Monday, May 30, 2011

Bulan Rejab - Bulan Ke-7 Hijrah

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan Rejab adalah termasuk di dalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam. Firman Allah s.w.t.
Maksudnya ;
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah: 36)
Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan di dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan di dalam bulan tersebut. Inilah suatu pengiktirafan oleh Allah s.w.t. terhadap bulan Rejab di samping bulan-bulan haram yang lain.
Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku di dalam bulan Rejab, di antaranya ialah ;

Pertama : Peristiwa isra' Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama' Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua : Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga : Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.
Selain daripada itu, terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku di dalam bulan yang mulia ini seperti penaklukan semula kota Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera Salib pada 27 Rejab 583 hijrah. Imam As-Syafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam di tanahair kita juga dilahirkan di dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah bersamaan 767 masehi.

Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan sepertimana juga di dalam bulan-bulan yang lain, di antaranya ;

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab. Amalan berpuasa sunat adalah merupakan suatu galakan daripada Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Bukhari ;
Maksudnya ;

Sabda Rasulullah s.a.w. " Allah s.w.t. telah berfirman bahawa puasa itu adalah untukNya maka Allah lah yang akan membalasnya."

Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab. Said menjawab: "Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: "Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa." (Sahih Muslim)

2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hazam ;
Maksudnya :
" Tangan yang di atas ( pemberi ) lebih baik dari tangan yang di bawah ( penerima )"

3. Memperbanyakkan zikrullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud " Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia."

Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan di dalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.
Maksudnya ;
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(Zalzalah: 7-8)

*Nota;
Diambil dari risalah didalam Haluan Tarbawi.com untuk tatapan kita bersama

Wallahuallam......



Monday, May 16, 2011

RM1 = Hanya 39 Sen Brunei?

Lama juga dah tak tulis apa-apa dalam blog ni, cuma kali ni aku hanya ingin mengajak semua kawan-kawan untuk sama-sama berkongsi sedikit cerita tentang kedudukan matawang Malaysia yang di gambarkan semakin kukuh setiap hari di pasaran DUNIA. Inilah cerita TAHYUL yang sering kita dengar sejak 10 tahun yang lalu digembar-gemburkan oleh hampir semua media di Malaysia.

Sebagai seorang hamba ALLAH yang menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa, aku rasa hari ini merupakan hari tukaran wang asing yang terendah pernah dicatitkan oleh RM (Ringgit Malaysia) berbanding BD (Brunei Dollar) sejak 10 tahun lalu.

10 tahun yang lalu, semasa aku mula-mula berhijrah ke Brunei, jika kita pergi ke mana-mana bank ataupun Pengurup Wang yang Berlesen, 100.00BD dapat ditukar menjadi RM208.00. Pada hari ini, semasa urusniaga perdagangan antarabangsa dijalankan (Brunei - Malaysia), 100.00BD adalah bersamaan dengan RM245.00.

Bayangkanlah jika 1 juta BD ditukar 10 tahun yang lalu, kita akan memperolehi sebanyak RM2.08 juta, tetapi pada hari ini jumlah yang sama dapat di tukar menjadi RM2.45 juta dalam ertikata lain matawang RM telah jatuh nilainya sebanyak RM370,000.00 dalam masa 10 tahun bagi setiap tukaran 1 juta BD di pasaran antarabangsa.

Belum tercatit dalam sejarah, nilai RM semakin kukuh jika dibandingkan dengan BD sejak 10 tahun yang lalu.

Oleh yang demikian, semua syarikat di Malaysia yang menjalankan urusan perniagaan berasaskan import akan mengalami kenaikan kos yang MELAMPAU kerana kedudukan Ringgit yang lemah di pasaran antarabangsa...........

Maka tidak hairanlah sekarang ini, semua harga barangan telah NAIK kecuali 'Buah Nyok' dan 'Hujan' saja yang mampu TURUN di Malaysia.