Wednesday, October 12, 2011
Kawan-kawan kita yang menjadi tetamu Allah 2011
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pada tahun 2011 ada dua orang kawan kita telah dipilih menjadi tetamunya (yang ana tahu). Mereka adalah Mat Ulwi Hasyim dan Dr Ahmad Shaltut. Kedua-dua mereka mengerjakan haji bersama isteri masing-masing. Mat Wi telah bertolak ke tanah suci pada 7 Okt 2011 dan akan menyusl pula Dr Ahmad Shaltut pada 26 Okt 2011 (kalau tak silap ana.
Pemergian mereka ke tanah suci kita iringi dengan doa semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan mendapat Hj. yang mabrur.
Kita pula bila pula akan di pilih menjadi tetamunya. Ana yakin semua kawan-kawan telah mendaftar dgn tabung haji dan kita berdoalah selalu supaya kita dipilih pula. Nasihat ana pada diri ana dan kawan-kawan ialah persediaan kita untuk ke sana mestilah bermula dengan niat serta amalan seperti sembahyang berjamaah,membaca Al-Quran setiap hari, solat malam, bersedekah dan lain-lain lagi hendaklah diamalkan dengan penuh istiqamah. Apabila kita dapat lakukan ini sebelum pergi, insyaallah kita akan diberi lebih kekuatan melaksanakan amalan-amalan soleh setelah kita bergelar Haji .
Untuk renungan kawan-kawan. Mengapa masjid kita masih lagi kosong sedangkan kalau dihimpun para Haji di kawasan tempat tinggal kita ramai, tetapi diri mereka tiada kekuatan untuk ke masjid berjamaah sedangkan semasa di Mekah mereka dapat berjamaah.
Inilah yang perlu kita fikirkan. Apapun kita sepatutnya membuat persediaan yang rapi dari segi amalan sebelum kita di panggil menjadi tetamunya . Insyaallah di depan Pintu Kaabah bermunajatlah kita supaya kita dapat beristiqamah dengan amalan kita selama ini dan kita dipilih sentiasa menjadi tetamunya apabila pulang ke Malaysia. (berjamaah di Masjid).
Israel hanya akan takut pada Islam apabila setiap masjid dipenuhi Jamaah setiap waktu seperti hari Jumaat. Takbir !!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah,
ReplyDeleteSetinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua kita masih mampu untuk berada lagi dibuminya yang sementara ini.....selawat dan salam juga kita panjatkan kepada baginda Rasullullah SAW dan para sahabat yang telah berjuang menegakkan Islam yang dapat sama2 kita kecapi hingga kini.....
Tahniah kita ucapkan kepada dua sahabat kita ini yang telah dipanggil untuk menyegerakan Fardhu Haji yang merupakan tuntutan rukun yang lima keatas setiap Muslim...lebih2 lagi yang telah cukup kemammpuanNya untuk kesana...Alhamdulillah....
Semoga kedua2 sahabat ini akan mendapat Haji yang Mabrur sepertimana yang dihajati.....
Bagi yang telah pergi,Tahniah juga diucapkan dan teruskan Istiqamah anda dengan rukun2 Islam yang lain dan tuntutan2Nya.....bagi yang belum,Insya Allah akan tiba masanya nanti bila sampai masa panggilan anda,..teruskan usaha dan doa agar kita jua akan sama2 dapat kesana....
`Labbaikallahummalabbaikk...Labbaikala-sharikalakalabbaik...Innalhamda...wanniakmata.. lakawalmul..lasharikalakkk....'
di doakan semuga kedua dua sahabat kita di mendapat haji yang mabrur.
ReplyDeleteWassalam, Khir