Saturday, November 28, 2009

MINI GATHERING RAYA KORBAN 2009

Salam,

Semalam…Hari Raya Korban pertama seperti biasa kami adakan Mini Gethering di tempat selalulah..Restoran Pokok Ceri. Lepak dan minum sambil chit-chat sampai pukul 3.00 pagi.

Aku sampai lewat sikit…tak lah lewat sangat macam kawan aku tu…tapi OK lah dia sampai juga. Aku tengok Pengerusi kita (RAR) dan MKM dah ada. Kira aku orang ketigalah…lepaih tu Jamal sampai, kemudian Luth (Kamarulzaman Sarajul). Aku hampir tak perasan dia ni…tapi dia macam biasalah gempaq abih. Dia panggil aku nickname yang lama aku tak dengaq…MORE

Setelah tu sampai Krie Ahmad, Dr Shaltut, Md Nan (KEMAS, segak bergaya…baru boleh anak kecik. bini dalam pantang…oops bukan, dia yang dalam pantang), M Ulwi BH, Halim Pak Haji dan akhir sekali Man Salim…baru abih keja.

Tapi Dr Shaltut kena balik awal..on call dari Pusat Rawatan Mahsuri. Tapi takpa dia bagi duit untuk settle jamuan malam ni. Lepaih tu Md Nan pula minta diri pasai esok nak buat korban…tapi orang lain pun adajuga buat korban. Yang aku tau Jamal, HPH pun nak buat korban tapi lajak sampai pukul 3 pagi. Cuma yang beza tu dia anak kecik tak leh balik lambat nnt kena sampuk jin ka pulak. Tapi akhirnya MKM yang belanja...duit Dr Shaltut kita masuk tabung kata Bendahari HPH.

Menariknya malam tadi pasai RAR ada bawa foto lama-lama dulu. Nostalgia betui. Foto kelas 3A & 4 Sains 2 (ramai-ramai). Semua pakat minta aku tolong peghembang pasai spotlight dah blurrrr. Nasib baik aku masih bleh cam semua member-member tanpa pakai kacamata. Hatta gambaq depa sendiri pun tak cam dok baris mana. Tapi HPH & Luth takdak dalam gambaq-gambaq tu. Pun tak tau pasai apa…(tuang kelas kot…hehe)

Kami preview aturcara program yang akan dibuat pada 25 Disember 2009 ni. Dan kami request Man Salim main selagu pada malam tersebut…Insyaallah dia bagi komitmen (Belaian Jiwa). Semua yang hadir nnt akan diberikan Koleksi Foto Nostalgia SMDSO dan senarai kontek serta alamat lengkap semua sahabat-sahabat kita.

Apa-apa pun semua diharap dapat meluangkan masa untuk hari tersebut…memandangkan Jawatankuasa Penaja telah berusaha untuk mengajak Ex-SMDSO di perantauan pulang khas di hari itu. Insyaallah minggu depan kita akan buat jemputan kepada senarai pendek nama-nama yang dikumpul. TUNGGUUUUUU…

Sekian,

HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...

MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)

16 comments:

  1. RAR said...
    HPP mai lambat pasai h/phone dia jenis mahai.Phone dia tak angkat sms dia tak balas.orang ada duit memang macam tu tak mau orang ganggu.kalau aku dah lama kirim pi baling.sorry pak aji....

    November 28, 2009 1:10 PM

    ReplyDelete
  2. Moha, aku ingat hang dah masuk gambar yang aku bagi semalam .Anak2 aku dok kerumun nak tengok gambar kita masa muda belia.Depa seronok tengok gambat kita masa zaman ago-go tahun 60an n 70an.Tak pa nanti aku bagi lagi gambar yang lain-lain dlm simpanan aku ,banyak lagi ada.aku teringin nak tengok gambar asri dari belakang......ha ha(jgn mareh)

    ReplyDelete
  3. RAR nasib baik nick name tak jadi R & R. Walau bagaimanapun ana nak ingatkan hang supaya pastikan diri hang ada malam 25 Dis. Kalau tidak kita bawa ke mesyuarat EGM pula. Tolong pikiaq sikit. Satu lg pasai apa hang nak tengok punkoq dia dari belakang, pikianq punya pikianq baru aku perasan . Pada kawan kita M.Asri kawan-kawan kita rajin melawak, tapi walau bagaimanapun nama tu toksah dok panggil dah sebab tak berapa elok. Wassalam

    ReplyDelete
  4. Ooop! satu lagi komen ana ialah ,terimakasih pada pengendali blog krn telah membuat perubahan pada masa dan tarikh comment. Ana harap blog ini akan menjadi pengikat silatulrahim antara kita semua. Tapi mana yang lain lagi kawan kita yang masih belum memberi sebarang komen, ayuh semua kita cit dekat sini.

    ReplyDelete
  5. Salam semua kawan-kawan,

    Saya dah selamat sampai balik ke JB petang ini (ahad) hampir magrib. Terima kasih Moha dan Ramli yang mengaturkan perjumpaan aidiladha malam tu. Kebanyakannya rakan yang saya tak jumpa hampir 30 tahun (sejak tingkatan 3 tahun'78).
    1. Mat Wie janggut memang putih betul...tapi kalau jumpa masih cam lagi.. BH belakang nama matWie tu apa?
    2. Md Nan pengarah Kemas kita memang hebat dan kemas betul, masih cool dan steady saja.. anak kecik pun ada.....
    3. Ramli (RAR) bawak banyak gambar lama sekolah Form 3 dan juga gambar kenagang dengan saya masa dia jual kat raya di Alor Setar (semasa cuti universiti)... anak dia sendiri pun tak kenai.. sebenarnya kalau saya jumpa sebelum ni pun memang tak boleh cam kalau dia tak bagitau.. sebab rambut dan misai dah lain..
    4. Moha ok, macam dulu tak berubah, masih boleh kenai masa jumpa kat R&R seremban. Saya baru dapat tahu kakak Moha adalah senior saya di universiti dulu... Moha, kirim salam Kak Min
    5. Shaltut, tak berubah , masih boleh kenal. Sebenarnya Shaltut ada pernah jumpa beberapa kali dah. Juga Shaltut rapat dengan keluarga saya (mak dan abang saya) di Tamn Uda sebab mertua dia di Taman Uda. Juga dia doktor yang pernah merawat anak saudara saya yang anak istemewa itu..
    6. Halim Pak Haji (HPH) juga masih saya ingat -wajah rupa tak berubah banyak... masih banya cerita menarik yang keluaq..
    7. Man Salim juga muka tak berubah,masih boleh ingat cuma maaf nama mungkin saya lupa kalau tak bagitau.. Topic malam tu memang menarik dan panas... saya masih ingat pesanan mat wie dan ramli tu,, minta dua perkara saja.. ha.. tu dia,.. kalau ada perkembangan baru, jangan lupa saya disini
    8. Jamal, steady anak 10 orang... jurutera yang produktif.. wajah rupa ada berubah, mungkin sebab kopiah putih sekali kut...kalau tak bagitau saya memang tak ingat, harap maaf..
    9. Luth..mohon maaf, juga tak ingat sebab dah 30 tahun baru pertama kali jumpa.. tak mai bergambar kut masa Form 3 dulu.. tapi lepas ni insyaalah tak lupa
    10. Krie Ahmad - wajah rupa masih ingat cuma nama tu missed..

    salam semua, nak tunggu Moha muatnaik gambar Form 3 tu..

    Wassalam,
    Mohd Khir
    MKM JB

    p.s.
    Asri, pi mana? lama tak da komen dalam blog ni..
    Pak Ya, rugi betul tak mai malam tu. BSKL rancak lagi kot. Unta kat mana?
    Chanan, hang pun rugi la tak balik raya.
    Moha, ada email address At (Azhar Ibrahim)?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrth.
    Bila tengok gambaq yang meli bawa malam tu walaupun kena perembang tak berapa keliar, tapi terimbau kembali kisah2 lama 30 tahun dulu, masa masih lagi tengah steady, fit lagi.... tapi lani dah maju kedepan banyak dah....
    MKM walaupun tembam sikit tapi masih steady...aku undi dia untuk IEM punya wakil melayu, dia habaq malam tu dari ramai2 cuma ada 4 orang saja wakil melayu...ok MKM teruskan agenda anda...
    Lut dok macam tu juga tak berapa berubah perangai dia, lawak kerin,..tapi yang aku ingat sekali masa dia test ada cikgu baru masuk masa form 5 dulu,terkedu cikgu tu bila dia tanya satu soalan....malam tu dia habaq kata cikgu tu adalah mak menakan makwe dia..tu yang dia nak pekena tu..
    Seronok betoi bila tekenang masa dulu tu,tapi masih ada lagi kawan2 lama yang jarang berjumpa spt. Kri Saad, Lan Rahman(Lan Siam), Mud, Azali, Fendi dll...
    Harap dapat jumpa lagi 25/12/2009 ni..InsyaAllah.

    Salam Ukhwah..
    Jamal Nasir (JN)

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Tu dia ramai dok komen, tp ramai lagi yg x join kita..mungkin depa tak tau blog ni kut. Tlg sebar-sebarkan.

    Asri dia senyap, yg aku tau pasai family dia pi Brunei. mgkin sibuk kut.

    Ni email Art Brahim, baru dpt dari wife Bae...gambaq tu pun dia bagi. ibrahimMA@Cardiff.ac.uk

    HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...

    ReplyDelete
  8. kELMARIN BAM BAI ADA CALL ANA BAGAIMANA NAK KOMEN, ANA DAH CERITA KAT DIA TAPI TUNGGU SAMPAI HARI NI TAK ADA LAGI CORETANNYA. AWATLAH HAMPA SEMUA LAMBAT SANGAT CORET KAT SINI.

    ReplyDelete
  9. Ptg tadi aku minum dengan member anak 10.(ir Jamal abdul Nasir).Masih power gile
    (kata budak muda la ni).Dia dok crita pasai member dia pasang dua,rumah pula dekat-dekat.Jadi kita pun tangkap karan bukan nak ikut jejak cuma seronok rayan saja.Kita pekena ayaq nyor pandan dekat pejabat dia.Bukan apa nak pebetoi urat lepas makan daging korban banyak sangat.Kepala pun dah rasa berat.Satu lagi ocpd semporna talipon aku dan dia juga wakil kat aku untuk jemput kawan2 mai kenduri rumah mertua dia.Isyaallah kalau ada rezeki nanti kita pi pekena kijang sempurna no...

    ReplyDelete
  10. Hang rupanya balik lambat ke KL. Moha ada antaq SMS kat hang tapi pasai apa hang tak balaih pun. Aku rasa telepon kita ni satu kilang kut, cuba hang cek tengok.

    ReplyDelete
  11. Hampa kena paham lah aku nak balik KL selasa mlm,jadi aku kenalah ada dengan anak bini aku.HPP takpalah dia dudok rumah saja.makan kak dia masak,baju pun kak dia basuh .Tu yang duit banyak tu ,tel tak jawab ,sms tak jawab....jadi makin kayalah dia.La ni pula jadi tokey mas....lepas ni jadi Ismet Ulam Rajalah dia....

    ReplyDelete
  12. Kami jumpa Isnin mlm, tuuu pun sampai pukoi 1,00 pg sj sebab Moha bagitau orang umah dia pesan balik awal. Dia ni pun mcm hang juga tapi dia boleh mai. Kalau 1.00 pg aku rasa masih sempat lagi tambah pula mlm yang penuh dengan keheningan mlm. Takkan lah tak cemuih lg, banyak hari juga hang cuti. Hang pun satu, bila hang balik tok sahlah merapp bini masak, sesekali keluar makan diluar rumah , bagi orang rumah hang layan hang yg tak boleh dpt di kedai. Hang paham kut ayat ni maklumlah anak-anak dok belakang hang bila hang buka blog ni, jadi aku guna bahasa langit. Selamat bekerja , aku pula tengah bercuti Hooooreyyyy.

    ReplyDelete
  13. Salam untuk semua,

    Isnin pagi baru aku balik shah alam, ahad tu jalan jamm teruk, tak jadi balik. Dah banyak hari tak tengok blog ni, respond bagus juga dari sahabat-sahabat smdso.

    Gathering raya korban, dapat jumpa mat khir kecik, dah lebih 30 tahun tak jumpa (1978 lepas SRP). Dia dah gempal sikit, suara masih sama, orang kuat IEM kat selatan. Bila balik pula nanti kita kayuh gerek p langgar.

    Man Salim pun lepas SPM (1980) dah tak jumpa. Dia jadi orang seni, pemain gitar bass terbaik kat Kedah. Masih handsome macam dulu-dulu, tak berubah sangat, sekali tengok dah kenal. Pilih antara dua, minta izin atau minta ampun. Benda yang baik mesti dicepatkan.

    Lut walaupun sekampong dah lama tak jumpa. Hero hindustan kita ni masih kelolo macam dulu.

    Lain lain tu dah biasa jumpa.

    PROMOSI BARANGAN TERKINI
    Roselle cari Moha
    Kambing cari Kri Ahmad
    Perabut (built in cabinet) cari Man Bashah
    Nak belajar main gitar car Man Salim
    Urut power cari RAR dan HPH
    Madu Habbatul Sauda cari Moha
    Madu madu pandai pandai cari sendiri

    MKM,
    BH belakang tu bin Hashim. Dulu waktu tkt 4 dan 5 semua buku aku tulis nama tu, tak tau pasal apa, saja syok syok sendiri saja kot.

    Salam dari saya

    Muhammad Ulwi Hashim
    ulwee@yahoo.com
    ulwiee@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Sobri Kadir atau dikenali dgn nama Baee, masih handsome macam dulu. Tengok gambar tu pun awek-awek boleh tergoda. Lama tak jumpa hang walaupun dok sekampong.

    Pi Sumatra,ada apa tu kat sana. Pi cari album yang hilang tu ke. 25 ni jangan tak mai, aku tunggu.

    salam

    ulwi

    ReplyDelete
  15. Mat Wi , hang lupa nak promosi membeli emas dengan cara mudah. Kalau sapa-sapa ingin melabur dalam syiling emas bolehlah jumpa saya masa gatering nanti. Pelaburannya mudah dan risikonya amat rendah sekali.

    INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.

    ReplyDelete
  16. PROMOSI BARANGAN TERKINI
    Roselle cari Moha
    Kambing cari Kri Ahmad
    Perabut (built in cabinet) cari Man Bashah
    Nak belajar main gitar car Man Salim
    Urut power cari RAR
    Madu Habbatul Sauda cari Moha
    Nak melabur dalam emas cari HPH.
    Madu madu pandai pandai cari sendiri

    ReplyDelete