Lama juga dah tak tulis apa-apa dalam blog ni, cuma kali ni aku hanya ingin mengajak semua kawan-kawan untuk sama-sama berkongsi sedikit cerita tentang kedudukan matawang Malaysia yang di gambarkan semakin kukuh setiap hari di pasaran DUNIA. Inilah cerita TAHYUL yang sering kita dengar sejak 10 tahun yang lalu digembar-gemburkan oleh hampir semua media di Malaysia.
Sebagai seorang hamba ALLAH yang menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa, aku rasa hari ini merupakan hari tukaran wang asing yang terendah pernah dicatitkan oleh RM (Ringgit Malaysia) berbanding BD (Brunei Dollar) sejak 10 tahun lalu.
10 tahun yang lalu, semasa aku mula-mula berhijrah ke Brunei, jika kita pergi ke mana-mana bank ataupun Pengurup Wang yang Berlesen, 100.00BD dapat ditukar menjadi RM208.00. Pada hari ini, semasa urusniaga perdagangan antarabangsa dijalankan (Brunei - Malaysia), 100.00BD adalah bersamaan dengan RM245.00.
Bayangkanlah jika 1 juta BD ditukar 10 tahun yang lalu, kita akan memperolehi sebanyak RM2.08 juta, tetapi pada hari ini jumlah yang sama dapat di tukar menjadi RM2.45 juta dalam ertikata lain matawang RM telah jatuh nilainya sebanyak RM370,000.00 dalam masa 10 tahun bagi setiap tukaran 1 juta BD di pasaran antarabangsa.
Belum tercatit dalam sejarah, nilai RM semakin kukuh jika dibandingkan dengan BD sejak 10 tahun yang lalu.
Oleh yang demikian, semua syarikat di Malaysia yang menjalankan urusan perniagaan berasaskan import akan mengalami kenaikan kos yang MELAMPAU kerana kedudukan Ringgit yang lemah di pasaran antarabangsa...........
Maka tidak hairanlah sekarang ini, semua harga barangan telah NAIK kecuali 'Buah Nyok' dan 'Hujan' saja yang mampu TURUN di Malaysia.
Dari HPH
ReplyDeleteMari semua kawan-kawan kita beli emas krn nilai emas adalah paling stabil.
Mana laa kawan-kawan aku ni. Tak tulis apa-apapun. Mana Mat Wi, mana Li Mehat , mana siera, mana moha, mana dr shaltut, mana-Mi Tokwan, mana Lan, mana Pak Ya mana! mana! .................... semua kawan-kawan aku ni. Mereka semua dah lupa nak jengok sini ka.
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteKEMARIN DAH TULIH PANJANG LEBAR DAH.....BILA POST SAJA DEPA BLOK TAK BOLEH SEND.....GERAM BETOI..TERUIH TAK JADI NAK KOMEN....