Saturday, March 13, 2010

ROTI STERING


Aku amat tertarik dengan komen serta cadangan HPH mengumpulkan semua kawan-kawan untuk sama-sama menunaikan ibadat Umrah di Tanah Suci. Beliau ada menyatakan alangkah indahnya kalau kita sama-sama dapat menikmati "Roti Arab" sambil minum susu unta dibawah sinaran lampu di tengah-tengah bandar / kota Makkah. Aku ada pengalaman tersendiri tentang "Roti Arab" ini untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan.

Setelah selesai menunaikan solat Asar di Masjidil Haram, biasanya aku akan tetap berada didalam masjid sehingga waktu Maghrib, buatlah apa yang patut mudah-mudahan ada sikit saham bila bertemu ALLAH nanti. Walaubagaimanapun pada suatu hari aku telah mengambil keputusan untuk melapangkan sedikit masa merayau-rayau disekitar kota Makkah setelah selesai menunaikan solat Asar. Aktiviti perniagaan merupakan kegiatan utama masyarakat yang mendiami kota suci ini. Kebanyakan daripada mereka (peniaga) berasal dari Turki, Habshah, Yamen, Pakistan, India juga tidak ketinggalan begitu ramai orang-orang dari Indonesia dan Malaysia yang berdagang disini.

Setelah penat berjalan, perut mula terasa lapar, tekak pula mula terasa kering........ Pada masa itu teringat dalam hati, alangkah bahagianya kalau-kalau boleh pekena "Teh Tarik" di tengah-tengah kota Makkah ini. Tak sampai beberapa saat, kedengaran laungan "Masuk, masuk....... teh tarik, nescafee tarik, susu tarik.................... semua ada......" Itulah sebahagian dari keajaiban yang terdapat di kota suci ini, pantang niat dalam hati ........ semua terus jadi..... masyaALLAH........

Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, aku pun apa lagi......... terus masuk dan order teh tarik, cukup sedap tanpa sedar aku dah hirup habis satu gelas................. lepas tu order lagi satu.
Aku baru sedar aku dah ada dalam kedai mamak yang begitu ramai pelanggannya. Hampir kesemua mereka dok tengah makan roti arab.......... Aku terus order satu roti arab, mamak dalam kedai tu kata "roti disini semua free, anta pileh kuah di depan sana". Aku terus ke depan kedai, order kari kambing, taklah berapa mahai sangat, .................... aku baru tau, di Makkah roti arab rupanya free, makanlah seberapa banyak hangpa semua larat makan, cuma kena bayar kari yang di pilih saja..............., lepas pilih kari, mamak tadi suruh aku tunggu dekat meja aku, sat lagi depa hantar roti. Atas meja dah ready pinggan, boleh tahan jugak besarnya..... aku sambil dok pekena teh tarik dok tunggu roti................. tiba-tiba sekeping roti melayang jatuh tepat atas pinggan yang dah ready atas meja.............masyaALLAH, aku amat terkejut, depa pakai lempaq saja roti arab dari jauh, orang putih kata "very skillful", betoi-betoi "centre" jatuh atas pinggan. Aku dok sangka roti arab tadi besaq roti canai, rupa-rupanya 2 kali ganda dari roti canai.

Aku panggil mamak yang lempaq roti tadi, aku tanya dia "yang ni ka roti arab, dia kata "na'am, aku terus sambung, "besaqnya............ kalau besaq ni bukannya roti arab, ni dah jadi roti stering, pasai saiznya kecik sikit dari stering bas ..................... aku tak tau dia paham ka dak, sambil tersenyum, mamak tadi terus beredar dari meja aku...................

86 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM

    MasyaAllah besaqnya. Kalau di Baling ni hanya sebesaq piring ayaq hangat tu saja. Roti Arab Melayu kot? Roti kena beli, kuahpun kena bayaq.

    Wasalam. LiMehad.

    ReplyDelete
  2. Asklm, Seronoknya dengar Tuan Pengiran dok cerita kat sana, terasa kalau boleh cuti ni nak terbang sana. Ana tak dapat bayangkan kalau kita ramai-ramai masuk dlm kedai mamak tu, penuh meja agaknya. Tuan Pengiran, ana nak ajak tuan dan kawan-kawan pi cuti sekolah bulan 5 dan 6 tahun ni macam mana.Kalau setuju kontek ana. Untuk tabung tu kita p la lain kali pula. Tentang hj tu ana dah daftar tapi d jangka pd tahun 2014 mungkin ada peluang. Nak tunggu p haji lambat rasanya, hati ni dah terasa sangat nak p sana. Kalau tuan Pengiran dan kawan-kawan nak join sekali alangkah seronoknya. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kawan kita cikgu Sukarno.

    ReplyDelete
  3. HPH,

    Terimakasih diatas pelawaan tuan. Untuk makluman, kalau aku jadi pi, insyaALLAH aku akan pi ikut Brunei. Di Brunei, sbhg besar kos Umrah akan ditanggung oleh Kerajaan Ke Bawah Duli Tuanku. Sultan Brunei ada hotel sendiri yang disediakan kepada rakyat baginda semasa berada di Tanah Suci. Aku pun tumpang 'tempek' beberapa kali pasai dah ada I/C Brunei. Kalau baru pertama kali pi sana, baguih bawak orang yang selama ini menjadi pendinding api neraka kita dulu, (isteri)..... boleh bulan madu sekali lagi di tempat yang amat dimuliakan oleh Allah diatas muka bumi ni. Kawan-kawan kita (exSMDSO) boleh tolak sebelah dulu........ Walaubagaimanapun aku bedoa hajat suci hang ni akan dimakbulkan ALLAH swt. Di Brunei tambang mengerjakan UMRAH baru sekitar RM 4000.00 (All in selama 15 hari), di Malaysia negara UM** laa ni berapa?

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum,terlebih dahulu terima kasih kat Li Mehad kerana aku baru dapat buku tu dan belum sempat baca lagi.Kat Malaysia ni Asri kos mengerjakan umrah untuk 15 hari tu lebih kurang RM5000.00 kot. Hang tak apa lah kerajaan sponsor sikit tapi kami ni bukan disponsor malah menolong membiayai perbelanjaan mereka.Nak buat macam mana dah dasar 1 Malaysia pencapaian didahulukan rakyat dikenakan...ok tak

    ReplyDelete
  5. teruja kau dengan cerita asri
    allah dah bagi bagi hampa peluang tengok kaabah
    ibadat depan kaabah.... bahagia hampa semua yang pernah pi... aku yakin azam nak pi lagi tu tetap pada diri hampa semua
    apatah lagi ... kami yang belum pi
    KERINDUAN YANG AMAT SANGAT
    betoi kata tuan prof kita ... kalau takpi haji tak leh pi umrah .... namun ramai ulamak berpendapat boleh pi umrah walau belum buat haji... namun misti ada azam nak buat haji dan usaha nak pi buat haji.
    aku sertakan koleksi aku berkaitan mekkah
    1. gambar 3 D kaabah
    2. gambar-gambar kaabah
    3. gambar sejarah kabaah
    ini bahan ceramah aku
    moga selalu dok cerita pada orang
    allah bagi peluang letak kaki ditempat rasulullah pernah letakkan kakinya
    solat dimana rasulullah pernah solat padanya

    Ya ...Allah ... berikan kekuatan untuk aku dan sahabat-sahabat ku serta isteri dan anak2 kami sampai ke rumah agungMU
    Ya Allah... berilah peluang untuk aku dan sahabat-sahabat ku serta isteri dan anak2 kami bersolat dan beribadat dihadapan rumah Mu.
    Ya Allah telah jauh kaki ini berjalan namun belum sampai ke rumah Agung Mu... kerna itu Ya allah... sampaikan aku dan sahabat-sahabatku serta isteri dan anak2 kami ke rumah agung MU
    amin.........amin... ya rabbalalamin

    ( minta moha ambil bahan berkaitan kaabah dalam email hang)

    ReplyDelete
  6. Salam,disini nak aku cerita sikit pengalaman aku dalam perjalanan ketanah suci pada musim haji 2006.Aku sebenarnya tak pernah berdaftar dan merancang nak pi haji pada tahun tu lagi cuma pi la hadir kursus haji kat masjid abdul kadir kat ofis itu.Pada masa tu bulan Mac jadi aku pun tanya la dekat ustaz yang menjalankan kursus tu samada sempat bagi aku kalau aku nak pi haji tahun tu. Dia jawab dari segi teknikal nya tak sempat kerana aku belum buat apa-apa lagi tapi dia suruh aku daftar juga dan mohon untuk pergi melalui pakej haji kerana kalau nak ikut sistem muasasah aku rasa tahun 2016 baru boleh pi.Aku bertawakkal saja la tapi kursus haji kena perabis dulu.Alhamdulillah doa aku nak pi dimakbulkan Allah dan aku bertolak ketanah suci pada 26 November 2006 melalui KT19.Penerbangan aku terus ke Madinah dulu.Apabila sampai kat Madinah,baru meluncurkan kaki nak turun kapalterbang..ouccch sejuknya terasa kerana suhu disana ketika itu kalau tak silap bawah 10 darjah celcius.Sepanjang berada di Madinah tu aku kena pakai jaket kerana tak tahan dengan sejuk tapi puak-puak India dan Pakistan tu buat selamba saja.Waktu subuh kita orang Malaysia cepat-cepat jalan nak masuk ke masjid Nabawi tapi puak-puak tu sembahyang kat luar dan tak berlapik apa-apa pun.Aku respect habis kat depa ni.Tapi pengalaman paling manis di Madinah ialah dapat sembahyang dalam kawasan Raudah. Manusia punya lah berebut-rebut nak masuk kawasan tu dan bila nak sembahyang macam berada atas angin pasal jemaah berhimpit-himpit tetapi semua dapat sembahyang. Hati aku merasa sangat sayu melihat maqam Rasululah dan para sahabat.Semasa berada di Madinah selama 8 hari, tabung haji bawalah meronda kawasan sekitar Madinah saperti perkuburan baqi,masjid Quba,masjid Qiblatain dan pasar kurma.Dalam perjalanan kepasar kurma rasa jalan punya jauh tapi rupa-rupanya hanya 200 meter dari hotel aku tinggal iatu Hotel Madinah Movenpick.Disinilah hang nak tengok lovingnya couple berjalan berpegangan tangan(macam Asri kata honeymoon tu betul la)diwaktu malam sambil pi pekena roti ketiak atau nasi mandi.Disini juga aku mempelajari sistem guna buang atau simpan iatu bilamana jubah baru yang kita beli harganya cuma 15 hingga 20 riyal tapi kalau hang nak dobi selepas memakainya kosnya 5 riyal.Pada hari ke 8 aku kena bersiap pasal nak bertolak ke Mekah tapi perlu singgah kat Bir Ali untuk niat dah sembahyang sunat disitu.Apabila sampai disitu hang akan jumpa segala keperluan yang diperlukan untuk kita melakukan tawaf jadi ingatan aku kalau nak pi sana tak perlu membeli di Malaysia kerana membuatkan beg berat saja.Yang perlu cuma sediakan wang yang mencukupi...sebelum aku lupa ada satu peristiwa di Bukit Uhud bila mana sampai disitu ada seorang mamat ni orang johor mengarahkan kepada kami semua supaya berhimpun semula dibas dalam masa sejam tapi apa yang terjadi dia sendiri tak sampai-sampai kebas sampai hampir dua jam sampai mutawif kalut mencari dia..peringatan:semasa disana cakap jangan lepas saja dan kadang-kadang apa yang terlintas dihati yang tu terjadi...nanti aku sambung lagi

    ReplyDelete
  7. Asklm.
    Seronoknya bila baca cerita hangpa di sana. Ana ni dok berazam lah nak p sana itupun kalau dizin tuhan. Ana harap kawan-kawan yang ada cerita semasa disana tulis-tulislah pengalaman disana , bukan apa cuma rasa seronok walaupun tak pernah p lg.

    ReplyDelete
  8. aku terima emsil pagi nie aku nak kongsi dengan sahabat semua

    ALLAH HANYA MEMANGGIL KITA 3 KALI

    sumber: email

    Renung-renungkan dan selamat beramal..

    Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.. aku bertanya pada Ibu.

    ‘Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah?’ Maklum, ini pertama kali aku buat Umrah.

    Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya.

    Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.

    Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

    Ibu berkata…’Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup…’

    Keningku berkerut.. ‘Sedikit sekali Allah memanggil kita..?

    ‘ Ibu tersenyum… ‘Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?’

    Saya menggelengkan kepala.

    ‘Panggilan pertama adalah Azan’, ujar Ibu.

    ‘Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah..

    Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak ‘cepat marah’ akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak.. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti’.

    Saya terpekur.. mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah….

    Ibu melanjutkan, ‘Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji..

    Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya ‘bergiliran’ . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam.

    Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan ‘Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan’, sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu’.

    Mata saya semakin berkaca-kaca.. Subhanallah.. saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan. Alhamdulillah.

    ‘Dan panggilan ke-3′, lanjut Ibu, ‘adalah KEMATIAN..

    Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.

    Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.. Insya Allah syurga adalah balasannya..’

    Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi, saya sujud bertaubat pada Allah karena kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.. Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.

    Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam..

    SEMOGA ADA MANAFAAT UNTUK KITA SEMUA

    JAM 5.30 PAGI

    ReplyDelete
  9. Cerita pasai Mekah ni teringin jugak aku nak kongsi pengalaman aku masa disana.Aku pi buat haji tahun 2006 sama tahun dengan Pak Ya,kami buat kursus haji perdana sama2 di Kepala Batas.

    Aku pi ke Madinah dulu (pernebangan awal)dan betui kata Pak Ya,memang sejuk masa kat sana,aku dan isteri memang dah bersedia dengan cuaca disana,jadi kami bawak baju tebai jadi tak la jadi masaalah sangat.

    Masa kat Masjid Nabawi sempat jugak beberapa kali solat diRaudhah,tu pun kena bersesak2.Disana jugak aku sempat jugak menziarahi makam Rasulullah SAW.Kita disana tujuan untuk beribadat diMasjid Nabawi (yang diberi ganjaran sebanyak 1000 kali pahala solat ditempat lain jika bersolat didalamnya) dan bukan semata2 untuk menziarahi makam Nabi,jadi apabila sudah ada disana ambiklah peluang untuk menziarahi makam Nabi dan tidak ada ziarah Wada'(selamat tinggal)semasa kita nak meninggalkan Madinah seperti yang sering diamalkan oleh kebanyakkan orang Malaysia.Biasanya kita berada selama 8 hari diMadinah sebab nak cukupkkan 40 waktu solat disana.Ini pun tak bersumberkan nas sohih,hadis yang sebenarnya adalah "Sesiapa yang sempat takbir yang pertama bersama2 imam selama 40hari(bukan 40 waktu),maka ditulis baginya kebebasan dari api neraka dan kemunafikkan"HRTermizi.Hadis ini buat semua orang yang bersolat jamaah dimana2 masjid dan tak khusus di masjid Nabawi saja.

    Masa diMadina tu aku sering jugak ke Masjid Kuba' untuk salot 2 rakaat disana sebab Nabi dah bersabda "Sesiapa yang berwudhu dirumahnya dan datang bersolat di masjid Kuba' akan mendapat pahala satu umrah".Banyakkan lah kemasjid Kuba' kalau nak dapat umrah free.

    DiMadinahlah tempat orang2 kita menghabiskan duit membeli belah,memang macam2 ada,kalau kaki shopping memang sampai solat pun tak dan. Tak salah nak shopping asalkan kita tak abaikan niat asal kita kesana sudahla.

    Itulah sebahagian cerita aku di Madinah,cerita kat Mekah dan buat Haji nanti ada kelapangan aku akan sambung,inshaallah.

    WA,Che E.

    ReplyDelete
  10. AKU JEMPUT SEMUA TEMAN-TEMAN YANG DALAM KAWASAN DAN LUAR KAWASAN
    MAI RUMAH AKU
    MALAM ESOK 17 MAC 1963
    NO 21 TAMAN MALINJA, LANGGAR
    ( DEPAN KOMPLEKS PAS POKOK SENA)lepas hospital
    call aku 019 5987842
    JAM 9.00 MALAM
    MAJLIS DOA SELAMAT -MOHON SELAMAT
    1. SELAMAT IMAN DARI KEKUFURAN DAN KEMUNAFIKAN
    2. SELAMAT DIRI DARI BALA - KEMALANGAN MINGGU LEPAS KERETA TEROK JUGA TAPI ALHAMDULLAH AKU TAK CEDERA ISTERI PUN SELAMAT
    3. SEDAQ-SEDAQ DAH MASUK TAHUN KE 48 DAH HIDUP NIE . 17 MAC 1963. MASIH HIDUP DAN SELAMAT. PENYAKIT TAK ADA ...

    pakat mai.... sengonok dengan kawan-kawan sambil berdoa dan bermunajat..
    MAI JANGAN TAK MAI
    habaq kat kawan lain yang jarang bukan blog nie

    ReplyDelete
  11. MAAF BUKAN 17 MAC 1963... TAPI 17 MAC 2010
    silap taip

    ReplyDelete
  12. Aslmkm sahabat2 Semua,

    Semoga ceria dan didalam rahmat Allah jua hendaknya....

    Nak cerita pasai pi Haji tak pi haji lagi,tapi macam sahabat2 kata la niat dan hajat tu ada cuma masa dan keadaan saja yang tak begitu mengizinkan lagi,Insya-Allah ada rezeqi tu sampai juga la nanti....
    Walaubagaimanapun pada tahun 1996,tanpa mengeluarkan belanja ana telah dapat bersama sebagai mahram kepada zaujah ana untuk turut bersamanya menunaikan Umrah yang dibiayaai oleh Syarikat tempat dia bekerja dulu,Alhamdulillah...
    Masa tu anak dah ada 5 orang,tapi pejam mata juga la tinggai kat keluarga dikampong...
    Cerita 1:Hilang Beg
    Ana dan group pi bersama dengan Pakej Rahman Brothers bersama dgn Tn Hj Rani, turut sama penerbangan dengan kami ialah Group Asari murni. Kami bertolak dari Penang dan sampai di Jeddah pada Subuh Pagi...Bila sampai diAirport tu pakat2 dok kalut la nak amik beg la dsbnya... ana ingat zaujah ana sudah angkat ana punya beg pasai cari tak jumpa tapi bila check2 tengok tak dak la pula...so dari Jeddah ke Madinah tu selai sepinggang la ana....tapi macam Pak Ya kata la,janji ada bawa duit sikit,kat Madinah tu apa pun ada....
    Nak habaq rasa hati tu Insya Allah lain kali la...memang special la...tapi ana nak pesan juga la,kalau nak rasa tu kenala ada ilmu sikit,pi kuliah ka pa yang patut nak bagi rasa macammana pengorbanan para sahabat dulu tu bilamana mereka berhijrah dari mekah kemadinah tu,macamana sahabat2 ansar dengan penuh keimanan menyambut sahabat2 Muhajirin diatas bumbung2 rumah mereka dsbnya la.....
    Ok la....nak habaq kat sahabat semua la,setelah lebihkurang 14hari kami pun berangkat pulangla keMalaysia...tut2 dalam dok perati nak amik beg masa kat airport bayan lepaih tu ternampak balik Beg yang hilang tu.....so amik balik la....Beg pun pi umrah dan balik sekali....
    Wassalam......

    ReplyDelete
  13. SALAM SEMUA SAHABAT,
    seronok dok baca cerita hgpa pi Mekah , dapat
    la kutip pengalaman dan ilmu sikit .setakat ni cuma dok hantaq saudara2 pi Mekah sampai airport saja.

    ReplyDelete
  14. Asklm, Lan kalau selalu hantag orang saja , apa kata bln 6 ni kita p sama-sama, mcm mana idea ana tu. Kalau nak p kontak Sukarno.

    ReplyDelete
  15. Aslamakm.

    Cikgu Sukarno,
    maaf la semalam pakat tak dan nak pi umah enta,pakat kalut belaka.....awai tu janji nak pi juga ,ana,kri ahmad dan HPH ,tapi lepaih tu ada teknikal problem sikit,pakat kata lewat dah,cencel saja la....ada rezeki lain kali pula,Insya-Allah.....

    ReplyDelete
  16. tak pa
    lain kali buat majlis dao selamat lagi
    dengar khabar anak halim ditimpa musibah sikit
    moga cepat sembut

    jamal
    pasai surau kg hang tu insya allah aku cuba tolong cari sikit-sikit melalui PAKSI
    insya allah ada

    ReplyDelete
  17. ada marka join kita punya blog ..nama Addinna , dia add kat followers tu ,.. anak sapa , bole tahan gak!!

    ReplyDelete
  18. Woi Lan Siam,

    Yang tu bini Md. Nan laa.....

    ReplyDelete
  19. Salam semua,

    Aku pi Haji dengan isteri, mak, kak dan abang aku pada tahun 2001. Pakej cap kang (muassasah)RM9000: 44 hari. Masa tu umoq tak sampai 40 lagi (muda belia lah).

    Umrah pertama pada tahun 1996 (muda remaja). Pada tahun 1996 tu, Tok Arab caj macam biasa seorang untuk 1 tempat duduk. Tahun 2001, Tok Arab caj aku 2x ganda, dia kata "anta kabir, khamsa rial". Jadi untuk nak pi ke situ kena buat banyak pengorbanan. Jangan dok kalut tukaq kereta baru, jangan dok kalut perbaik ghumah selalu. Pejam mata, pi.

    Labbai kallah hum malab baik! Labbai kala shari kala kalab baik. Innal hamda. Wan niakmata. Lakawal mulk. Laa shari kalak!

    Pada kawan-kawan yang kerja dengan kerajaan, sila buat potongan gaji untuk Haji. InsyaAllah wajib boleh pi. Jangan malu pi belajag dan pi lah masa muda dan masa sihat.

    Kalau pi yang mahai, tak dak lah cerita banyak sangat. Tapi kalau pi macam aku, 1001 cerita yang sukar nak dilupakan. Terasa begitu sebak sekali apabila melihat Baitullah.

    Wahai kawan-kawanku,
    Marilah kita ke sana, jangan tangguh kerana masa semakin suntuk. Bab kes Umrah dulu sebelum Haji, pi lah Umrah, tetapi dalam masa yang sama wajib daftar Haji dan berazam untuk pergi mengerjakan Haji. Tapi kena ingat, wajib berikhtiar untuk menunaikan Haji. Ada orang yang gila pi Umrah, tapi tak mahu pi buat Haji walau ada peluang. Yang ni amat berdosa. Tak boleh la macam tu.

    Yang seronok, lepas tawaf, saie, keluag saja dari masjid jangan lupa makan aiskrim dan ayag pelam. Banyak tempat dah yang aku pi.. aiskrim Mekah lah yang paling sedap dan tak boleh lupa.

    Ya Allah Ya Tuhanku, murahkan rezeki dan sihatkan tubuh badan saudaraku supaya mereka dapat menjadi tetamuMu, tawaf dan Saie di rumahMu. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

    Berazam dan berusaha, InsyaAllah kita sampai di sana. Ingat! Haji adalah Rukun Islam Ke 5. Apalah guna rumah besag, kereta besag..kaki pernah mencecah London, kaki pernah mencecah Amerika....Rumah Allah tak sampai lagi...

    ReplyDelete
  20. Untuk Limehat,

    T Q very much for The One and Only "Cermin Grumit". Satu antologi yang amat bernilai buat kita semua.

    ReplyDelete
  21. Aslmkm.
    Alhamdulillah, tu lah untungnya kita bersahabat,ada yang ingat dan ada yang memperingati...mendoakan kawan2 yang lain sama,betapa indahnya semua ini....

    Betoi kata bang aji Suhaimie tu,mai la kita pakat2 pulun, Insya Allah ada la rezeki kita untuk kesana tu....ana pun tengah dok berusaha lagila ...semoga Allah bagi peluang untuk KITA semua kesana jua mengerjakan rukun yang ke-5 ini, Insya Allah....

    ReplyDelete
  22. Sesungguhnya dosa2 terampun antara satu umrah kesatu umrah yang lain.
    Para ulamak berpendapat jarak diantara dua umrah itu adalah sehingga rambut mulai tumbuh menghitam selepas dicukur pada umrah yang mula dan ada yang menetapkan jarak masa 20hari.Umrah yang dilakukan setiap hari ataupun 2/3 kali sehari adalah tidak menepati syarak dan tiada asalnya drp Nabi SAW.

    WA,Che E.

    ReplyDelete
  23. Aslmkm wrth.
    Semoga ceria2 selalu dan sentiasa didalam rahmat Allah SWT jua hendaknya buat semua sahabat2.....

    Semakin hari nampak semakin sunyi blog kita,tak lagi semeriah sebelum ni,mana pi habih,tak dak ke cerita apa2 yang nak disyer bersama....mai la kita pakat2 menulih,ramai lagi tu yang nak menulih tapi dok tangguh sat.....

    Nanti,Insya Allah ana ada lagi cerita nak tulih,tapi tunggu dulu....nak pi breakfast sat....
    K...jumpa lagi...

    ReplyDelete
  24. Aslmkm.
    Ni ada masa free sat,baru balik dari site visit..sambil2 dok berehat2,teringat nak sambung balik menulih.....

    Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya....

    Masa ana pi umrah dulu tu,tahun 1996,baru habih sambung belajar...baru belajaq jadi Engineer... Dalam proses nak pi tu,Allah izin mak ana terjatuh kat bilik air dan sakit,kuat juga la sakit dia tu,ikhtiar pi berubat kat sana dan kat sini...tapi taqdir Allah dah sampai,maka kembalilah kerahmatullah bonda yang dikasihi dalam usia 74tahun..masa tu dekat sangat dah dengan tarikh nak bertolak...ingat nak batai saja..tapi Allah ambik bonda ana dulu...maka pi la ana bersama zaujah tersayang,meninggalkan 5 anak yang masih kecil kepada kakak2 ana dikg....

    Ok...bila bertolak dari Jeddah terus keMadinah tu,jauh juga perjalanan melalui beberapa kawasan Padang Pasir...bila nak sampai saja tu,teringat la ana bilamana sahabat2 muhajirin nak sampai kekota Madinah masa tu,..nampak saja bumbung2 bangunan dikota Madinah tu terasa sayu sekali hati ini,teringat bagaimana sahabat2 ansar yang menanti2 ketibaan rombongan Rasullullah dari Mekah dengan melihat sayup2 dari atas bumbung rumah mereka....teringat bagaimana kisah pertemuan dua sahabat( kalau tak silap Abu Ayub Al-Ansori dengan Abdul Rahman bin Auf ) yang mempelawakan rumah serta isterinya kepada sahabat muhajirin,diberi pilihan yang mana satu yang suka maka rela dia mencerai dan memberikannya kepada sahabat tersebut,teringat bagaimana tingginya pengorbanan sahabat2 Rasulullah dahulu dibandingkan dengan kita hari ini....teringat bumi dimana adanya jasad Rasullullah SAW dan para sahabat utama...dll lagi..sungguh indah sekali...(Road To Madinah;by Abu Hasan Ali An-Nadawi.)
    Sesampai sahaja dimadinah kita dibawa melawat kawasan dan tempat2 bersejarah disana...dan satu lagi yang terasa sayu ialah bila melawat kemedan Jabal Uhud...teringat bagaimana Rasullullah dan sahabat2 mempertahankan ISLAM dari diserang balas oleh tentera Musyrikin hingga berdarah2 menahan panah,serta begitu sayu apabila melawat Maqam Sayydina Hamzah yang syahid..teringat bagaimana Hindun cuba untuk memamah hati Pedang Allah ini...dll...satu pengorbanan yang tak ada tolok bandingnya demi mempertahankan ISLAM itu sendiri...dimana kita?...
    Itulah sedikit ingatan dan pengalaman yang dapat disyer bersama semasa diMadinah....
    InsyaAllah jika diizinkan kita jumpa lagi dengan kisah2 dibumi Makkah pula....

    Wallahuallam...

    `Kebenaran itu adalah dari Tuhanku,maka janganlah kita termasuk kedalam gulungan orang yang ragu2..'(maksud ayat Al-Quran )...

    wassalam...

    ReplyDelete
  25. aku dapat paham dari cerita hang nie jamal,makna nya kalau nak pi sana tu kena ada pengetahuan tentang tempat dan sejarah nya.
    bila berada diuhud ... apasejarahnya dengan rasulullah.
    bila lihat hajarul aswad ... tahu sejarahnya nabi mendamaikan untuk meletakkanya sebelum kerasulannya.
    aku rasa .... sebelum pi perlu ada penerangan sikit atau bagi bahan bacaan untuk yang nak pi agar ada persediaan
    1. persediaan niat
    2. persediaan kewangan
    3. persediaan ilmu cara mengerjakan haji/umrah
    4. persediaan ilmu kelebihan dan cara beramal ketika di tanahsuci dan tempat tertentu.
    5. persediaan ilmu sejarah rasulullah dan para sahabat.
    6. persediaan kesihatan
    7. persediaan yang ditinggalkan ditanahair
    dan lain-lain persediaan.
    ini yang terlintas difikiran mungkin kawan-kawan ada pandangan yang lain

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum

    Tambahan kepada pandangan yang diberikan oleh Cikgu Sukarno. Perkara yang teramat penting ialah tentang rukun dan wajib haji/umrah. Ibadat haji dan umrah dilaksanakan dalam keadaan berihram. Ihram ini adalah sama statusnya bagi haji wajib dan umrah sunat.

    Tidak ada perkara yang boleh membatalkan ihram dan tidak betul tawaf dan sai menyebabkan tidak terjadinya tahlul. Keadaan ini menyebabkan ihram tidak selesai sehingga akhir hayat dan haji selepas itu tidak sah. Jika kembali ketanahair maka perkara yang terlibat dengan pernikahan tidak boleh terlibat seperti berkahwin, mewalikan perkahwinan, menjadi saksi perkahwinan dan perkara yang berikut selepas itu.

    Apa yang dibimbangkan ialah bagi orang menggangap umrah sunat tidak mengapa, boleh buat lebih kurang sebagai raptai dahulu akan menyebabkan perkahwinan orang lain terjejas jika diri sendiri sudah tidak mahu berkahwin. Haram juga baginya bersetubuh dengan isterinya atau sebaliknya.

    Oleh yang demikian belajarlah dahulu tentang perkara kesalahan dalam umrah dan haji dan dam yang perlu dibayar jika berlaku kesalahan.

    Antara perkara yang selalu terjadi ihram tidak selesai ialah:

    BAGI LELAKI

    1 batal wuduk semasa tawaf
    2 ternampak paha semawa tawaf (Buka aurat)
    3 bahu kiri terpesung dari kaabah

    BAGI PEREMPUAN

    1. rambut terkeluar dari telekong semasa tawaf
    2. dagu terkeluar dari telekung
    3 bahu kiri terpesung dari kaabah
    4 meninggkakam tawaf akibat haid bagi tujuan balik ketanahair tanpa membayar dam bagi mnyelesaikan ihram

    Bagi haji pula, orang yang mengerjakan haji ifrat, mereka akan mengejaka tawaf selamat datang (sunat) selepas tawaf bolehlah sai rukun. Adam terdapat orang yang mengganggap tawaf ini sunat, boleh dibuat sambil lewa dan jika tidak sah tawaf sunat ini maka sai tidak sah dan ihram tidak selesai sehingga ikhir hayat.

    Bagi yang membawa kanak-kanak pastikan mereka ini beribadat dan berihram tawaf dan sae dengan betul.

    Oleh yang demikian belajar terlebih dahulu samada untuk umrah atau haji.

    Tulisan ini bukan tujuan untuk mengajar tetapi untuk memperingati kepada kebaikan.

    Semoga amal ibadat kita diterima Allah dan mendapat ganjaran dariNya

    ReplyDelete
  27. untuk Cikgu LiMehat

    Terima kasih atas buku Antologi

    ReplyDelete
  28. Salam,aku kebetulan dok tengok live sembahyang subuh dari Makah jadi rasa nak tulis sikit la.Benar apa yang dikatakan oleh professor tu kita kena belajar selok-belok cara untuk mengerjakan haji dan umrah tu bagi mengelakkan kekeliruan disana nanti.

    ReplyDelete
  29. aku ada slaid show ppoint untuk kerja umrah
    ustaz yang dok bawa jamaah haji dan umrah minta aku buat
    dia bagi aku maklumat dan gambar
    aku susun dan tambah dengan gambar yang aku ada
    aku cuba send kat moha ..
    untuk bacaan dan renungan kita bersama
    setakad nak buat kursus dengan slaid show ppoint tun dah cukup
    tapi lebih baik berguru dan dapat pengalaman dari mereka yang dah pi
    untung hampa yang dah pi
    moga diberkati
    moga kami yang tak pi dapat pi

    ReplyDelete
  30. Aslmkm wrth.

    Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua kita masih mampu bernafas dan menyedut udara yang segar dan nyaman ini serta masih dapat meneruskan lagi sekelumit dari baki2 kehidupan yang masih ada ini...
    Sahabat2ku,
    Marilah sama2 kita hitung akan usia kita yang semakin hari semakin kepenghujung ini...bak kata kubur dah kata mari dan dunia jua mengizinkan kita untuk pergi...Apakah cukup bekalan yang akan kita bawa nanti apabila kita dipanggil pulang oleh Allah SWT...Apakah mampu untuk kita jawab persoalan2 yang bakal dikemukakan kepada kita nanti....???
    Tanyalah diri kita;
    1.Dari mana kita didatangkan..
    2.Untuk apa kita didatangkan...
    3.Kemana hendak kita bawa diri ini...
    Ingatkan akan ayat Allah yang bermaksud;
    `Pada hari yang tidak berguna lagi hartabenda dan anakpinak,kecuali mereka yang kembali bertemu dengan Tuhannya dengan membawa HATI yang salim (bersih)'..
    Wallahuallam...
    *Nak buat pembetulan dari cerita sebelum ni,sebenarnya sahabat ansar yang dipertemukan dengan Abdul Rahman bin Auf ialah Saad bin Rabie' dan Sayyidina Hamzah juga bukannya Pedang Allah tapi Singa Allah...maaf atas keterlupaan,...Moha tolong peringat tadi jumpa dia....K..cukup dulu takat ni pasai Tuan Presiden dok tunggu ajak minum teh dulu...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum 2all!
    Banyak ilmu yg dapat dikutip drp kisah kawan2.
    Aku pasai haji dan umrah ni ada pengalaman org sahaja. Pengalaman sendiri hanya dialam maya shj. Macam2 dugaan dan cabaran yang berlaku pada tetamu Allah dr tanahair tercinta ini. Kadang2 keliru juga dengaq citer kawan2 yg dah pi dengan cabaran yg ada tu. Kadang2 macam sengaja direka dan dicipta saja cabaran tu oleh tok2Arab/? yg meniaga tu. Berbagai cara mereka ni ambek peluang. Org yg menjadi tetamu Allah ni terpaksa bersabar menghadapi cabaran tersebut demi mendapat haji mabrur. Disitulah yg boleh menuntut kesabaran diri yg tinggi, itu tak termasuk lagi larangan2 semasa wajib dan rukun haji. Apa pendapat TuanHaji2 tentang cabaran yg mcm diadakan ini?
    LiMehad. Baling.

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum

    Saudara-saudaraku sekelian

    Allah SWT berfirman yang maksudnya lebih kurang "haji yang mabrur tidak ada yang lain melainkan syurga" dan kita selau mendengar ungkapan " no pain no gain" dan satu lagi tak pasti sama ada hadis atau ayat Quran "Jangan kamu sangka kamu bariman selagi kamu tidak diuji"

    Tidak ada satu peningkatan dalam darjat seseorang sekira orang itu tidak mahu mengambil risiko. Begitu juga dengan haji.

    Dalam menghadapi risiko ini bolahlah diketegorikan dalam beberapa bahagian.

    Ibadat haji ialah musafir. Tidak ada musafir yang tak susah, sebab itulah orang diharuskan qasar dan jamak solat juga diharuskan berbuka puasa, keharusan ini berterusan sehingga hari kiamat.

    Musafir haji pula musafir berjamaah yang besar sudah tentulah berbagai kerenah yang akan ditempuhi sedangkan organisasi kecil pun penuh dengan pelbagai masaalah.

    Ibadat Tanah haram diganda pahalanya begitu juga dosa balasanya pun lebih.

    Dosa dan noda yang dibawa banyak, lebih banyak dosa lebih banyak pula dugaannya.

    Walaubagaimanapun kesabaran adalah amat penting bagi mencapai haji mabrur

    Wassalam

    ReplyDelete
  33. Aslkm 2 all,
    Terima kasih semua atas cerita-cerita diatas. Rupanya ramai kawan-kawan ana ini hebat-hebat belaka. Terasa kerdil diri ini jika dibandingkan dengan kawan-kawan semua. Semoga Allah memberi ilham pd kawan-kawan untuk menulis krn dr cerita-cerita ini boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
  34. asslamulaikum

    Memandangkan ahli ex-smdso 76- 80 ini merupakan golongan yang berilmu dalam berbagai disiplin dan profesyen yang pelbagai. Ada yang belajar
    sains, perubatan, pertanian, kejuruteraan, sastera, geography, militery, telekommunikasi, ekonomi dan lain-lain kepakaran.

    Begitu juga terdiri dari pelbagai peggalaman kerja.

    Dicadangka agar dibuat satu slot untuk kita bertukar-tukar ilmu sesama kita.

    salah satu dari 3 perkara yang akan dibawa kedalam kubur ialah ilmu yang memberi manafaat.

    Tiada kejayaan tanpa ilmu

    Langkah orang berjaya:

    belajar
    periksa
    lulus
    sijil
    kerja
    upah/gaji
    duit
    membiayai kehidupan

    Langkah orang cemerlang

    belajar
    kerja
    belajar
    ... (berulang tanpa henti)


    Kita sebagai Umat Islam wajib memakmurkam dunia ini kerana kita merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah. Adalah silap jika dikatakan tinggal dunia dan kejar akhirat semata-mata. Jika dunia kita biarkan maka dunia akan di pandu oleh orang kafir.

    Fikir lah setiap urusan kita adalah fardzu kifayah, rezeki adalah anugerah Allah bukan kita yang tentukan. Keberkatan adalah penting.

    Bidang yang kini ditangan orang kafir ialah perniagaan, commercial product invention, pertanian kemersil, persenjataan, industrial & agricultural machinery design, agricultural chemical dan beratus-ratus bidang lagi.

    Marilah kita sama-sama memikirkan hal ini

    ReplyDelete
  35. jamal .... aku kutip sikit sumbangan untuk surau hang dari warga paksi.. ada 3 surau yang mohon. 1. surau di kuala pegang balik, 2. surautaman setia jaya alor star dan 3. surau kg hang.

    call aku boleh jumpa tang mana nak serah amanah orang.

    pasai ilmu nie kekadang kita kena tolong cikgu kita yang mengajar kita dulu. kalau dulu rasa aku kita belajar ilmu tu semata-mata tidak ada hubungan dengan allah. la nie dengan ilmu yang depa bagi kita dah faham dah bleh hubungkan dengan Allah.
    Kita up kan ilmu cikgu kita tu agar kita dan generasi akan datang tidak goyah iman mereka.
    Itu maknanya kita tolong cikgu kita.
    terima kasih cikgu melalui engkau kami kenal tuhan

    ReplyDelete
  36. Aslmkm Wrth.

    Makluman untuk kekawan.

    Ayah mertua Saudara Setiausaha kita telah kembali kerahmatullah pada malam semalam dan akan disemadikan pada jam 10.00pagi ini di perkuburan Masjid Bukit Tinggi,Kepala Batas,Alor Setar.Solat jenazah pada pukul 10.00pagi,semua sahabat2 yang berkelapangan dijemput untuk menghadiahkan solat jenazah kepada ayahanda mertua sahabat kita ini.....

    Wasssalam...

    ReplyDelete
  37. selamat... disolatkan ... aku jamal dan syafi mewakili sahbat yang lain berada di masjid untuk menyempurnakan solat jenazah.
    semoga digolongkan dikalangan yang soleh
    amin

    terima kasih jamal mai ambil aku

    ReplyDelete
  38. Cikgu/Ustaz Sukarno,

    Jazakallahukhairankhathira atas usaha anta tolong hebahkan pasal kutipan pada Majlis PAKSI untuk pembinaan Surau Kg ana tu.....moga semuanya akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah SWT....

    wallahualm.....
    *Tadi dengaq ada orang panggil Ustaz kat Sukarno...2-2 boleh..

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. asalamualaikum

    Takziah kepada sdr Moha dan keluarga. Semoga roh Ayah mertuanya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan mendapat keampunan.

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum!
    Maaf, terlewat mendapat maklumat. DrpNya didatangkan dan kpdNya dikembalikan. Salam takziah drp A Ghozali Mehad sekeluarga. AlFatehah.

    ReplyDelete
  42. Salam,takziah untuk Moha dan keluarga kerana baru buka blog kita.Kami berdoa supaya arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin

    ReplyDelete
  43. salam takziah buat Moha dan keluarga .

    ReplyDelete
  44. Takziah utk Moha dan keluarga.

    ReplyDelete
  45. Salam,
    Maaf lama tak masuk blog.
    Salam Takziah untuk Moha sekeluarga...

    Wassalam, MKM JB

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum 2all!
    Alhamdulillah, masih bertahan walaupun tiap masa dok buka blog ni dok tengok hak tu laa saja. Mana pi?
    LiMehad. Baling.

    ReplyDelete
  47. Aslmkm wrth.

    Alhamdulillah,syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih boleh bernafas dan menulis lagi diketika ini.....
    Diharap semuanya didalam sihat2 dan sentiasa didalam rahmat Allah jua hendaknya....

    Tadi,ada Moha telepon nak ajak minum tapi dah minum...ada dia habaq kata kemarin dia telepon HPH naka ajk minum tapi HPH pula tak berapa sihat,dok batok2 kuat,demam ....tu yang tak berapa menulihnya kot....
    Pada sapa2 yang ada kelapangan jom kita pi ziarah sahabat kita ni ....Moha ajak sambil pi pekena Teh tarik kot belah rumah HPH tu boleh juga kita pi ziarah dia....sapa2 nak pi contact MOha la nanti...Insya-Allah kita jumpa disana....

    Ok....takat ni dulu,nak pi site sat....

    wassalam...
    Jamal Nasir...

    ReplyDelete
  48. Salam,mana pi Pengiran Brunei kita oi? lama tak dengar dia komen apa-apa pun. HPH kalau demam dan batuk berterusan pi jumpa doktor jangan main-main tau la ni macam-macam boleh terjadi

    ReplyDelete
  49. Salam 2all!
    Betoi kata PakYa....macam2 ada.

    ReplyDelete
  50. Takziah untuk moha sekeluarga, agak terlambat, nak hantar komen terlupa password, puas juga dok cari, bini yang tolong ingatkan.

    ReplyDelete
  51. Aslmkm wrth.

    Semoga kekawan semua ceria2 selalu dan sentiasa didalam rahmat Allah jua hendaknya.....

    Marilah kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kehambaan kita kehadrat Allah SWT serta dengan rasa rendah diri dan tadabbur kepadaNya yang telah memberikan kita segalanya didalam kehidupan ini dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki,dari awal pagi hinggalah kelarut malam dan seterusnya.....

    Aku disini bukanlah pandai menulis jua bukanlah alim didalam hal2 ini semua tapi entah apa tak taulah rasa macam terpanggil nak menulih macam ni,nak ajak sahabat2 merenung akan Rahmat Allah yang tak terhingga ini,bila check2 tengok umuq pun dah hampir mencecah separuh abad dah,rupanya dah semakin hampir kita ni rupanya...dah tak berapa jauh dah perjalanan ni kalau ikut adat kata tu...
    Banyak dah ka bekalan yang kita ada,cukup ka untuk perjalanan yang jauh tu,tak lama dah lagi kita nak sambung perjalanan tu,diperhentian ni pun rasanya dah banyak dah benda yang kita buat, kalut tak sangga dah kekadang sampai tak dan nak cari bekalan untuk kesana tu....risau juga rasanya kekadang tu....sibuk semacam saja tak kira waktu....tapi walau camna pun buat la apa yang kita rasa kita boleh buat selagi ianya ok disisi syarak..
    ..Yang baik itu adalah apa yang baik disisi Syarak dan yang buruk tu adalah apa yang buruk disisi Syarak...
    ..`Carilah,bekerjalah seolah2 kamau akan hidup selama2nya dan beramallah seolah2 kamu akan mati esoknya'...

    Cukup la dulu rasa hati yang dapat aku tulihkan kali ni....walaupun tak seberapa tapi rasa puaih la juga bila dapat syer ngan kekawan ni....
    Moga kekawan tak rasa boring untuk membacanya....

    Wassalam....Insya-Allah Jumpa Lagi...

    Jamal Nasir

    ReplyDelete
  52. Aslmkm. wrth.

    Mana kekawan ni,sunyi sepi saja,pi mana habih....kalu macam ni mau buka pun rasa tak berapa syok dah la,..tak ceria lagi,tak semeriah dulu lagi.... mana pi Tuan Editor,mana pi Tuan Pengiran,mana pi Tuan HPH,mana pi Lan Kodeng, mana pi Tuan M.Ulwi,Tuan Presiden pun sunyi sepi terus dll.....
    Tiada lagi pantun serangkap,dua rangkap,mpat rangkap.....
    Ayuh,ceriakan kembali BLOG Ex-SMDSO kesayangan kita ini....@ ....????

    Ikhlas

    Jamal Nasir

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum

    Pucuk pauh delima batu
    anak sembilang di tapak tangan
    Biar jauh beribu batu
    Dekat di hati di mata jangan

    Entahlaaa Jamal oiii, letih dah kot semua.
    LIMEHAD

    ReplyDelete
  54. Asm,
    Dah lama rasanya tak menjenguk blog ni. Alhamdulillah dengan cerita-cerita kekawan semua, bertambah-tambahlah keinginan nak ketanah suci.Insyaallah..
    Nak memeriahkan sikit cerita kita, apa kata kalau kekawan dapat cerita sikit tempat-tempat menarik untuk dikunjungi bersama keluarga. Kalau bolih yang dalam negerilah dulu. Kata saja duk Kedah tapi banyak lagi tempat yang kami tak sampai. Hujung minggu ni Jabatan akan adakan hari keluarga kat SEDIM.Katanya kat Kulim.Tulah, ingat kami pun nak pi sekeluarga.Ada tempat mandi,top walk?, entah apa-apa lagi. Peta dah ada so harap-harap takdak masaalah nak pi nanti.Lagi katanya tempat tu mendamaikan fikiran.
    Anak sembilang di tapak tangan
    Anak kangaroo letih berjalan
    Dekat di hati di mata jangan
    Biar persahabatan kekal berzaman

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum

    Bagi menyahut seruan Ir Jamal, maka tulih la sikit. Tidak meriahnya blog ini adalah kerana rasanya sahabat-sahabat ketandusan idea untuk menulis ini kemunkinan:

    - tidak ada tajuk yang diberikan
    - kita sesama kita telah jauh terpisah dan tak tahu apa yang sahabat yang telah buat.

    dicadangkan supaya kita pakat-pakat bagi tahu biodata masing-masing supaya lebih mesra. munkin antara kita telah berkahwin dengan keluarga sahabat kita yang kita tak tahu. Malam perjumpaan yang lepas dengar sahaja tapi tak ingat kerana banyak yang nak dengar maklumlah umur makin.......

    bila dah tahu biodata terkini baru ada tajuk nak tanya khabar

    ReplyDelete
  56. salam,
    apa habaq sahabat semua?.selalu jgk dok jenguk blog ni ...kawan2 dok cerita tentang Mekah , so kita dok tumpang baca saja la ,nak sambung crita pun ,Mekah tak sampai lagi .
    kalau dr shal nak pi sedim tu , hati2 sikit la kalau bawa anak2 pasai arus sungai tu laju dan tebing sungai licin dan berbatu2 .

    ReplyDelete
  57. Salam 2all!

    Mungkin betoi kata Lan. Payah juga nak komen benda2 yg kita takdak pengalaman ni.Tu ka dok dengaq saja la. Nak tulieh pelik2 nanti capoi mulut. Gitu la kot tu yg sunyi saja semua.
    Wasalam

    ReplyDelete
  58. Salam untuk semua,elok juga cadangan professor tu bersesuaian dgn pepatah melayu sekali ketok sekali jalan betui tak Li Mehat. Shal kalau hang nak mai Sidim tu ok juga boleh naik jambatan atas pokok tapi kalau nak mandi tu kena jaga sikit pasal hujan dok turun jadi air tu ada laju sikit.

    ReplyDelete
  59. Aslmkm Kekawan,
    Moga ceria2 dan didalama rahmat Allah SWT selalu hendaknya....
    Alhamdulillah,buka2 hari ni nampak banyak juga sahabat2 pakat2 tulih,rasa syok jugala hati...
    kan apa hari2 terepa mai opis tu,agenda no.1,buka dulu tengok e-mail kot2 ada yang kaitan dengan kereja ka apa....paih tu mula la buka tengok blog kita ni sebelum pi menyerok cucuq kodok dengan kopi o.....bila tengok kosong saja tu rasa tak berapa ceria la....tapi bila ada cerita sahabat2 tu,dengaq berita sedikit sebanyak baru rasa seronok sikit.....

    Teruskan menulih kekawan,apa2 saja la...baguih juga cadangan Dr dgn Prof tu.....banyak lagi tempat yang kita tak tau...banyak lagi tentang sahabat yang kita tak kenai...

    Ok...Wassalam...

    Jamal Nasir

    ReplyDelete
  60. Salam 2 all
    Mai pagi jumaat ni teringin nak tulieh pulak.
    Okey semuanya? Jgn jawab, "Okeylah.." tapi, "YA OKEY!" Berbeza tu.
    Org ada 2 jenis. Jenis satu tak perlu pemantauan-sekali dengaq ilmu terus dapat dan terus amal. Org yg macam ni selalunya skor A dlm hidup. Yg satu lagi selalu kena pantau; org ni selalu kena refresh tentang iman. Dlm Islam ditekankan iman dulu. Sebut ttg TUHAN dia percaya, w/pun TUHAN dia tak nampak, sebut ttg akhirat, percaya; sebut apa lagi..malaikat; percaya.
    Tu beza antara manusia.
    Jadi ambil kesempatan ini untuk bacakan hadis2 ilmu, ttg malaikat betapa mengibarkan sayapnya terhadap org yg menuntut ilmu.Org tak beriman langsung dia tak percaya, tapi org yg beriman dia percaya, w/pun hatinya berdolakdalik tapi percaya. Reksinya tak nampak tapi bersarang. Hatinya tertanya2. Jadilah tu sebab lambat laun dia akan percaya. Tak sekarang besok, tak besok lusa dan seterusnya. Pasti ada. Satu lagi org jenis banyak 'syaitan' dlm diri.
    Sekian dulu, ada2 yg perlu pembetulan/tambahan dipersilakan. Kita dok tgh belajar. Wasalam.
    Limehad.

    ReplyDelete
  61. Assalammualaikum Semua Kawan-kawan,

    Aku tak dak di Brunei dah hampir 2 minggu. Laa ni dok luaq negeri, ada kerja sikit / bussiness trip. 14 hb. ni baru balik Brunei di jangka habis kerja insyaALLAH.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  62. Salam untuk semua,

    Dok buka blog ni, tengok kekawan post komen depa,rasa nak tulis tapi idea tak ada.

    Betul kata jamal tu, kalau buka tak dak yang baru rasanya kurang ceria. Tapi itulah nak tulis kadang-kadang tak dak idea.

    ReplyDelete
  63. Asm,
    Bagi memeriahkan blog kita balik pakat-pakat tulislah..Baru balik dari Sedim tadi. Memang betoi air sungai dia berbatu-batu. Licin sangat, dan mudah nak tergelinciak (Betoi dak eja macam ni Cikgu Li Mehad). Air kat tengah laju sebab hujan ..kami dok tepi saja. Ada juga tree top walk. Jalan atas titi besi diatas pokok. Menurut cerita guide tour idea ni Tok Det dapat masa pi Australia. Tapi kat sana 300meter lebih saja. Tok Det nak yang terpanjang so depa buat sepanjang lebih 900meter. Cerucuk yang ditanam semua tak menggunakan jentera berat sebab taknak rosakkan pokok. Kena tanya engineer ni macamana depa buat. Kami juga buat aktiviti flying fox dan paint ball. Bermalam pula kat Sedim Eco Park and Resort. Belakang resort pun ada sungai separas lutut dalamnya. Takdak batu so bolihlah mandi best sikit..nak menerap ka melentang ka..Malam-malam jalan sunyi sangat dan jalan nak naik keatas berkabus sangat.
    Buat Mat Wee..
    Tak dak idea lekaslah cari
    Kekawan dah lama menanti..

    ReplyDelete
  64. Assalamaualaikum!
    Shal, memang macam kata pakya, situ memang licin. Shal dah alami sendiri dan bolehla jadi panduan kepada kawan2 yg nak pi Arusderas Sedim. Tapi kebanyakan sungai di tanah tinggi semua macam tu, alirannya deras dan itulah pun adventurenya. Tapi semua itu menuntut pemantauan yg lebih tambah2 lagi yg ada anak2. Tapi...kalau nak air tenang mandi ja la sungai sebelah HSB tu,..Sg Telaga Bata..sungai ka parit?

    ReplyDelete
  65. Asm,
    Li, Bukan parit tau..Aku dengar sungai Telaga Bata pun akan dinaik tarafkan. Tunggulah kalau pilihanraya mengejut kawasan Parlimen kat situ nanti. Air sungai tu akan diproses untuk buat ayak mineral...silap-silap bot kalor biru pun bolih lalu kot!!!Semestinya dulu, kini dan selamanya.
    HSB dah makin canggihlaa ni. Ada 28 sub-kepakaran. Memang KKM nak tambah lagi sub-kepakaran tapi katil tak cukup sebab nak maitain ala-ala hotel gitu.
    Arus deras Sedim memang merbahaya
    Sg telaga Bata dah jadi parit?
    Macamana final Piala FA
    Kedah kalah terasa perit?

    ReplyDelete
  66. Salam 2 all!
    Dr S, apakata kalau ada peluang cuba Dr S cerita sikit apanya subkepakaran yg ada di HSB. Sekurang2nya tidaklah kita mencari2 tempat tuju nak berubat sehingga ke Selayang ka, ke penang ka, atau tuju pi hospital pakar swasta yg 'pakai duit' tu. Kebanyakan org kita tak tahu pun bahawa HSB ada kepakaran ttg gastrousus ka (betoi ka ejaan), pedia....??? apa2laaa. Mana tau ada yg nak buat IVF ka, ?
    Tolong!
    Arus deras sedim memang berbahaya
    Sg Telaga Bata dah jadi pusat rekreasi
    Kalah menang biasa sajaaaa
    Piala Malaysia nanti ada peluang lagi...

    Limehad

    ReplyDelete
  67. Asm,
    IVF dah 2 tahun bermula diHSB dan ada yang dah berhasil mendapat zuriat melalui kaedah ini. Keluar suratkhabar jugak laa bila berjaya. Macam Depart. O&G (obstetrics and Gynaecology)saja, depa ada subkepakaran foeto-maternal(anak dalam kandungan lagi dah diperiksa kalau ada apa-apa masalah), Gynae-oncology (kes-kes barah berasal dari sistem peranakan wanita) Uro-gynae (masalah sistem nyahkumuh wanita) dan fertilization(yang susah nak dapat zuriat). Macam depart kami Anaesthesiology and Intensive care kita ada Paediatrics Anaesthesia(pembiusan kanak-kanak) Pain medicine (perubatan kesakitan-sekarang kami lebih menumpukan kesakitan akute) dan intensive care(perawatan rapi). Saya sekarang mengetuai unit perawatan rapi(ICU&HDW)dan diwartakan sebagai pakar perawatan rapi semenjak 2005.Itulah sekadar contoh subkepakaran yang ada.
    Macam cikgu pakar Ilmu Alam..mungkin subkepakaran dia Ilmu Alam India. Ada guru pakar ilmu alam Jusa C di Sek Men Dato Syed Omar sekarang.Bagus motivasi yang selalu diberinya kepada murid-murid.
    Untuk kes-kes hepatobiliary(sistem hati-hempedu) tak payah pergi Selayang dah. HSB dah jadi salah satu referral centre selain Hosp Selayang diMsia.Hanya ada 2 referral centre dinegara kita. Pesakit dari Sabah pun datang sini.
    Unit TDM (tradisional medicine) pun akan diujudkan tak lama lagi dihosp lama. So kalau ada bomoh-bomoh dan pakar Urut handalan bolihlah apply kerja nanti.
    Dua tiga kucing berlari
    Mana nak sama sikucing belang
    Mana pi yang lain-lain lagi
    Cepat cepatlah pakat mengarang

    ReplyDelete
  68. Assalamualaikum
    Nampaknya blog ini dah mula menghala kepada perbicangan ilmu. Ini merupakan satu perkembagan yang positif.

    La ni tengah dok pikiar nak kira waktu solat atas penerbangan jarak jauh antarabangsa (long haul international flight).

    Cuma nak minta kawan-kawan yang ada tahu pasal Spheriod Geometry boleh tolong beri tajuk buku untuk rujukan.

    Capt Salehi munkin tahu pasai ni.

    ReplyDelete
  69. salam HPH,
    Renungan pagi jumaat dah stop ka? , lama dah tak posting .

    ReplyDelete
  70. Aslmkm wrth.
    Semoga kekawan semuanya sentiasa didalam rahmat Allah jua hendaknya....

    Alhamdulillah, didalam kesempatan yang ada ini masih dapat lagi kita berinteraksi sesama kita.....nampaknya dah mula nak meriah sikit dah,dah ada la komen2 dan cerita2 dari sahabat2 bila pagi2 buka blog ni...tu yang syok sikit tu...

    Dr pun dah mula menulih,prof pun memang layak dipanggil prof la pasai cukup setuju dia bab2 ilmu ni....cikgu ilmu alam memang la,nama pun cikgu ilmu...so yang lain pakat2 pikiaq tengok nak tulih apa....ana pun dok pikiaq juga la nak tulih apa tak tau pagi ni.......macam Mat Wie kata la idea tak mai lagi...
    HPH, sihat dah ka......
    Moha,sorry la ari tu tak perasan anta ada call,kadang2 tu dia kalut sikit,tak tau letak tang mana la HP tu....
    Tuan Pengeran pun ada call, tapi tak perasan juga,hari yang sama,kalut sikit ari tu....
    Insya Allah ada masa kita jumpa lagi.....
    Wassalam.....

    ReplyDelete
  71. Asm,
    Buat kekawan yang nak kekenduri arwah rumah Moha jom kita pi sama-sama. Tadi Lut ada call pasai saudara dia. Insyaallah nanti saya tepon dia ajak pi sama kalau dia kelapangan.
    Kawan saya Dr Mahamarowi(USM Kubang Kerian) lebih kepada kajian bintang dan bulan. Dia tengah dok tulis buku pasai benda ni. Saya tak pasti dia tahu ketidak soalan yang Prof tanya tu. Nanti saya tepon tanya dia. Selalu juga orang panggil dia bagi ceramah.
    Jamal... tulis pi la amenda pun.Pasai flyover ka, progress ketapi berkembar ka, cara buat sos yang sedap ka...yang pasti ramai nak tau petua mudah dapat zuriat..tak payah nak IVF pun.
    Spheroid Geometry baru dengar
    Pakat tunggu Prof nak ajar
    Blog kita dah sikit bergegar
    Moga terus berjalan lancar

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum 2 all!

    Sekarang panaihnya agak luaq biasa dari selalu. Hampir2 macam fenomena alnina. Itu disebabkan kesan drp rumah hijau dan kalau di kawasan bandr yg banyak batu mungkin kesan rumah kaca. Ikutkan ciri2 cuaca sekarang dlm april selalunya musim peralihan monsun yakni tiupan angin akan beralih dari angin yg bertiup dari laut china selatan akan pelan2 beralih menjadi angin yg bawak hujan dari Lautan Pasifik,. Angin yg bergerak dari Australia ini akan membias apabila merentasi Khatulistiwa dan membelok menghala ke Indonesia sebelum merentasi Sumatera. Ini akan berlaku pd bulan jun. Sekarang April selalunya di panggil musim peralihan. Keadaan ini akan menyebabkan cuaca yg panas dan lembab pada pagi dan petangnya mungkin akan berlaku hujan yg akan diikuti oleh kilatpetir. Bagi yg bekerja d tempat berbumbung tanpa a/con sangat terasa bahangnya. Banyak faktor lain yg menyumbang kearah fenomena ini. Mungkinkah pembinaan rel berkembaq Ipoh-P/Besar juga penyumbang? Apakata Ir. Jamal.hehehe..
    Sekian dulu
    LiMehad, Balingpun panas!

    ReplyDelete
  73. Asslamualaikum

    Untuk harap maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan majlis baccan Yaa Siin kerana dah ada janji.

    Spheroid Geometry adalah satu topic dalam subject navigation and aviation.

    Nak sambung sikit tulisan cikgi Ghozali Mehad,
    Selain dari perkara yang telah dinyatakan terdapat lain-lain sebab. Dalam buku "THE CHILLING STARS - A NEW THEORY OF CLIMATE CHANGE oleh Henrik Svensmark & Nigel Calder" dinyatakan suhu bumi akan sentiasa bertanbah akibat dari cosmic-ray, magnetic storm, aktiviti matahari dan aktiviti dalam permukaan bumi.

    Walaubagaimana pun segalanya adalah ketentuan Allah

    ReplyDelete
  74. Asslamualaikum

    pembetulan ejaan cikgu bukan cikgi.

    Pemanasan bumi ini adalah tren yang berterusan sejak ice age.

    Dalamabad ke20 panas maksima pada 1946 dan menurun dalam tahun 60an dan naik semula.

    keseluruhan kepanasan bertambah sebayak 0.6 celcius sepanjang abad ke 20.

    insysaallah bersambung.......

    nak pi kerja dah

    ReplyDelete
  75. Aslmkm Wrth.

    Makluman...!!!
    Adalah dimaklumkan bahawa bapa mertua Tuan Bendahari kita Cikgu Abdul Halim Pak Aji (HPH) telah kembali kerahmatullah dan akan disemadikan lepas Zohor hari ini,InsyaAllah......
    Sapa2 sahabat yang kelapangan adalah dijemput untuk menziarahi dan mengucapkan Takziah kepada sahabat kita ini....
    Rumah Pak Mertua beliau adalah diNo.1,Taman WIRA Mergong berhampiran dengan INsaniah....

    Sekian,
    Wassalam.....

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum!
    Takziah drp LiMehad sekeluarga kpd HPH dengan kembalinya ke rahmatullah ayahnda mertua, moga tabah menghadapi saat2 begini dan dengan izinNya moga roh ayahnda mertua ditempatkan bersama dgn golongan orang2 yg soleh. Amin

    ReplyDelete
  77. Aslmkm.
    Alhamdulillah....Ana bersama dengan Dr.Shal,Cikgu Kri Ahmad dan Tuan Engr.Syafie Ali baru saja selesai menziarahi bapa mertua sahabat kita yang mana jenazahnya akan disolatkan lepas zohor nanti di Masjid Taman Wira......
    Kami sempat juga berhenti diwarung berhampiran dan pakat pekena jus cinta sorang segelaih sambil dok berborak2 cerita2 terkini dan yang berkaitan dgn karier dan bidang masing2 ......
    Seronok juga bila sesekali dapat berjumpa tu..pas tu pakat janji esok nak jumpa lagi pukui 3.00ptg kat umah Setiausaha kita berkenduri sambil mengeratkan silaturrahim....
    Dengar kata Dr.Azhar Ibrahim dah pun sampai dulu diawai pagi,kemungkinan Cikgu Sukarno akan menyusul untuk solat jenazah.......

    Sekian untuk makluman....

    Wassalam.

    ReplyDelete
  78. Salam 2all!
    Dulu masa malam2 yg panas begini aku dgn adik beradikku selalu keluaq pi main di luaq ghumah. Apa lagi kalau bulan terang...ajak jiran main polis sentry. Masa remaja kami selalu kena suruh ke bendang utk tunggu guni padi tengah bendang takut2 ada kawaq yg kebaih.Dulu mana ada gurkha yg jadi jaga. Apa lagi kalau bulan terang main sorok dlm longgok jerami. Tak peduli miang ka, apa ka. Laa ni panaih pun dah takdak tempat nak pi. Luaq panaih dalam lagi panaih..dunia dah tua kot. Anak2 la mana ada macam kita dulu dah, sebab tu depa kurang lasak. Terlebih manja..Sekian,.baca pilah bebelan aku ni utk menghilangkan boring.
    LiMehad. Baling.

    ReplyDelete
  79. HPH. Aslkm pada semua sahabat. Alhamdulillah , semua urusan perkebumian berjalan dengan lancar. Terimakasih pada sahabat-sahabat yang sempat menziarahi keluarga ana, dan pada sahabat yang tidak ada kelapangan itu sedekahkan alfatihah pada bapa ana dan bapa saudara kita (moha) Semoga dengan doa kalian dapat roh-roh mereka diletakkan bersama para solihin, amin.
    Tentang soalan Mohd Roslan tu, insyaallah ana akan sambung semula dan ana minta doa dari sahabat -sahabat semua semoga ana diberi kekuatan serta idea untuk menulis.

    ReplyDelete
  80. Salam 2 all!
    Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ILMU, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke SYURGA.
    LiMehad

    ReplyDelete
  81. salam 2all!
    Dah 3 hari blog ni tergantung. Macam dah.....pakat2 malas nak layan.
    Musim panaeh ni semua belengaeh kot no. Atau kekawan semua kalut turun p H. Selangoq. Hat yg tak p tu mai turun sini cukup laaa. Sini pon banyak yg boleh buat. Macam2 ada. Aku pun dah mula letih dah ni....


    (xdak sign)

    ReplyDelete
  82. Lama sungguh tak buka blog ni,harap semua sihat.Tentang cara mengira waktu solat semasa dalam pernebangan seperti yang ditanya oleh pfof.Majid,saya cadangkan buku 'Musafir Pernebangan dan beberapa Permasaalahaannya' oleh Kapten Hafiz Firdaus(keluaran Jahabersa).

    Buku ini menerangkan secara terperinci tentang masaalah solat diatas kapalterbang diceritakan sendiri oleh pilot kapalterbang yang juga seorang penulis buku buku agama yang baik.

    Buku ini jugak boleh dibaca online disini :
    http://hafizfirdaus.com/ebook/musafir/index.htm

    WA.Che E

    ReplyDelete
  83. Salam 2all!
    Mai kita baca. Ada org tanya pasai pa sembahyang jadi berat tapi posa tak berat?Knapa?
    Jawapan aku...tapi jgn terasa pula no kalau terkena. Kdg2 sendiri pun terkena. Takpa ingat mengingati.
    Jawapan aku yg pertama-senang saja, tak payah belajaq tinggi2 pon boleh jwab.Sebab sembahyang tu banyak kali, puasa tu setahun sekali. Sembahyang ada yg berrakaat-kaat. Ada yg awai pagi. Tu jadi berat. Sembahyang tak berat, sebab kalau berat sebab apa ramai org boleh buat. Yg berat sebenaqnya menganggap ia berat dan tak biasa buat.
    Oghang yg biasa buat jangan kata nak tinggai nak lewatpon dia rasa macam tak patut, dia rasa macam bersalah sangat, rasa tak selesa gitu. Yg ke 2 sebab tak dididik gitu.

    ReplyDelete
  84. Salam
    Tulieh lagi....
    Memahami kekuatan diri.
    AlQuran memberi penjelasan dgn lengkap ttg kejadian manusia, iaitu drp tanah. Manusia pertama dicipta oleh Allah ialah Nabi Adam yg diciptakan drp tanah liat kering dan lumpur hitam. Maksud firmanya;...dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;sesungguhnya Aku akan ciptakan seorang manusia drp tanah liat kering drp lumpur hitam yg diberi bentuk. Dan apabila Aku menyempurnakan kejadiannya,Aku meniupkan ke dalam rohn(ciptaanKu) maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud."AlHijr,28-29......sambung nanti..

    ReplyDelete
  85. Salam untuk semua,

    Terima kasih kat Che E atas makluman laman web Kapten Hafiz Firdaus tu. Amat berguna sekali untuk rujukan.

    Md Shuhaime Abd Rahman

    ReplyDelete