minggu ana tidak menulis . Bila kita muhasabah diri kita yang begitu lemah ini terasa begitu kerdil kita jika dibandingkan diri kita dengan para sahabat, orang-orang alim yang telah memberi seluruh kehidupan mereka pada agama, sedangkan kita setakat untuk menulis perkara-perkara nasihat pun tidak dapat istiqamah. Ana kagum dengan sahabat-sahabat kita yang rajin menulis disini dengan pelbagai nasihat, maklumat dan sentiasa menjalinkan hubungan silatulrahim antara kita walaupun digerbang maya. Semoga apa yang sahabat kita tulis disini allah menerima ianya sebagai amalan yang baik. Apa yang ingin ana utarakan disini semoga kita sama-sama muhasabah diri kita.
Sepanjang kekeringan idea serta kelemahan diri ana untuk menulis beserta dengan sedikit kekalutan masalah diri ini , beberapa perkara telah ana ingin kita berkongsi bersama para sahabat.
1. Ziarah kematian dan mengiring jenazah hingga kekubur.
Sesunguhnya dalam kemelut kehidupan masa kini banyak benda-benda yang dapat mengingatkan mati kita abaikan. Kalau dulu setiap binaan masjid akan adalah kawasan kuburan dekat dengan masjid. Masa kini setiap binaan masjid tidak ada lagi kawasan kuburan disediakan berhampiran masjid disebabkan masalah tanah. Apa yang hendak ana bincangkan disini ialah senario sekarang ini yang mana solat jenazahnya ramai tapi iring jenazah kekuburan orangnya sedikit sekali. Orang dulu-dulu bila buat masjid mesti fikirkan juga tanah perkuburan dan mereka memilih perkuburan mesti berhampiran masjid untuk memudahkan urusan perkebumian dan urusan ziarah kubur. Oleh krn dimasakini masalah pengurusan perkebumian menjadi mudah krn adanya kenderaan untuk menghantar jenazah kekubur. Oleh itu ramai orang tak kekubur semasa perkebuamian krn kuburnya jauh dari masjid serta sifat malas diri kita sendiri. Apa yang hendak ana ajak sahabat-sahabat semua fikirkan tentang diri kita ialah berapa kalikah kita solat jenazah dalam setahun dan berapa kali pula kita mengiringi jenazah hingga kekubur dan menyaksikan sendiri bagaimana jenazah itu disemadikan. Ana masih lagi teringat semasa ana tinggal di Tmn Sekamat Kajang di tahun 1981 krn belajar ditingkatan 5 atas ( SPM yg ke dua) . Rumah abang ana ini terpaksa melalui kawasan kuburan, jadi ketika ana balik sekolah (jalan kaki) jika ada jenazah dikebumikan ana akan singgah untuk melihat dari dekat terutamanya ketika jenazah dimasukkan kedalam kuburan. Setelah selesai semuanya ana akan berjalan balik dan semasa inilah ana akan fikirkan bagaimana keadaan mayat itu yang ditinggalkan untuk menjawab dengan malaikat. Ini sedikit sebanyak akan menyuntik rasa takut mati dan seterusnya memotivasikan diri kita dalam ibadat. Jadi dari cerita diatas ana bandingkan zaman sekarang anak-anak kita, kadang –kadang tak pernah kita bawa mereka untuk melihat suatu majlis perpisahan (penghantaran manusia dari dunia yang kita duduki sekarang kedunia yang asing bagi kita yang telah dijanjikan mengikut amalan kita) yang menyentuh hati setiap hadirin yang hadir. ( dalam ana fikir-fikirkan macam mana kita nak harapkan anak kita melihat amalan perkebumian ini sedangkan kita kita sendiri pun jarang-jarang hadir semasa perkebumian.) Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa kekalutan kita dalam kehidupan kita telah membataskan suatu amalan yang sememangnya Nabi Mauhammad s.a.w anjurkan pada diri kita untuk melakukannya. Sesungguhnya hati ini akan lembut serta penuh keinsafan apabila kita dapat melihat bagaimana pengakhiran seorang manusia dari kehidupan sementara kepada kehidupan kekal abadi yang mana kita semua akan lalui.
Sesungguhnya peristiwa mengkebumikan jenazah dapat memberi serta mengingatkan kita pada mati dan seterusnya bertanya pada diri kita adakah kita telah bersedia untuk kesana. Sama-samalah kita fakir-fikirkan diri kita dan keluarga kita.
Sekian untuk hari ini dan samnbungannya insyaalah dilain waktu. (takut kalau tulis habis, nanti minggu lain tak ada idea pula)
Kadang2 kita perhatikan semasa dirumah simati,begitu ramai yang datang mengunjung tapi waktu solat janazah tak seramai itu.Apa yang ramai org tak faham adalah kelebihan menyolatkan janazah serta mengiringi janazah kekuburan.
ReplyDeleteRasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga jenazah itu disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak) dan sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu? Baginda s.a.w bersabda: Seumpama dua gunung.
Bertapa besarnya ganjaran dari Allah untuk solat yang tak sampai 3 minit pun.Sama2lah kita berebut utk mendapatkannya.
WA.Che E.
Aslmkm.
ReplyDeleteAlhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah swt kerana dgn izinnya masih dapat kita meneruskan sekelumit lagi dari kehidupan ini untuk sama2 kita bermuzakarah dan memberikan komen membina disini....
Antara yang kita dok perati lani ialah kurangnya masyarakat untuk hadir sama2 menghadiahkan solat jenazah kepada simati walaupun kadang2 simati itu adalah saudara terdekat sendiri atau anak kariah setempat dsbnya.
Apa yang kita juga lihat ialah seolah2 menjadi masalah atau bebanan pula kepada keluarga simati apabila berlakunya kematian kepada keluarga tersebut,dah la mereka ditimpa musibah dengan kematian ahli keluarga, mereka juga perlu menyediakan wang ringgit bagi membayar upah orang menyembahyangkan jenazah yang berpusu2 datang ada yang tanpa dijemput... bukan itu saja sekiranya lambat atau tidak membayar secukupnya pihak yang mengambil upah ini akan meminta secukupnya termasuk duit van dsbnya.....budaya manakah ini....seperti yang che E katakan solat ini hanya tak sampai 3minit tapi kejahilan ummat menyebabkan budaya mengambil upah solat jenazah ini semakin berleluasa....
Agak keras sikit bahasa yang digunakan ini iaitu budaya mengambil upah,walaupun kita rasa ada juga pihak yang benar2 nak membantu bagi menyelesaikan Fardhu Kifayah ini...tapi anak kariah dan saudara2 terdekat adalah sangat2 dituntut,...belajarlah solat yang hanya 4 takbir satu salam,tanpa rukuk dan sujud ini.....jangan hanya kita mengharapkan lebai2 pondok saja....ini budaya kejahilan ummat yang perlu diatasi,ustaz2 perlu memainkan peranan dalam hal2 seperti ini...jgn biarkan ianya berleluasa...
Apakah ini natijah dari 50tahun buah yang luruh hasil dari kemerdekaan yang dikecapi,natijah Tarbiah anak didik penjajah yang berkuasa...yang memang suka kepada kejahilan ini, yang boleh memungkinkan mereka terus berkuasa dan semakain bebas berleluasa....????
Inilah juga tugas kita sebenarnya sahabat2ku.....
Wallahualam.....wassalam..
Salam.Aku setuju sangat dengan hang Jamal,kerana upah-mengupah ni aku bertekak dengan abang sulung aku semasa kematian emak aku yang lalu.Memang ada hadis yang mengatakan kalau tak silap bunyinya 'Jenazah yang disolatkan seramai 40 orang akan diampunkan dosanya',tapi jika kita lihat walaupun seramai 40 orang yang diupah (jika niatnya kerana upah) berbanding solat 4 orang yang ikhlas kerana Allah,yang mana lebih diterima Allah?
ReplyDeleteAlasan yang selalu diberikan 'biarlah,kita niatkan sedekah'.Saya kata orang yang datang solat tu orang miskin kah?Ada yang bawak kereta lagi,macamana kalau orang miskin yang mati,kita nak kata 'biarlah,kita niat sedekah sajalah'.Sepatutnya kita yang membantu keluarga simati dan bukan membebankan lagi penderitaannya.Ini adalah budaya bukannya agama.
Banyak lagi perkara2 yang tak ada dalam agama yang dilakukan semasa upacara menguruskan janazah tapi oleh kerana benda ni sudah lama diamalkan maka orang ingat ianya adalah ajaran agama.Jika perkara khilaf kita berlapang dada sajalah,tapi kalau yang ditokok tambah maka menjadi kewajipan kita mencegahnya (mengikut keupayaan kita lah),kalau tak mampu atau tak mau terjadi yang lebih besar seperti putus silaturahim,maka lebih baik diam sajalah.
WA.Che E.
Salam Semua Kawan-kawan,
ReplyDeleteTiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Aku ingin berkongsi sedikit cerita dengan semua kawan-kawan tentang urusan pengkebumian jenazah orang-orang Islam setelah berlakunya kematian di Negara Brunei Darussalam.
Untuk makluman semua, urusan pengkebumian jenazah orang-orang Islam di sini, semua perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Ke Bawah Duli Sultan. Bermula dari urusan memandikan jenazah, berkafan, keranda, gali kubur dan lain-lain termasuk penghantaran jenazah ke liang lahad dengan menggunakan kenderaan khas yang telah disediakan bagi tiap masjid semuanya adalah PERCUMA. Tidak hairanlah semua rakyat jelata disini amat sayangkan Raja mereka. Suatu jawatankuasa khas kairat kematian ditubuhkan dengan dilantik sendiri oleh Kerajaan Ke Bawah Duli. Mereka mempunyai tanggungjawab yang amat besar untuk mengendalikan pengkebumian setiap jenazah umat Islam dengan sesempurna yang boleh.
Jawatankuasa ini diberi Elaun Khas oleh kerajaan bagi mengendalikan segala urusan yang berkenaan. Kalau tak silap aku, orang yang ditugaskan untuk memandikan mayat sahaja layak menerima RM 1500.00 sebulan, tak kira ada orang yang meninggal atau tidak pada bulan tersebut. Selain dari itu, beliau juga bertanggungjawab untuk mengajar anak khariah seberapa ramai yang boleh pada setiap bulan cara-cara memandikan mayat mengikut syariat Islam yang sebenarnya. Yang lain-lain tu aku tak berapa pastilah pasai aku dah pesan dengan orang ini, kalau aku mati dulu daripada dia, aku dah wasiatkan agar dia memandikan jenazah aku. Kalau tak dapat mati di Makkah ataupun Madinah, mati di Brunei ni pun aku rasa dah cukup rahmat.
Tentang sembahyang mayat pula, amalan 'upah' ni aku tak pernah jumpa lagi disini.Tu yang amat menghairankan, ustaz disini tak banyak macam di Malaysia, tapi amalan yang tak dituntut oleh ugama ini masih berlarutan hingga kini di Malaysia. Di mana silapnya........... pun tak tau lah aku... Sama-samalah kita fikirkan.
Wassalam.