Monday, April 19, 2010

Petua Kesihatan Dari Ex-SMDSO

Assalamualaikum pada semua sahabat semua. Mari kita berkongsi maklumat tentang cara penjagaan kesihatan kita, mana tau petua dan amalan yang diamalkan oleh Nabi kita dan amalan orang-orang tua kita dapat memperbaiki kesihatan kita. Kita semua dah nak masuk kumpulan warga mas jadi buat persedian dari segi rohani dan jasmani. Meriahkan blog kita dengan sumbangsaran dari sahabat-sahabat semua. Dr.Shaltut ana lantik sebagai pemantau dan penasihat takut-takut petua yang diberi sahabat-sahabat kita nanti membahayakan tubuh badan kita. Dr. kita juga boleh memberi sumbangan idea bagaimana penjagaan kesihatan yang betul dari sudut perubatan moden. Sahabat-sahabat juga boleh menurunkan amalan-amalan Rasullallah dalam penjagaan kesihatan jasmani dan rohani. Ana rasa ramai sahabat-sahabat ada mengamalkan apa-apa petua , dan marilah kita sama-sama berkongsi maklumat dan Cukgu Li Mehad ana lantik sebagai pemungut petua untuk dibukukan. Ana harap idea ana ini dapat memberi idea menulis pada semua sahabat untuk menjalin hubungan silatulrahim antara kita digerbang maya. Ana menunggu-nunggu petua dari presisiden keluarga bahagia yang terkenal dengan kata-kata petuanya (buka slow-slow jangan gelojoh). Lan, Mat Wi , MKM, Dr kita , Cikgu Li Mehad, Profesor, Kri, Moha,Art Brahim dan Pengiran dan yang ana tak sebut namanya disini , ayuhlah kita semua menulis walaupun satu petua sahaja.
Semoga apa yang kita buat ini menjadi salah satu amalan yang diberi pahala yang berterusan oleh Allah jika ada orang yang mengamalkanya.(Ilmu yang diguna oarang antara tiga perkara yang kita mendapat pahala berterusan walaupun dah meninggal

1. Meninggalkan sarapan pagi.
Kita bangun pagi dengan tahap gula yang rendah dalam sehari. Sarapan pagi boleh meningkatkan tahap gula dalam badan dan seterusnya akan mempengaruhi metabolisma dan kimia dalam badan. Meninggalkan sarapan pagi boleh merosakkan 'komputer' yg paling komplek di dunia (otak). (Pengambilan gula disini secara semulajadi dalam makanan, bukannya menambah pengambilan gula)

Selamat berforum. Yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari ana yang lemah ini.

35 comments:

  1. Maaf kerana banyak ejaan yang salah. Tak dapt lagi nak ikut petua kawan kita -buat pelan-pelan

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum semua kawan-kawan.

    Mohon maaf tak dapat tulis dalam blog ini setelah sekian lama berada diluar negara kerana tugas dan tanngungjawab yang tidak dapat dielakkan. Hari ni baru buka blog, menarik juga idea dari HPH, Petua Kesihatan dari EX SMDSO......................

    Saya dah amalkan 2 petua, tak tahulah betoi ke tak dah lebih dari 10 tahu untuk menjaga kesihatan (yang penting dari segi rohani dan jasmani).

    Petua Pertama
    Minum Air Zam-Zam setiap hari. Minumlah dengan niat ia adalah minuman terbaik diatas mukabumi ini. Rasa-rasanya kita semua mampu untuk berbuat demikian (dengan membeli atau mendapatkannya daripada sumber yang sahih) - sekarang ini banyak dijual di pasaran tempatan.
    Memandangkan kandungan kejadian alam ini serupa dengan kejadian manusia, 2/3 di seliputi dengan air, maka berilah air yang terbaik untuk tubuh kita. Selain dari itu, niatlah dengan ikhlas semasa meminumnya agar dibersihkan hati daripada sifat-sifat yang tidak diredai oleh ALLAH swt.. Alhamdulillah, sehingga petua ini ditulis, saya belum lagi pernah demam dengan izinNYA setelah lebih dari 10 tahun. InsyaALLAH ini semua adalah anugerah dari ALLAH swt. yang saya rasai / nikmati sehingga kini.

    Petua Kedua
    Bersedekahlah setiap hari.
    Kita patut rasa sedih dan tidak senang hati jika pada hari ini kita belum lagi bersedekah. Tidak perlu rasa bimbang jika rezeki belum datang / sampai pada hari yang berkenaan. Kita selalu merasakan rezeki hanyalah berbentuk wang ringgit serta apa-apa pemberian yang kita terima. Sedarkah kita bahawa kita sedang diberi oleh ALLAH rezeki / nikmat yang tak terhingga apabila kita masih lagi mampu membaca tulisan ini?
    Amalkan jika hendak berjamaah di surau / masjid setiap hari / waktu sediakanlah RM1, 2,3.........100...... hatta 5sen, 10sen, 20sen..... dan berniatlah bersedekah dengan penuh ikhlas kerana ALLAH. Semasa bersedekah, berdoalah kepada ALLAH swt agar diberi kesihatan yang berpanjangan kepada tubuh badan kita agar kita dapat bersedekah lagi pada keesokan harinya........dan begitulah setiap hari yang seterusnya. Simpanlah sesuatu di dalam poket, berupa gula-gula atau pun yang seumpamanya untuk diberikan kepada kanak-kanak, kawan-kawan atau sesiapa juga yang dirasakan perlu apabila kita berjumpa ataupun terserempak. Amalan ini amat membantu agar kita menjadi orang yang sentiasa memberi daripada orang yang sentasa mengharapkan pemberian dari orang lain. Kita patut rasa "SUSAH HATI" jika pada hari ini kita masih lagi belum bersedekah atau menjadi orang yang memberi manafaat kepada orang lain. Perasaan "LEGA" akan menjelma apabila kita sudah bersedekah pada hari ini. Nikmat yang akan diberikan oleh ALLAH kepada kita (setelah bersedekah keranaNYA) amatlah sukar untuk digambarkan.

    Ini saja 2 petua yang telah dan akan terus saya amalkan sehingga ke akhir hayat, dengan izin ALLAH, insyaALLAH. Semoga dengan 2 petua yang datang dari hambaALLAH yang amat dhaif serta hina ini dapat memberi manafaat kepada tuan-tuan semua.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. Salam, satu cadangan yang amat cantik.Aku la ni belum jumpa apa-apa petua lagi tapi yang aku amat ingat sampai la ni ialah senaman harimau yang aku dan sapa lagi belajar di rumah Ad Ibrahim. masa tu boleh la lipat paha ni pi kanan kiri dengan senang tapi la ni nak kalih pun susah. Insyaallah jika ada apa-apa petua atau amalan yang baik akan aku siarkan. Betui kata HPH dan Asri sarapan pagi dan minum air yang banyak akan dapat membantu.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Pak Ya...Hg ingat lg kah sapa tok guru senaman harimau tu...

    Asri...petua tu aku dah amal sejak hg peturun d umah hg tempohari. Alhamdulillah moga menjadi suatu yg istiqamah.

    ReplyDelete
  5. Salam Moha,aku tak ingat dah tapi aku rasa yang ada pada masa tu aku, Fandi, hang,ad(pasal rumah dia) dan sorang lagi la.Bukan nya apa yang nak try pasal senaman harimau tu,pasal nak power la tu,masa muda katakan

    ReplyDelete
  6. Hampa dok cerita senaman harimau tapi tak tunjuk bagaimana caranya. Terimakasih atas petua Tuan Pengiran tu. Ana harap sahabat-sahabat semua dapat sama-sama kita amalkan.

    ReplyDelete
  7. Aslmkm wrth.
    Alhamdulillah.....semoga semuanya ceria2 dan didalam rahmat Allah SWT selalu hendaknya.....

    Lama juga rasa tak menulih dalam blog ni,tapi alhmdllah kekawan banyak yang dok tulih jadi buka tu ada juga la benda nak baca...

    Nak tulih petua,petua apa nak bagi...tapi petua yang Tuan Pengiran bagi tu kira baguih la,minum air yang terbaik didunia ni serta sedeqah...dua2 tu memang baguih....amalkan la...

    Bagi saya kekadang saya amik Madu Lebah,Harbatus sauda( Kapsul )dan saya memang suka minum minuman2 herba ni,tak kira la dia kopi herba ka atau apa2 herba yang sesuai....tapi kopi herba pun kena tengok juga la takut2 depa cuma bubuh flavour sahaja,krn itu akan jadi bahaya untuk buah pinggang kita...kalau takat kopi radix tu pun kira ok juga,tapi kena hati2 kerana dah ada yang tiru.....
    Susu kambing dan susu lembu ori pun baguih juga untuk diminum...kalau tak silap Nabi pun suka minum susu....

    Tentang nak maintain kesihatan kita ni..bagi saya, saya rasa senaman la paling best tak kira senaman apa la...jogging ka,cycling ka,main apa2 la yang boleh keluaq peluh, kira ok la..tapi bagi yang dah berumuq macam kita ni kena la tengok yang sesuai dgan kita....pasai kurang senaman la badan pun dah jadi macam dok ada ni... tapi la ni dok cycling dan buat senaman ringan naik mesin Ogawa kat umah bila ada masa free...kira ok juga la..
    satu lagi saya adala belajaq sikit2 urut reflaksologi tu tapi untuk diri sendiri la,..kira ok juga..kan apa kita macam boleh check and scan diri kita sendiri la....kekadang bila kita rasa tak sedap badan ka atau sakit kat bahagian tertentu pada badan kita, kita boleh samada kita picit point Foot Reflaksologi atau just kita picit pada point Hand Refleksologi... alhamdulillah kira ada kesan juga la....
    Kira saya mula belajaq ni bila dulu saya kerap rasa asma,selalu kena pi klinik jumpa doktor, selalu amik MC, tapi alhamdulillah bila lepaih tu saya beli buku and belajaq sendiri picit refleksologi rasa semakin berkurang dan lepaih tu tak la kerap lagi nak kena jumpa Dr.... Alhamdulillah....
    Untuk senaman Rohani tu saya rasa la kita kena la selalu baca Quran,selalu tatap Quran tu lebih2 lagi yang ada makna agar dia dapat mentarbiah kita dengan ayat2 yang kita baca tu....tapi tang nak buat tu yang dia agak susah sikit tapi tak pa buat juga la walaupun sikit....
    Solat2 sunat tu kalau boleh amalkan kira cukup baguih la tu, cuba kita tengok tok2 guru depa sihat pasai depa dok rajin buat benda2 ni la rasanya,Insya Allah....

    Cukup la takat ni dulu....ada masa lain kali kita jumpa lagi, yang baik tu dari Allah SWT dan yang kurang tu dari diri saya sendiri...

    Wassalam....

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum, ana sekarang ni bila minum minuman panas sprt Koko muslim choise ka ana campur dengan abbtu sauda yang telah di blender, rasanya lebih sedap. Kalau batuk makan madu lebah dengan limau nipis. Dengan izin allah boleh sembuh.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, Petua ana ni boleh la nak cuba, nak percaya pun susah tapi ada adik ipar ana dah buat dan berjaya. Apapun dengan izin Allah. Caranya begini. Pada suatu mlm adik ana ni sakit gigi, nak pi klinik dah malam, jadi dia puncuba petua ni. Ambil sekeping kerta tulis nama orang yang sakit gigi kemudian lipat sebesat duit sekupang , lepas tu paku dekat frame pintu bahagian atas sambil selawat. Eloknya yang paku tu bukan orang yang sakit, insyaallah sakit gigi tu akan berkurang dan lkita bolehla tidur. Esok jumpa dr. gigi. (dgn izin allah)

    ReplyDelete
  10. Mencuci tangan selepas makan.
    Kebiasaannya selepas makan kita akan membasuh tangan dgn air .Penggunaan air yang banyak perlu untuk mencucia tangan kita yang berminyak.
    Mengikut sunnah Rasullallah, kita boleh mengelak dari penggunaan air banyak ketika mencuci tangan ialah dengan cara kita menggunakan kain ( atau tisu tangan) untuk membuang minyak ditangan ,kemudian barulah kita mencuci dengan air. Kita hanya guna sedikit saja air krn minyak itu telah diserap oleh kain atau tisu. Selamat mencuba sambil mengamal sunnah rasullallah

    ReplyDelete
  11. Mana kawan-kawan kita ni langsung tak turun petua pun , sibuk kah mereka , tak buka blog ka, sakit ka mereka, tak minat degan tajuk diatas ka, dan macam-macam bermain dikepala ana ni. Kalau tak tulis petua pun tanyalah khabar tanda kita masih ingat lagi pada sahabat kita. Ayuh para sahabatku , kalau sakit ana doakan sabar, dan semoga allah ringankan derita itu, kalau sibuk semoga allah lapangkan untuk para sahabat, kalau dah lupa allah tolong ingatkan . Inshaallah.

    ReplyDelete
  12. Sangat setuju dengan petua Asri tu,memang bersedekah dapat membersihkan diri kita dan menambahkan saham kita diakhirat nanti,seperti yang dikatakan oleh Nabi SAW :
    “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya”.
    (Riwayat Muslim)
    Lagi satu amalan nak sihatkan badan ialah 'solat diawal waktu',walaupun kadang2 kita tersasar jugak tapi logiknya jika kita lambat bersolat jiwa jadi resah gelisah dan terburu2 nak melakukan nya,ini boleh menaikan tekanan darah kita.Jika kita sudah bersolat jiwa jadi tenang dan dapat melakukan kerja2 kita dengan lebih selesa dan baik lagi.

    WA.Che E

    ReplyDelete
  13. Tq, lega bila buka hari ni ada dah sahabat ana dah tulis. Bagaimana yang lain. Tok pengiran, mana lagi petua untuk para sahabat. Ustaz Sukarno, luangkan sikit turunkan petua yang rasullallah tinggalkan untuk kita. Ana percaya anta banyak petuanya tapi mungkin sibuk sikit.

    ReplyDelete
  14. Aslamkm wrth.
    Alhamdulillah,dah banyak petua juga yang kita boleh kaut,walupun tak seberapa tapi ia amat berguna kepada kita....

    Beberapa tahun lepaih kira tiap2 minggu la dok berulangalik pimai2 AS -KL -Seremban, tapi lani giliran Tuan Presiden pulak la AS-KL tu...bukan apa bila dok berulang pimai2 tu perjalanan pulak jauh,duduk pula lama dalam baih,balik pulak banyak aktiviti yang nak kena buat,nak settle semua dalam satu masa,...pinggang tu dia akan rasa sakit juga, terutama bila kita turun baih dsbnya...kekadang rasa lama juga sakit tu....

    Antara petua yang ana rasa berkesan yang ana bole kongsi disini dan ana ada buat ialah bila rukuk dalam sembahyang tu bagi lama sikit dan rukuk tu biar pada kedudukan yang betui2 boleh menegangkan semua urat2 badan kita,lebihkan sikit kedepan dan kebawah,kekadang kita akan terasa seolah2 antara tulang belakang kita tu kembali pada kedudukan asai dan urat2 belikat yang dok rasa sakit tu akan berkurangan.. lakukannya beberapa kali ,Insya-Allah ianya akan dapat membantu...Tuan Presiden boleh cuba,....
    Sujud pun kalau boleh bagi lama sikit dan pada kedudukan yang sesuai...kalau tak silap ada kajian diAmerika yang dibuat oleh seorang Mat Salleh pasai sujud ni yang akhirnya Mat Salleh tu pun memeluk Islam melihat kepada keajaiban pergerakan dalam sembahyang ini....

    Wallahualam...wassalam....

    ReplyDelete
  15. Baru2 ni Prof Majid ada menayakan kaedah pengiraan waktu solat diatas kapalterbang.Aku bawak post jawapan kesini untuk panduan kita bersama,terutama untuk kita bermusafir nanti.

    Tentang cara mengira waktu solat semasa dalam pernebangan seperti yang ditanya oleh pfof.Majid,saya cadangkan buku 'Musafir Pernebangan dan beberapa Permasaalahaannya' oleh Kapten Hafiz Firdaus(keluaran Jahabersa),harga RM24.

    Buku ini menerangkan secara terperinci tentang masaalah solat diatas kapalterbang diceritakan sendiri oleh pilot kapalterbang yang juga seorang penulis yang banyak menulis buku buku agama yang baik.

    Buku ini jugak boleh dibaca online disini :
    http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/index.htm

    WA.Che E

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum

    Terimakasih kepada Capt Hj Salihi atas bantuan memberikan nama buku solat musafir. Kandungan buku ini dapat memberi panduan dalam pengiraan waktu solat. Buku ini pun baru order setelah dapat tajuknya dari Capt.

    Untuk sahabat-sahabat sekelian,

    petua kesihatan yang diberikan ini ialah melegakan hidung tersumbat untuk tidur ketika selsema.

    Jika sebelah hidung tesumbat, tidur mengiring dengan hidung yang tersumbat berada di atas.

    Inshaallah hidung yang tersumbat ini akan lega.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum

    Terdapat 3 keadaan bagi kesihatan setiap manusia.

    sihat
    sakit
    tidak sihat dan tidak sakit - keadaan ini adalah bagi orang tua dan orang yang baru sembuh dari sakit.

    Sabda Rasulallah yang bermaksud lebih kurang

    1 "setiap penyakit ada ubat kecuali mati"

    2 "perut adalah punca segala penyakit"

    Mencegah adalah lebih baik dari mengubati, unggapan ini selalu kita dengar. Oleh itu adalah lebih baik bagi kita untuk menjaga kesihatan sebelum datangnya penyakit.

    punca penyakit boleh terjadi dari dalam badan atau luar antaranya

    kemalangan fizikal
    jangkitan kuman
    kerosakan organ dalaman

    dari maksud hadis yang kedua perut kita adalah punca segala penyakit. permakanan hendaklah dijaga. Bagi kita yang berada di Malaysia penyakit terjadi akibat dari telebih makan.

    Kebanyakan penduduk Malaysia makan lebih dari kali sehari. Atas pengalaman yang lebih kurang 7 tahun yang lepas setiap hari makan 5 - 6 kali.

    Pada masa itu berat badan selalu bertambah dan satu hari semasa tengah memandu pendangan menjadi kabur dan terus gelap lebih kurang 5 minit. Bila cerah semula pi jumpa dokter, dikatakan kena serangan minor stroke atau dalam istilah perubatan "transient ischaemia attack".
    ini akibat dari darah yang pekat. mula dari tarikh itu kenalah makan aspirin untuk cairkan darah.

    Doktor cadangkan supaya berat badan diturunkan. Caranya dengan makan 3 kali sahaja sehari pada selang tidak kurang 4 jam dan jangan tidur kurang dari 2 jam selepas makan.

    Dengan izin Allah berat badan berkurangan sedikit dan kurang rasa mengah.

    Wassalam




    SE

    ReplyDelete
  18. dah 4 hari ta buka blog nie.
    ada sikit sebok
    tapi takpa
    tentang petua tu
    nanti aku cuba ingat-ingatkan
    waktu belajar kat dr harun din tahun 1987
    masalahnya aku nie tak istiqomah beramal dengan petua
    yang istiqomah
    sejak 1982 minum air masak suam atau air kosong
    hingga hari nie

    ReplyDelete
  19. Asm,
    Memang dinegara kita sekarang masaalah utama dalam kesihatan awam adalah "Life style disease" spt kencing manis dan darah tinggi. Statistik menunjukkan kadar kenaikan yang ketara sama dengan kebanjiran restoran-restoran mamak 24jam diMalaysia. Sudah ada ura-ura kerajaan tidak akan membekalkan ubatan untuk penyakit life style disease ini kerana penyakit itu dicari sendiri olih sipesakit. Pesakit akan terpaksa membeli sendiri ubat-ubat bagi penyakit jenis ini. Memandangkan suasana politik kini mereka terpaksa menangguhkan dulu ura-ura ini.
    Karbohidrat menyumbang sebab utama dalam penyakit-penyakit ini. Pengambilan nasi dan seangkatan dengannya bolih dikurangkan dan kalau masih lapar bolih mengambil protin yang lebih (high protin diet)spt ikan, ayam dan lain-lain. Bersenam sekurang-kurangnya sejam sehari adalah digalakkan.
    Masalah utama ialah nak istiqamah dalam pengambilan healthy diet ini. Baru saja lepas pekena Nasi Yasmeen dengan ayam madu.
    Nasi Yasmeen ayam madu
    Makan tak nampak orang lalu
    Hai apa nak jadi dengan aku
    Dah tau..tak baik masih dilaku

    ReplyDelete
  20. Hilangkan bau tangan yang hanyir

    Kepada sahabat-sahabat semua jika tangan kita berbau selepas potong daging atau perisi udang tangan kita akan berbau busuk walaupu telah menggunakan sabun. Jadi jln yg paling mudah ialah ambil sedikit taugeh dan ramas dengan tangan kemudian basuh dengan air bersih lepas tu letak dekat hidung dan tarik nafas, tak ada lagi bau. Selamat mencuba.

    ReplyDelete
  21. Hialngkan bau daging kambing.

    Ambil segenggam daun serai, potong dan masukkan dalam blender dan campur sedikit air dan blend kedua-duanya. air serai ini di tapis dan dibasuh daging dgn nya , inshaallah bau daging kambing akan hilang. Selamat mencuba

    ReplyDelete
  22. CARA NAK HILANGKAN DAGING KAMBING

    Ambilsatu kilo daging kambing yang telah disembeleh

    basuh dengan daunserai yang telah diblender

    masak ikut resepi apa pun
    yang penting sedap

    kemudian
    hidangkan
    taruk sama nasi putih

    pastikan akan hilang daging kambing tu

    tak caya
    serah serah kat aku
    getenti hilang

    saja...... kah kah kah

    ReplyDelete
  23. Petua tuan sukarno memang baguih. Bagi kat ana pun daging tu boleh hilang

    ReplyDelete
  24. Salam
    Akupun belum jumpa lagi petua...yg ada petua yg kita baca dr buku. Yg sendiri punya...nanti kot.

    LiMehad. Baling

    ReplyDelete
  25. Asm,
    Kalau ikut tokey kambing Cikgu Krie Ahmad, kalau nak hilangkan bau kambing asingkan terlebih dahulu kambing yang nak disembelih dengan kambing-kambing lain lebih kurang seminggu. Ini bagi mengelakkan mereka mengeluarkan hormon untuk menarik perhatian kambing-kambing lain. Kata Cikgu Krie masalah bau kambing disebabkan olih rembesan hormon itulah. Sebab tu ada kambing yang berbau dan ada yang tidak bila dimasak. Ini petua dari dialah sebagai Tokey Kambing. Wallahualam...

    ReplyDelete
  26. Assalammualaikum,

    Aku rasa forum ni dah lari dari tajuk dahhhh.....Ni dah dok pi melarat cerita pasai kambing .......petua kesihatan semua dah lupa....
    Hang kena pebetoi balik ni HPH.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  27. Tak pa MASA. Cerita pasai kambing ni sebenarnya banyak khasiatnya sebab Rasullallah suka makan kambing. Orang Melayu saja yang takut makan kambing. Bg orang yang dah kahwin aku rasa daging kambing ni mampu memberi sesuatu tenaga luar biasa khas utk lelaki. uma petuanya belum keluar lg. Mungkin toke`y kambing tau rahsianya.

    ReplyDelete
  28. Aslmkm.
    Semoga ceria2 selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya......
    Bila sebut pasai kambing,teringat aku pasai selalu juga aku dok minum susu kambing ni kat kedai sahabat aku Tn Hj Mohd.Noor kat masjid sultanah tu,kalau tak dak yg kilo punya aku minum Hi-Goat paket.....baguih jugak la n ikut sunnah,macam HPH kata tu Rasulullah juga suka minum susu kambing ni...tapi badan akan rasa panaih sikit la....nak baguih lagi minum juga satu paket lagi Goji Guarana....dia akan bangun dulu dari kita,tak subuh lagi dia dah gerak kita bangkit....Cubalah....InsyaAlllah...

    ReplyDelete
  29. Tu dia dah turun dah petua banyakkan umat rasullallah. Tak percaya pun tak boleh pasai tuan Jamal ni dah tunjukkan buktinya.

    ReplyDelete
  30. Salam
    Tak macam petua pon ni...tak tau nak kata apa jenis ni..petua ka, budaya ka..atau pesan ka atau sunah ka atau syariat ka...bercampoq semua. Ada la sikit2 kot...sebaris dua..hehehe. Jgn puaih hati-tulieh lagi.
    Wasalam,
    LiMehad

    ReplyDelete
  31. salam sahabat,
    kalau tepi rumah ada rumput panjang sikit , jgn dok keloi geng potong rumput , beli cangkul besi satu , pelan pelan menajak , baguih oo , semua anggota badan berjalan ..peloh cerau aii .

    ReplyDelete
  32. Salam!
    Org tua2 kata kalau nak pakai kain (batik-pelikat sarong tu), depa suruh pakai/masuk ikut kaki (tak habaq pula kaki kanan ka kiri) dan bila nak buka kain tu(londeh) keluaq ikut atas kepala...kononnya semua benda tak baik2 tu tak simpan di badan, boleh keluaq semua. Sebab kain tu dah kita bawa jalan merata2. Wallahu BS...semua kuasa Allah.
    LiMehad

    ReplyDelete
  33. Li..petua tu sahih ka?Mungkin dulu boleh pakai kot,la orang tak pakai kain pelikat dah keluaq rumah,cuma pi Masjid (tempat elok).
    Tapi apa yang sahih Nabi ajar kalau buat yang baik tu mulakan dengan sebelah kanan,mcm wuduk,sedekah,pakai baju dll.Bila buat benda yg kurang baik mulakan dengan sebelah kiri spt masuk tandas,buka kasut, dll.
    Kadang2 budaya orang Melayu ada yang menepati sunnah seperti bersalaman,makan yang terdekat dulu,tutup pintu waktu Maghrib dan beberapa lagi.

    WA..Che E.

    ReplyDelete
  34. Selamat hari Pekaerja. Petua aku hari ni kalau nak p beli belah p hari ni krn banyak kedai buat offer, murah sikit. Lagi satu kalau p shopping beli keperluan rumah tanya isteri apa yang nak beli, jangan bawa depa p shopping, kita beli yg depa pesan krn kalau depa ikut dah tentu penuh troli punya. Kalau tak percaya cuba petua ni , sahabat akan tengok belanjawan kita akan kurang kalau depa tak ikut. Tapi kadang-kadang kena bawa juga kesiannn kat depa selalu kena tingai.

    ReplyDelete
  35. Salam,
    C E, namapon petua org tua-sahih ka dak akupon tak tahu. Tapi petua HPH tu sahih. Org ppuan cthnya nak beli kasut, sepanjang rak sebelum nak sampai rak kasut tu semua disinggahnya, ada la yg tersangkut. Begitulah hebatnya kaum ppuan.
    LiMehad

    ReplyDelete