Assalammualaikum,
InsyaALLAH, aku akan berada di Alor Setar pada 7 hingga 10 hb. May 2010. Harap dapat diadakan satu perjumpaan dengan kawan-kawan semua sambil pekena Nasi Kandar di Pokok Cheri menjelang tarikh tersebut.
Harap Maklum. Wassalam.
Thursday, April 29, 2010
Monday, April 19, 2010
Petua Kesihatan Dari Ex-SMDSO
Assalamualaikum pada semua sahabat semua. Mari kita berkongsi maklumat tentang cara penjagaan kesihatan kita, mana tau petua dan amalan yang diamalkan oleh Nabi kita dan amalan orang-orang tua kita dapat memperbaiki kesihatan kita. Kita semua dah nak masuk kumpulan warga mas jadi buat persedian dari segi rohani dan jasmani. Meriahkan blog kita dengan sumbangsaran dari sahabat-sahabat semua. Dr.Shaltut ana lantik sebagai pemantau dan penasihat takut-takut petua yang diberi sahabat-sahabat kita nanti membahayakan tubuh badan kita. Dr. kita juga boleh memberi sumbangan idea bagaimana penjagaan kesihatan yang betul dari sudut perubatan moden. Sahabat-sahabat juga boleh menurunkan amalan-amalan Rasullallah dalam penjagaan kesihatan jasmani dan rohani. Ana rasa ramai sahabat-sahabat ada mengamalkan apa-apa petua , dan marilah kita sama-sama berkongsi maklumat dan Cukgu Li Mehad ana lantik sebagai pemungut petua untuk dibukukan. Ana harap idea ana ini dapat memberi idea menulis pada semua sahabat untuk menjalin hubungan silatulrahim antara kita digerbang maya. Ana menunggu-nunggu petua dari presisiden keluarga bahagia yang terkenal dengan kata-kata petuanya (buka slow-slow jangan gelojoh). Lan, Mat Wi , MKM, Dr kita , Cikgu Li Mehad, Profesor, Kri, Moha,Art Brahim dan Pengiran dan yang ana tak sebut namanya disini , ayuhlah kita semua menulis walaupun satu petua sahaja.
Semoga apa yang kita buat ini menjadi salah satu amalan yang diberi pahala yang berterusan oleh Allah jika ada orang yang mengamalkanya.(Ilmu yang diguna oarang antara tiga perkara yang kita mendapat pahala berterusan walaupun dah meninggal
1. Meninggalkan sarapan pagi.
Kita bangun pagi dengan tahap gula yang rendah dalam sehari. Sarapan pagi boleh meningkatkan tahap gula dalam badan dan seterusnya akan mempengaruhi metabolisma dan kimia dalam badan. Meninggalkan sarapan pagi boleh merosakkan 'komputer' yg paling komplek di dunia (otak). (Pengambilan gula disini secara semulajadi dalam makanan, bukannya menambah pengambilan gula)
Selamat berforum. Yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu dari ana yang lemah ini.

Friday, April 16, 2010
Renungan hari Jumaat 1 Jamadil Awal 1431 H (16 April 2010)
Assalamualaikum pada semua sahabat-sahabat semua. Alhamdullilah, pada kali ini ana dapat bersama dengan sahabat semua. Kelemahan diri ana yang diuji oleh Allah dengan sedikit musibah menyebabkan telah beberapa minggu ana tidak menulis . Bila kita muhasabah diri kita yang begitu lemah ini terasa begitu kerdil kita jika dibandingkan diri kita dengan para sahabat, orang-orang alim yang telah memberi seluruh kehidupan mereka pada agama, sedangkan kita setakat untuk menulis perkara-perkara nasihat pun tidak dapat istiqamah. Ana kagum dengan sahabat-sahabat kita yang rajin menulis disini dengan pelbagai nasihat, maklumat dan sentiasa menjalinkan hubungan silatulrahim antara kita walaupun digerbang maya. Semoga apa yang sahabat kita tulis disini allah menerima ianya sebagai amalan yang baik. Apa yang ingin ana utarakan disini semoga kita sama-sama muhasabah diri kita.
Sepanjang kekeringan idea serta kelemahan diri ana untuk menulis beserta dengan sedikit kekalutan masalah diri ini , beberapa perkara telah ana ingin kita berkongsi bersama para sahabat.
1. Ziarah kematian dan mengiring jenazah hingga kekubur.
Sesunguhnya dalam kemelut kehidupan masa kini banyak benda-benda yang dapat mengingatkan mati kita abaikan. Kalau dulu setiap binaan masjid akan adalah kawasan kuburan dekat dengan masjid. Masa kini setiap binaan masjid tidak ada lagi kawasan kuburan disediakan berhampiran masjid disebabkan masalah tanah. Apa yang hendak ana bincangkan disini ialah senario sekarang ini yang mana solat jenazahnya ramai tapi iring jenazah kekuburan orangnya sedikit sekali. Orang dulu-dulu bila buat masjid mesti fikirkan juga tanah perkuburan dan mereka memilih perkuburan mesti berhampiran masjid untuk memudahkan urusan perkebumian dan urusan ziarah kubur. Oleh krn dimasakini masalah pengurusan perkebumian menjadi mudah krn adanya kenderaan untuk menghantar jenazah kekubur. Oleh itu ramai orang tak kekubur semasa perkebuamian krn kuburnya jauh dari masjid serta sifat malas diri kita sendiri. Apa yang hendak ana ajak sahabat-sahabat semua fikirkan tentang diri kita ialah berapa kalikah kita solat jenazah dalam setahun dan berapa kali pula kita mengiringi jenazah hingga kekubur dan menyaksikan sendiri bagaimana jenazah itu disemadikan. Ana masih lagi teringat semasa ana tinggal di Tmn Sekamat Kajang di tahun 1981 krn belajar ditingkatan 5 atas ( SPM yg ke dua) . Rumah abang ana ini terpaksa melalui kawasan kuburan, jadi ketika ana balik sekolah (jalan kaki) jika ada jenazah dikebumikan ana akan singgah untuk melihat dari dekat terutamanya ketika jenazah dimasukkan kedalam kuburan. Setelah selesai semuanya ana akan berjalan balik dan semasa inilah ana akan fikirkan bagaimana keadaan mayat itu yang ditinggalkan untuk menjawab dengan malaikat. Ini sedikit sebanyak akan menyuntik rasa takut mati dan seterusnya memotivasikan diri kita dalam ibadat. Jadi dari cerita diatas ana bandingkan zaman sekarang anak-anak kita, kadang –kadang tak pernah kita bawa mereka untuk melihat suatu majlis perpisahan (penghantaran manusia dari dunia yang kita duduki sekarang kedunia yang asing bagi kita yang telah dijanjikan mengikut amalan kita) yang menyentuh hati setiap hadirin yang hadir. ( dalam ana fikir-fikirkan macam mana kita nak harapkan anak kita melihat amalan perkebumian ini sedangkan kita kita sendiri pun jarang-jarang hadir semasa perkebumian.) Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa kekalutan kita dalam kehidupan kita telah membataskan suatu amalan yang sememangnya Nabi Mauhammad s.a.w anjurkan pada diri kita untuk melakukannya. Sesungguhnya hati ini akan lembut serta penuh keinsafan apabila kita dapat melihat bagaimana pengakhiran seorang manusia dari kehidupan sementara kepada kehidupan kekal abadi yang mana kita semua akan lalui.
Sesungguhnya peristiwa mengkebumikan jenazah dapat memberi serta mengingatkan kita pada mati dan seterusnya bertanya pada diri kita adakah kita telah bersedia untuk kesana. Sama-samalah kita fakir-fikirkan diri kita dan keluarga kita.
Sekian untuk hari ini dan samnbungannya insyaalah dilain waktu. (takut kalau tulis habis, nanti minggu lain tak ada idea pula)

Wednesday, April 14, 2010
KENDURI & BACAAN YAASIN DI RUMAH SETIUSAHA
SALAM,
Maaf kpd semua sahabat2 kerana lama menyepi. Pertama kerana ada kematian Ayahda Mertua baru-baru ni dan kedua...line streamyx dah kena potong pasai tukar pakej...ni dah minta tlg Shafi dah, tp belum dpt diselesaikan lagi.
Ni pun sempat mai CC kat Kuala Kangsar utk buat posting berkenaan jemputan ni
Jemputan utk sahabat yg ada kelapangan utk mai kenduri dan Bacaan Yaasin di rumah aku seperti berikut :
Hari Jumaat (16 April 2010)
Masa : Lepas Solat Jumaat
Tempat : Kg. Bukit Tinggi (Selepas Sek. Rendah Bukit Tinggi)
Jamuan : Nasi Macam Nasi Royal tuuuu..
Sila lah mai jika ada di sekitar rumah aku pada ari tersebut. Sekian terima kasih.
MOHA RAZIFF RAMLI

Subscribe to:
Posts (Atom)