Friday, February 10, 2012

Salam Ingatan Buat SemuaTeman-teman.......

Assalamualaikum wrth.

Alhamdulillah,marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya jua kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan ini,menyedut udara segar dibumiNya ini dan yang lebih utama ialah masih mengekalkan kita diatas nikmat terbesar yakni Al-Islam itu sendiri yang dapat kita amalkan sebagai cara hidup kita (as a way of life) dalam semua bidang kehidupan kita samada dari segi ibadah khusus,muamalah harian, aqidah yang shoheh dan jelas serta dalam apa saja kerja buat dan amalan hidup kita. Semoga kita semua akan terus dikekalkan dalam nikmat ini hendaknya.....

Alhamdulillah,

Lama tak berceloteh diruangan ini, dari hari kehari semakin sepi nampaknya blog kita ini, mungkin ada yang mengunjung tapi tak ada yang ingin memberi komen atau mencoretkan sesuatu....... apa pun itulah hakikat kita yang sentiasa sibuk dengan berbagai-bagai aktiviti samada aktiviti keluarga, aktiviti pejabat, aktiviti sosial dan bermacam-macam lagilah aktiviti....yang boss dengan kerja buatnya, yang kerja sendiri dengan urusannya, yang kulikang juga turut disibukkan dengan aktiviti mencari rezekinya dan macam-macam lagi la......gitulah hakikat kehidupan di perhentian sementara ini... moga semua kerjabuat tersebut akan juga menjadi amal hidup kita yang mampu kita persembahkan dihadapan Allah swt nanti hendaknya......

Sahabat-sahabat sekelian,

Tahun baru 1433H dah lama berlalu,..tahun baru  2012M juga dah masuk bulan Februari, tut-tut sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali... check tengok umur kita rupa-rupanya dah nak mencecah setengah abad dah.... apa agaknya yang dah tertulis dalam buku harian ( daily report ) yang akan kita bawa nanti, tentu dah banyak juga dah tu, ..setengah abad adalah satu jangka masa yang lama.....gerun juga bila pikiaq tang ni... takut buka tengok kosong lagi......atau penuh dengan dakwat merah belaka.... waduhh...takut kalau begini.....gitulah moga kita beringat selalu akan bekalan yang bakal kita bawa nanti......nak kena prepare jawapan yang betul untuk dijawab nanti...dunia ni boleh la kita bagi macam-macam alasan....sana nun....woo ..takut loo...moga kita semua akan selamat dalam ujian ni.....marilah kita sama-sama persiapkan diri dan keluarga serta sahabat-sahabat kita untuk lulus ujian nanti dan sama-sama dapat bersua kembali di Syurga Allah yang amat luas itu.......Marilah kita selamatkan ummat ini termasuk didalamnya diri kita,keluarga kita, kawan2 dan sahabat kita dan mereka yang bersama dengan kita dari Azab Allah swt yang maha dahsyat itu.....wa

Awai tahun baru ni,walaupun perjumpaan rasmi yang kita cadang nak buat terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab, tapi adala juga kita berjumpa dengan sebahagian dari Ex-Smdso 78-80 kat tempat biasa Pokok Ceri sempena kepulangan Pengiran kita ke Kedah dan juga sempena meraikan sahabat-sahabat kita yang telah selesai menunaikan fardhu haji iaitu Tuan Haji  Muhammmad Ulwi dan juga Tuan Haji Dr Ahmad Shaltut....alhamdulillah semoga kita yang tak pi lagi ni akan dapat menyusul kemudian dan bagi yang dah selesai Alhamdulillah dan terus istiqamah hendaknya dalam amalan harian ....

Macam2 cerita jugala yang dapat disyerkan bersama dalam perjumpaan yang tak la sampai pagi tapi ok juga la..kerana masing2 ada hal yang perlu dibuat.....ada la juga tuan Pengiran peturunkan ilmu berniaga dia kat Brunai tu sikit untuk dikongsi bersama... walau tak banyak tapi Tip tu amat berharga...terutama bagi kami yang berniaga kecik2 ni.. macam aku dengan Moha....boleh la cuba apply ....

Satu lagi berita nak bagi tau kat kawan2 pasai sahabat kita Tn Hj Ulwi baru2 ni ada mengelami sedikit kemalangan dimana kakinya yang dah banyak kali kena operation tu kena operate lagi , beliau tergelincir masa ambil air sembahyang di Kota Tinggi ,Johor... walau bagaimanapun khabarnya beliau dah sihat dan boleh berjalan tapi terpaksalah  bertongkat.. moga Allah swt mengkifarahkan sahabat kita ini dengan kesabaran atas ujian yang Allah bagi ini.....

Hari tu ada la juga sembang dengan Setiausaha kita, Moha ,...beliau mencadangkan agar kita prepare awai sikit tahun ni untuk buat perjumpaan kita nanti.... takut kalut2 tak jadi pulak......moga hasrat murni ini akan mendapat perkenan dan bantuan dari allah swt hendaknya....

Ok la....masa pun dah suntuk...ana minta diri la dulu...Insya Allah lain kali kalau diizinkan kita berceloteh lagi...


Wasssalam...

Sahabatmu....

Jamal Nasir

6 comments:

  1. Salam......
    Dok jengok juga...tapi pintu dok katup saja.
    Hari kebetulan lalu lagi....Tu yg singgah nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkmsalam....
      Alhamdulillah Li....ada juga la jengok...tenyeh pi la apa yang boleh kita pakat2 syet....samil2 dok tenyeh dalam blog Tebuan aloq tu boh sama kat sini....nanti kena minta kat moha juga bagi laluan.....

      ok Li....

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Aku macam Li Mehad juga, jengok tapi tak ada idea nak bagi komen. semuga semua sahabat masih menjenguk blog ni dan yang rajin menulis tu, teruskan macam saudara Jamal kita ni.
    Aku Alhamdulillah dah OK, boleh jalan dengan tongkat, dah boleh bawa kereta.
    Salam untuk semua sahabat
    Wasallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum,

      Masa aku balek ALOR SETAQ, 15 Feb baru-baru ni,sempat jugak jumpa Mat Wee dan kawan-kawan yang lain. Mat Wee ambik aku kat KL Airport. Di Alor Setaq pula, Jamal & Moha dok usung bawak jalan sana-sini........... bila aku nak balik Brunei 22Feb, dengaq cerita Mat Wee dah masok hospital kena operate kaki...........Dalam masa yang singkat saja macam macam boleh berlaku, oleh itu aku berpesan pada diri aku dan juga semua kawan kawan yg lain gunakanlah masa yang singkat ini yang diberi oleh Allah dengan sebaik-baiknya - tanpa melakukan kerosakan di muka bumi ini........masa dalam kehidupan kita setiap saat semakin surut dan berkurangan, manafaatkanlah ia dengan kerja-kerja yang dapat memberi kemanafaatan kepada diri kita dan juga orang lain. Wallahuaqlam.

      Delete
    2. Wlkmsalam...
      Alhamdulillah ...kira ok dah la tu Tn Hj.,dah boleh bawa kreta dah....moga cepat semboh la no...

      Baru ni pakat jumpa sat kat Kopi Kampong... cadang nak bincang pasai Re-Union,tapi terbabaih cerita pasai lain....dengar kata juga la,sahabat kita Cikgu Sukarno juga terbabit dalam kemalangan kat Ipoh tapi Alhamdulillah la dia selamat...anak dia la,hat exident dulu tu,moha kata patah tang bahu pulak... kereta katanya terok juga bila terbabas dalam longkang dan bila nak tarik balik tu,banyak juga yang rosak....gitu la...betoi kata Tuan Pengiran tu, ..macam2 boleh berlaku dalam masa yang cukup pantas...moga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah jua hendaknya....

      wassalam....

      Delete
  3. Salam.....
    Tak pa dah tu Tuan Jamal....bagi hangpa yg dan sudah laa...aku biaq laa aku merapu dlm blog aku sudah la kot...nanti berjangkit mai sini susah laa pulak.
    Wasalam

    ReplyDelete