Saturday, March 13, 2010

ROTI STERING


Aku amat tertarik dengan komen serta cadangan HPH mengumpulkan semua kawan-kawan untuk sama-sama menunaikan ibadat Umrah di Tanah Suci. Beliau ada menyatakan alangkah indahnya kalau kita sama-sama dapat menikmati "Roti Arab" sambil minum susu unta dibawah sinaran lampu di tengah-tengah bandar / kota Makkah. Aku ada pengalaman tersendiri tentang "Roti Arab" ini untuk dikongsi bersama dengan kawan-kawan.

Setelah selesai menunaikan solat Asar di Masjidil Haram, biasanya aku akan tetap berada didalam masjid sehingga waktu Maghrib, buatlah apa yang patut mudah-mudahan ada sikit saham bila bertemu ALLAH nanti. Walaubagaimanapun pada suatu hari aku telah mengambil keputusan untuk melapangkan sedikit masa merayau-rayau disekitar kota Makkah setelah selesai menunaikan solat Asar. Aktiviti perniagaan merupakan kegiatan utama masyarakat yang mendiami kota suci ini. Kebanyakan daripada mereka (peniaga) berasal dari Turki, Habshah, Yamen, Pakistan, India juga tidak ketinggalan begitu ramai orang-orang dari Indonesia dan Malaysia yang berdagang disini.

Setelah penat berjalan, perut mula terasa lapar, tekak pula mula terasa kering........ Pada masa itu teringat dalam hati, alangkah bahagianya kalau-kalau boleh pekena "Teh Tarik" di tengah-tengah kota Makkah ini. Tak sampai beberapa saat, kedengaran laungan "Masuk, masuk....... teh tarik, nescafee tarik, susu tarik.................... semua ada......" Itulah sebahagian dari keajaiban yang terdapat di kota suci ini, pantang niat dalam hati ........ semua terus jadi..... masyaALLAH........

Bagai orang mengantuk di sorongkan bantal, aku pun apa lagi......... terus masuk dan order teh tarik, cukup sedap tanpa sedar aku dah hirup habis satu gelas................. lepas tu order lagi satu.
Aku baru sedar aku dah ada dalam kedai mamak yang begitu ramai pelanggannya. Hampir kesemua mereka dok tengah makan roti arab.......... Aku terus order satu roti arab, mamak dalam kedai tu kata "roti disini semua free, anta pileh kuah di depan sana". Aku terus ke depan kedai, order kari kambing, taklah berapa mahai sangat, .................... aku baru tau, di Makkah roti arab rupanya free, makanlah seberapa banyak hangpa semua larat makan, cuma kena bayar kari yang di pilih saja..............., lepas pilih kari, mamak tadi suruh aku tunggu dekat meja aku, sat lagi depa hantar roti. Atas meja dah ready pinggan, boleh tahan jugak besarnya..... aku sambil dok pekena teh tarik dok tunggu roti................. tiba-tiba sekeping roti melayang jatuh tepat atas pinggan yang dah ready atas meja.............masyaALLAH, aku amat terkejut, depa pakai lempaq saja roti arab dari jauh, orang putih kata "very skillful", betoi-betoi "centre" jatuh atas pinggan. Aku dok sangka roti arab tadi besaq roti canai, rupa-rupanya 2 kali ganda dari roti canai.

Aku panggil mamak yang lempaq roti tadi, aku tanya dia "yang ni ka roti arab, dia kata "na'am, aku terus sambung, "besaqnya............ kalau besaq ni bukannya roti arab, ni dah jadi roti stering, pasai saiznya kecik sikit dari stering bas ..................... aku tak tau dia paham ka dak, sambil tersenyum, mamak tadi terus beredar dari meja aku...................