Salam,
Semalam…Hari Raya Korban pertama seperti biasa kami adakan Mini Gethering di tempat selalulah..Restoran Pokok Ceri. Lepak dan minum sambil chit-chat sampai pukul 3.00 pagi.
Aku sampai lewat sikit…tak lah lewat sangat macam kawan aku tu…tapi OK lah dia sampai juga. Aku tengok Pengerusi kita (RAR) dan MKM dah ada. Kira aku orang ketigalah…lepaih tu Jamal sampai, kemudian Luth (Kamarulzaman Sarajul). Aku hampir tak perasan dia ni…tapi dia macam biasalah gempaq abih. Dia panggil aku nickname yang lama aku tak dengaq…MORE
Setelah tu sampai Krie Ahmad, Dr Shaltut, Md Nan (KEMAS, segak bergaya…baru boleh anak kecik. bini dalam pantang…oops bukan, dia yang dalam pantang), M Ulwi BH, Halim Pak Haji dan akhir sekali Man Salim…baru abih keja.
Tapi Dr Shaltut kena balik awal..on call dari Pusat Rawatan Mahsuri. Tapi takpa dia bagi duit untuk settle jamuan malam ni. Lepaih tu Md Nan pula minta diri pasai esok nak buat korban…tapi orang lain pun adajuga buat korban. Yang aku tau Jamal, HPH pun nak buat korban tapi lajak sampai pukul 3 pagi. Cuma yang beza tu dia anak kecik tak leh balik lambat nnt kena sampuk jin ka pulak. Tapi akhirnya MKM yang belanja...duit Dr Shaltut kita masuk tabung kata Bendahari HPH.
Menariknya malam tadi pasai RAR ada bawa foto lama-lama dulu. Nostalgia betui. Foto kelas 3A & 4 Sains 2 (ramai-ramai). Semua pakat minta aku tolong peghembang pasai spotlight dah blurrrr. Nasib baik aku masih bleh cam semua member-member tanpa pakai kacamata. Hatta gambaq depa sendiri pun tak cam dok baris mana. Tapi HPH & Luth takdak dalam gambaq-gambaq tu. Pun tak tau pasai apa…(tuang kelas kot…hehe)
Kami preview aturcara program yang akan dibuat pada 25 Disember 2009 ni. Dan kami request Man Salim main selagu pada malam tersebut…Insyaallah dia bagi komitmen (Belaian Jiwa). Semua yang hadir nnt akan diberikan Koleksi Foto Nostalgia SMDSO dan senarai kontek serta alamat lengkap semua sahabat-sahabat kita.
Apa-apa pun semua diharap dapat meluangkan masa untuk hari tersebut…memandangkan Jawatankuasa Penaja telah berusaha untuk mengajak Ex-SMDSO di perantauan pulang khas di hari itu. Insyaallah minggu depan kita akan buat jemputan kepada senarai pendek nama-nama yang dikumpul. TUNGGUUUUUU…
Sekian,
HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)