Semoga semua sahabat-sahabat Ex-Smdso 78-80 sentiasa didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya.
Disini ingin ana maklumkan satu berita yang ana terima dari saudara setiausaha kita Tuan Moharazif Ramli yang memaklumkan tentang kemalangan yang menimpa anak Cikgu Sukarno kita yang telah bergesel motor yang dinaiki dengan lori trailer dijalan menghala ke Bukit Perak, Pendang.
Keadaan anak sahabat kita ini agak kritikal juga dimana khabarnya kakinya akan dipotong. Anak beliau kini berada di Hospital Alor Setar.
Untuk maklumat lanjut rasanya kita juga boleh menghubungi sahabat kita Dr Shaltut yang rasanya lebih arif tentang hal ini.
Adalah diharapkan semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan kesabaran kepada sahabat kita ini diatas sedikit musibah dan ujian yang diberikan.Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT memudahkan segala urusan saudara kita ini dengan limpah rahmatNya.
Sekian, makluman.
Sahabatmu,
Kami sekeluarga disini berdoa semoga diberi jalan keluar yang terbaik dari ALLAH swt ke atas anak Cikgu Sukarno serta kesabaran buat seisi keluarga.
ReplyDeleteAslmkm.
ReplyDeleteBanyak hari dah berlalu....hari agak dan jugala nak jengok lama sikit kat blog kita ni....nampak masih sunyi lagi dari kunjungan bloger2 dan ahli ... wlaucamnapun untuk makluman jugala pada hari Ahad yang lalu Saya bersama dengam Moha dan AHalim Pak Aji serta Dr Shal turut bersama-sama berada di Hospital sultanah Bahiyyah pada petang itu....kami berkumpul didepan bilik mayat untuk sama-sama melihat dan mengambil bahagian kaki anak sahabat kita Cikgu Sukarno yang terpaksa dipotong diatas dari lutut kerana bahagian betisnya agak teruk,tulangnya hancur dan patah dibeberapa tempat....kaki tersebut dibersihkan dan dibalut dengan elok dan dibawa ke perkuburan Tasak Langgar untuk dikebumikan bersama diatas kubur Nyang Cikgu Sukarno......Saya ,Moha dan Cikgu Halim mewakili semua sahabat Ex-Smdso turut menghantar dan sama-sama menanam kaki anak sahabat kita tersebut.....Walaumacammanapun sahabat kita nampak agak tenang dan mampu ceria sepanjang perjalanan kekubur dan ketika menanam kaki anak beliau tersebut..alhamdulillah... berkat dari Islam yang tertanam dijiwa beliau mampu tabah menghadapi apa jua suasana... syukur atas anugerah Allah ini....
Anak beliau khabarnya telah dipindahkan ke Wad 3 Kenanga yang mampu menerima kunjungan yang tak putus2 dari sahabat handai dan kawan rakan serta sanak saudara beliau....
Semoga Allah mencampakkan ketenangan dan penyelesaian yang terbaik keatas beliau dan anaknya.....
Wallahuallam.....
Wassalam...
Alhamdulillah semuanya telah selamat. Memang benar kata-kata daripada saudara Jamal. Semasa aku bercakap telefon dengan beliau (Cikgu Sukarno) nada suaranya masih seperti biasa sentiasa ceria seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sedangkan waktu tersebut anak beliau sedang menjalani pembedahan di hospital.
ReplyDeleteIsteri aku juga akan menjalani pembedahan akibat ketumbuhan pada bahagian dada pada hari Sabtu ini di Brunei, 23.4.2011. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat ALLAH mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.
Wassalam.
Asslamualikum,
ReplyDeleteKepada saudara Sukarno ana harap bersabar atas musibah yang menimpa krn sesungguhnya ada hikmah yang tak dpt kita rungkai dari pengamatan serta ilmu yang kita ada. Kepada saudara Mohd Asri kami sekeluarga mendoakan kehadrat allah kejayaan atas pembedahan tersebut.
Aslmkm.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan proses pembedahan isteri Tuan Pengiran dan dengan izin Allah jua akan dipersembuhkan....
" Dan sesungguhnya Dialah yang memberi sakit dan Dia lah juga yang akan menyembuhkan.."
Wassalam....
Jamal nasir