Friday, November 20, 2009

Majlis Silaturahim Pelajar SMDSO SRP’78/SPM’80


Majlis Silaturahim Pelajar SMDSO SRP’78/SPM’80 dan adalah dianjurkan pada kali pertama ini secara tertutup. Jawatankuasa Penaja bagi sambutan majlis tersebut seperti berikut :

Pengerusi – En. Ramli Bin Abdul Rahman
Bendahari – En. Abd. Halim Bin Ahmad
Setiausaha – En. Moha Raziff Bin Ramli
AJK – En. Soekarno Abdul Hamid
AJK – En. Jamal Nasir
AJK – Dr. Ahmad Shaltut Othman

Tarikh yang dicadangkan adalah 25 Disember 2009 memandangkan terdapat cuti umum sempena Sambutan Hari Krismas.

Tempat bagi melaksanakan majlis tersebut akan di tentukan kemudian.

Aturcara tentatif :
Ucapan Aluan Pengerusi
Majlis Ta’aruf
Sesi Cerita-cerita Nostalgia
Anugerahan Cenderahati
Sesi Fotografi
Doa Selamat

Nostalgia ini sudah hampir 30 tahun kita meninggalkan SMDSO. Ada diantara kita dah jadi Pengarah...kalu yang dak pun dah dekat-dekat dengan Pengarah, ada keja kerajaan, ada sendiri dan ada dah jadi Usahawan berjaya dan yang belum berjaya, ada yang di dalam negeri dan ada dok di luaq negara..Brunei ada, UK...Sabah dan macam-macam.

Kami cuba kumpulkan depa-depa ini, lebih lanjut nnt tanya waktu perjumpaan lah.

Mai JANGAN TAK MAI...nnt anda akan dihubungi oleh kami...klu dak pun email sy. mungkin kami takdak no kontek anda...

SALAM UKHWAH
MOHA RAZIFF RAMLI

11 comments:

  1. Assalamualaikum!

    Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan juga semua ahli jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Semoga usaha yang mulia ini akan dipermudah dan sentiasa diberkati Allah. Dah lama cari kawan-kawan seangkatan, hampir 30 tahun baru jumpa M.Ulwi BH. Anak dia dah 6 orang. Boleh tahan jugak M. Ulwi ni. Begitu juga dengan ushawan separuh MUDA, Moharaziff, dengar khabar dok tengah cari lagi satu (jangan-jangan Cik..............ala DJ Radio IKIM setiap hari Isnin). Jangan salah faham, dia tengah cari new distributor bagi new outlet.Dah lama juga tak jumpa member SEPARUH TIANG (MAI- Nama shortfom...........takkan tak tau TEH TARIK 2)...harap-harap dapat jumpa pada hari tersebut.
    Jumpa lagi, Salam dari perantauan.

    Ir. Mohamad Asri

    ReplyDelete
  2. Salam Semua Kawan,

    Maaf rasanya tak dapat hadir perjumpaan 25 Disember.
    Sapa yang datang JB, jangan lupa hubungi saya.
    Asri, dah berapa lama kat Brunei ni,buat apa sekarang? Tahniah dah ada Ir.

    Mohd Khir

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Mohd Khir,

    Saya di Brunei dah hampir 10 tahun. Buat bisnes sendiri (Oil and Gas). InsyaALLAH akan hadir pada 25hb.Dec nanti. Jalan-jalanlah ke Brunei, Mat Wi, Moha dah sampai sini. Keep in touch.

    Wassalam.

    Ir Mohamad Asri

    ReplyDelete
  5. Nanti Raya Haji kita jumpa kat pokok ceri, Moha boleh aturkan.

    Salam dari saya

    Ulwi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrth.

    Sempena Aidul Adha yang akan kita sambut esok ni, aku nak ucapkan Salam Aidul Adha untuk semua member2 lama 'Taqabbalallahuminnawaminkkum'@ Semoga Allah menerima amal kita semua....
    Ada kesempatan kita jumpa pada raya ni..tempat biasa..InsyaAllah...

    Salam Ukhwah

    JamalNasir

    ReplyDelete
  7. Sanpaikan salam untuk kawan-kawan semua sempena Hari Raya Qurban ini. Brunei raya hari Sabtu. InsyaALLAH jumpa pada 25hb. nanti. ALLAH HU AKBAR!!!!!!!!!!!!!

    Wassalam.

    Ir Mohamad Asri

    ReplyDelete
  8. Zailani Mat Zain atau dikenali dengan beleh, beberapa tahun lepas ada terjumpa dia kat R&R dengkil, masa tu dia kerja dgn PEWAJA Gurun. Sapa-sapa yang boleh telefon atau email atau sms atau mms, ajak dia mai gathering 25/12 ni.

    ReplyDelete
  9. Baru nak cari Zailani, dia dah telefon aku tengahari tadi, dia ada meeting di SIRIM Shah Alam. Pukul 6 pm aku ambil dia di sirim, kami pi kena roti canai dan teh. Lepas tu aku hantar dia pi Subang Airport, jalan jamm, dia hampir-hampir terlepas flight.

    Dia masih kurus macam dulu-dulu tapi rupa dah nampak matang. Dia masih kerja kat PEWAJA Gurun, dah jadi orang besar PEWAJA. Tinggal kat Laguna Merbok, Sungai Petani. Anak 4 orang, bini masih satu.

    ReplyDelete
  10. Tahniah, kepada saudara AJK x smdso 78-80 seangkatan yg membina jambatan silaturrahim ini. Sedayanya saya akan cuba hadir ke pertemuan pada 25 dis ini. Hj Ismail Awang Kechik.

    ReplyDelete
  11. rasa macam nak menitik ayag mata teringat kisah silam Main bola sepak ataih padang bola keranjang pakai bola tenis.habeh huih tapak kasut.pemain paling jahat adalah LUT.KAH KAH KAH.Aku akan hadir.
    md shuhaime bin abd rahman.

    ReplyDelete