Sunday, July 29, 2012

Kerja Sosial

9 Ramadhan, 1433H.

Salam kepada semua sahabat-sahabat SMDSO. Semuga semua dalam keadaan sihat mengerjakan ibadah puasa.

Saya sertakan satu rencana penulisan saya yang di terbitkan oleh NST Johor Section pada 24.07.12 untuk di kongsi bersama (sini).

Penulisan ini bukan bermaksud untuk menonjolkan diri sendiri tetapi berkongsi pengalaman dan semoga menjadi motivasi kepada masyarakat terutama kepada generasi muda.

Selamat membaca dan semoga kita dapat berjumpa di Alor Setar semasa cuti hari raya nanti.

Selamat Berpuasa dan Selamat menyambut Aidilfitri 1433H.

Mohd Khir, JB

p.s. Mana Tuan Pengerusi, sudah lama menyepi.

"It Takes a Special Person to Care"
(NSTJohor 24.07.12 - Your Say column) 

Saturday, July 21, 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433H




"Allahummabariklana fi Rojaba wa Sya'abana waballighna Romadhona"


"Ya Allah berkatilah akan kami didalam bulan rejab ini serta juga bulan Syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan "


Assalamualaikum wrth.
Ex-Smdso 78-80 semua.........
Lama juga tak berceloteh dilaman ini,sibuk dengan bermacam-macam aktiviti harian sehingga tak dan nak duduk tang ni....tapi tak pa la.....semuanya Alhamdulillah masih lagi dalam naungan dan lindungan Allah swt jua hendaknya....

Sedar tak sedar dah nak masuk Ramadhan dah kita rupanya....masa berlalu cepat sekali... tu lah kita ni....hari tu ada dengar ustaz kata kalau masa kita sibuk dengan benda-benda yang kurang manfaat dia akan terasa cepat masa tu berlalu tapi kalu ianya bermanfaat, insya-Allah tak la terasa cepat macam tu saja.....moga masa-masa kita yang berlalu adalah masa yang bermanfaat hendaknya.....



Sahabat-sahabat Ex-Smdso 78-80 semua....

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini diharapkan adalah ramadhan terbaik kita hendaknya, pun tidaknya ianya adalah lebih baik dari tahun sebelum ini..... macamana dengan kualiti Puasa kita, camana dengan Tadarrus kita...macamana dengan solat tarawikh kita....qiam kita dan lain-lain lagi ibadah yang nak kita gilapkan kembali setelah sebelas bulan kita bergelumang dengan amal-amal harian kita yang ada kalanya tinggi dan ada kalanya menurun rendah...... semoga kita termasuk kedalam gulungan yang apabila turun iman nya itu ianya kembali kepada Al-Quran dan juga Sunnah Rasullullah SAW..... begitulah yang juga kita harapkan dari TAMRIN ILAHI RAMADHAN ini.... semoga kita dapat tingkatkan amal-amal qhowi kita yang dapat kita buat apabila berakhirnya Ramadhan kali ini.........


Akhirul kalam marilah kita sama-sama rebut peluang yang terhidang ini dan juga raikan sebaik mungkin TETAMU yang telah datang ini sebaiknya kerana tetamu ini membawakan kita berbagai macam hadiah yang tak ada tolok bandingnya.....



" Rahmat diawalnya,kemaafan dipertengahannya dan pembebasan dari API NERAKA diakhirnya .."

Semoga Ramadhan kali ini adalah yang Terbaik yang mampu kita laksanakan...

Salam Ramadhan untuk semua......



Wassalam......



Jamal Nasir


Saturday, March 10, 2012

Allahyarham DSP Muhammad Azim Khan Bin Abdullah ( Avtar Singh ) --Dalam Kenangan..


Tahun 1977,masa itu kami baru berada diTingkatan 2 SMDSO,tiba-tiba suatu petang kami didatangi seorang pelajar baru yang baru berhijrah bersama bapanya yang ditugaskan untuk bertugas sebagai anggota Polis diAlor Setar.Pelajar ini sedikit lain dari pelajar-pelajar lain diSMDSO pada masa itu.Badannya tinggi lampai serta rambutnya tersusun kemas dengan ikatan bola rambut dihadapannya,pelajar ini berketurunan Panjabi dan bernama Avtar Singh.Itulah kali pertama kami mengenali Avtar Singh yang menggunakan rambut yang diikat seperti bola dihadapannya dan kali terakhir juga beliau mengenakan rambut sebegitu kerana keesokannya rambutnya telah digunting dan disikat kemas seperti biasa sahaja sepertimana pelajar-pelajar lain.Perawakannya yang ceria dan senang berkawan dan bergaul membuatkan beliau tidak terasing bagi kami.
Gambar-gambar dibawah menceritakan segalanya ......
Kenangan ketika dalam kelas 3A 1978


Beraya dirumah Salmi Mahmud

Dirumah Tok Presiden kita RAR
Bersama Cikgu Pelatih UTM.Duduk dihujung adalah Allahyarham Ikram



Beraya dirumah Allahyarham Junaidi Mahmud



Pasukan Hoki SMDSO bersama Chanan Din,Moha,Rahmat,Stepen,Halim Pak Aji






Minggu Orientasi Lower Six 1981 bersama Mat Wi,Moha dan Aku.....
Tanggal 7/03/2012...kami semua tergamam seketika,terkejut dengan berita dari Tuan Presiden kita,masing-masing tertanya akan kesahihan berita tersebut...
Kini Avtar Singh dulunya telah tiada dan Alhamdulillah Allahyarham Muhammad Azim Khan Abdullah walaupun telah terlebih dahulu dipanggil pulang tapi kita berasa kebersamaan tersebut lebih-lebih lagi bila persahabatan tersebut berakhir dengan persaudaraan Muslim sejati walaupun beliau telah tiada.....
Berita Kepulangannya mengadap ilahi itu turut tersiar dalam berita harian dan juga sabah news......
Alhamdulillah, pada malam 7/03/2012 itu ramai juga sahabat-sahabat Ex-Smdso yang hadir bersama untuk menyambut Jenazah Allahyarham tapi disebabkan penerbangan yang tertunda,kami cuma dapat pergi berjumpa dengan keluarga bapa mertua beliau sahaja.
Keesokannya Tuan Presiden dan Setiausaha mewakili kita semua, alhamdulillah dapat turut bersama menyambut ketibaan Jenazah sahabat kita ini dan turut sama menunaikan solat jenazah .....semoga rohnya Allahyarham Muhammad Azim Khan akan ditempatkan bersama dengan orang-orang mukmin disisi Allah SWT...WA
Gambar-gambar dihari pengebumian Jenazah yang turut dimemorikan oleh Saudara Tuan Setiausaha  untuk kenangan kita...









Alhamdulillah...itulah saja yang dapat ana muatkan untuk kenangan kita bersama ...AlFatihah....
* Seperti kata Tuan Pengiran kita,yang pergi tetap pergi bagi kita yang ada lagi baki kehidupan ini,marilah kita pergunakannya sebaik mungkin agar bekalan yang bakal kita bawa untuk bertemu dengan Allah SWT nanti adalah bekalan yang akan kita dapat sebgai gulungan Kanan.....agar kita kembali bertemu Allah nanti dalam keadaan Allah Redho kepada kita dan kita redho dengan Allah SWT..

" Pada hari yang tidak berguna hartabenda dan anakpinak melainkan mereka-mereka yang kembali bertemu dengan TuhanNya dengan hati yang bersih,ikhlas yang saliiimmm.."

Wallahualllam...

Wednesday, March 7, 2012

Perginya Seorang Sahabat ................Sekadar Sebuah Catatan

Setelah kembali dari menunaikan fardu subuh di masjid pagi tadi, aku dikejutkan dengan satu berita yang telah di terima melalui SMS dari sahabat kita Halim Pak Aji ........
Sahabat kita Mohd Azim Abdullah telah kembali ke Rahmatullah....... Al Fatihah.
Terasa sebak dan pilu bercampur baur, aku mula terkenangkan zaman persekolahan yang kami lalui bersama di SMDSO dulu.

Pada awal November 2009, aku telah mengambil keputusan untuk menziarahi Allahyarham di Semporna setelah mengetahui lokasi beliau bertugas. Dikhabarkan Allahyarham telah menjadi "Orang Besar di Samporna", tempat peranginan termahsyur di Sabah, berhampiran dengan Lahat Datu.
Aku mengambil penerbangan terakhir (jam 10.00 malam) dari Miri terus ke Kota Kinabalu memakan masa selama hampir 1 jam. Keesokan harinya, aku berlepas dengan penerbangan pertama dari Kota Kinabalu ke Tawau...aku sebenarnya tidaklah begitu biasa dengan bandar Tawau ini, tetapi setelah mendapat panduan ringkas dari Allahyarham serta berbekalkan azam yang amat kuat untuk bertemu beliau setelah 30 tahun tidak bertemu, aku akhirnya tiba di Tawau sekitar jam 10.00 pagi. Sebuah Proton Waja PDRM telah bersedia menjemput aku untuk terus dibawa ke Samporna. Sambil berbual-bual mesra dengan pemandu beliau, sempat juga kami berhenti untuk minum didalam perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam. Aku juga sempat membeli 'prepaid card' untuk digunakan semasa berada di Samporna nanti.

Semasa dalam perjalanan, Allahyarham telah menghubungi aku dan beliau menyatakan aku akan terus di bawa ke sebuah hotel di Bandar Samporna. Difahamkan beliau pada ketika itu sedang mempengerusikan mesyuarat di Ibu Pejabat PDRM Samporna.
Setelah check in, beliau sekali lagi menghubungi aku menyatakan yang aku akan dibawa makan tengahari pada jam 1. Setelah berehat dan menukar pakaian akhirnya aku menemui beliau di Lobby Hotel. Aku dapat melihat dari jauh beliau memandu 4WD nya, wajahnya tidak banyak berubah jika dibandingkan semasa waktu dizaman persekolahan SMDSO dulu......
Aku menegur beliau ketika melangkah masuk ke lobby hotel, belaiu sebenarnya tidak mengenali aku - kami terus bersalaman dan berpelukan, aku menatap wajahnya puas-puas, airmata ku tiba-tiba bercucuran tanpa dipaksa............ sukar untuk digambarkan detik ini, hanya aku dan Allahyarham saja yang dapat merasainya selain dari ALLAH yang Maha Esa. Beliau memberitahu aku yang beliau hampir tidak mengenali aku jika aku tidak menyapanya tadi. Kami terus ke sebuah restoran untuk menjamu selera. Aku masih ingat, kami berbual tanpa henti selama hampir 2 jam, beliau tidak lupa bertanya tentang BaE, Moha, Mat Wee, dan kawan-kawan yang lain.

Selepas menunaikan solat, kami terus ke pejabat Allahyarham. Beliau sebenarnya adalah KETUA POLIS SAMPORNA. Suasana di dalam pejabat beliau amat sibuk, sesekali aku tercuit hati juga apabila melighat gelagat beliau berkomunikasi dengan kakitangan bawahannya.

Di dalam hati kecilku, masih tertanya-tanya adakah orang yang berada bersamaku sekarang ini adalah Avtar Singh yang aku kenali dulu?????????

Sikap dan watak beliau jauh berbeza semasa di bangku sekolah. Dengan mengenakan "BUSH JACKET" PDRM - menyerlahkan lagi ketampanan tubuhnya yang sasa itu.
Aku dhantar balik ke hotel pada jam 5.30 petang, dan kami bertemu lagi untuk makan malam selepas solat Isyak. Allahyarham membawa keluarga beliau untuk meraikan kedatangan aku pada malam tersebut. Kami sama-sama makan daging rusa pada malam tersebut, aku terus terlena keletihan setelah tiba di hotel pada malam itu.

Keesokan pagi, aku didatangi oleh seorang pegawai polis berpangkat ASP. Beliau telah ditugaskan untuk membawa aku bersiar-siar di sekitar Bandar Samporna. Daripada pemerhatian yang aku buat, hampir semua penduduk Samporna mengenali "TUAN AZIM". ASP tersebut juga telah memberitahu aku yang TUAN AZIM amat disayangi oleh penduduk di bandar Samporna kerana beliau telah banyak menabur jasa disana. Boleh dikatakan keamanan yang di kecapi oleh penduduk di bandar ini adalah sebahagian besarnya datang dari kebijaksanaan beliau. Sebagai seorang sahabat, aku amat bangga dengan pencapaian yang diperolei beliau.
Pada hari ini (sebelah pagi) aku difahamkan Allahyarham sedang menghadiri mesyuarat di Lahat Datu, lebih kurang 100km dari bandar Samporna. Pada sebelah malam, aku dan Tuan Azim makan malam bersama dan kami asyik berbual-bual tentang masa lampau ketika di SMDSO dulu.

Hari ke 3 di Samporna, aku menaiki bot penumpang ke Pulau Sipadan, semuanya telah diuruskan oleh Tuan Azim. Aku bermalam di pulau tersebut sambil menikmati keindahan semulajadi ciptaan ALLAH SWT.

Sekembalinya dari Pulau Sipadan, (hari Jumaat) aku ters dibawa oleh Allahyarham ke rumah beliau di Lahat Datu, kami sekali lagi makan tengahari bersama dengan juadah yang dihidangkan oleh isteri beliau. Kami juga bersama-sama menunaikan sembahyang Jumaat, aku rasa itulah kali terakhir aku dapat bersembahyang berjemaah bersama Allahyarham. Selesai solat, aku sekali lagi dibawa ke Bandar Tawau untuk berlepas pulang ke Kota Kinabalu. Disepanjang perjalanan pulang ke Brunei aku masih lagi terkenangkan kebaikan yang telah diberikan oleh ALLAH kepada Allahyarham serta keluarganya sehingga hari ini. Selain menjadi ketua keluarga yang penyayang, beliau juga adalah seorang yang amat tegas semasa menjalankan tugas .............. semoga ALLAH mencucuru rahmatNYA keatas beliau, serta diberi kelapangan dan kesabaran yang sebesar-besarnya kepada keluarga Allahyarham. Aku percaya nama baik beliau akan sentiasa diingati oleh penduduk-penduduk di Bandar Samporna ...............

Akhir kalam, aku ingin memberi nasihat kepada diriku serta kawan-kawan yang lain. HARGAILAH MASA, dunia ini sebenarnya tidak lebih daripada tempat untuk kita bermain-main sementara menunggu kehidupan abadi kita di akhirat. Lapangkanlah sedikit masa untuk menziarahi serta bertanya khabar dengan kawan-kawan yang masih ada sesama kita. Kalau bertemu, salinglah berpesan dengan kebaikan, mana tahu itu adalah mungkin satu pertemuan yang terakhir diantara kita. Setuju ataupun tidak, kita semuanya sebenarnya telah berada dan telah begitu hampir di penghujung jalan. Sebahagian daripada kita telah mencapai apa yang dihajati di atas bumi ALLAH ini begitu jugalah sebaliknya. Oleh yang demikian, gunakanlah sisa-sisa masa yang ada ke jalan yang diredai Allah.

Wassalam.

Allahyarham Azim (Avtar Singh)





Allahyarham Azim (Avtar Singh)

1963-2012
MAKLUMAT DARI FACEBOOK SAUDARA JAMAL..
Berita sedih untuk kita semua....
Untuk makluman sahabat-sahabat semua, sahabat kita Tuan Azim ( Avtar Singh) yang berkhidmat sebagai OCPD Pulau Semporna,Sabah telah kembali kerahmatullah semalam (6/03/2012 )
Jenazah beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Kepala Batas,Alor Setar pada pukul 9.00 malam ini (7/03/2012).
Presiden kita,Tuan Ramli Abd.Rahman berharap kepada mana-mana sahabat yang berkelapangan pada malam ini agar sama-sama kita berkumpul di Airport Alor Setar dan turut sama mengiringi jenazah Tuan Azim untuk dikebumikan di Kampong Kubang Sepat,Jitra kira-kira pukul 11.00 malam ini.....

Semoga Rohnya dicucuri rahmat dari Allah SWT.... Innalillahiwainnailaihiraji'un..

Friday, February 10, 2012

Salam Ingatan Buat SemuaTeman-teman.......

Assalamualaikum wrth.

Alhamdulillah,marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya jua kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan ini,menyedut udara segar dibumiNya ini dan yang lebih utama ialah masih mengekalkan kita diatas nikmat terbesar yakni Al-Islam itu sendiri yang dapat kita amalkan sebagai cara hidup kita (as a way of life) dalam semua bidang kehidupan kita samada dari segi ibadah khusus,muamalah harian, aqidah yang shoheh dan jelas serta dalam apa saja kerja buat dan amalan hidup kita. Semoga kita semua akan terus dikekalkan dalam nikmat ini hendaknya.....

Alhamdulillah,

Lama tak berceloteh diruangan ini, dari hari kehari semakin sepi nampaknya blog kita ini, mungkin ada yang mengunjung tapi tak ada yang ingin memberi komen atau mencoretkan sesuatu....... apa pun itulah hakikat kita yang sentiasa sibuk dengan berbagai-bagai aktiviti samada aktiviti keluarga, aktiviti pejabat, aktiviti sosial dan bermacam-macam lagilah aktiviti....yang boss dengan kerja buatnya, yang kerja sendiri dengan urusannya, yang kulikang juga turut disibukkan dengan aktiviti mencari rezekinya dan macam-macam lagi la......gitulah hakikat kehidupan di perhentian sementara ini... moga semua kerjabuat tersebut akan juga menjadi amal hidup kita yang mampu kita persembahkan dihadapan Allah swt nanti hendaknya......

Sahabat-sahabat sekelian,

Tahun baru 1433H dah lama berlalu,..tahun baru  2012M juga dah masuk bulan Februari, tut-tut sedar tak sedar masa berlalu begitu pantas sekali... check tengok umur kita rupa-rupanya dah nak mencecah setengah abad dah.... apa agaknya yang dah tertulis dalam buku harian ( daily report ) yang akan kita bawa nanti, tentu dah banyak juga dah tu, ..setengah abad adalah satu jangka masa yang lama.....gerun juga bila pikiaq tang ni... takut buka tengok kosong lagi......atau penuh dengan dakwat merah belaka.... waduhh...takut kalau begini.....gitulah moga kita beringat selalu akan bekalan yang bakal kita bawa nanti......nak kena prepare jawapan yang betul untuk dijawab nanti...dunia ni boleh la kita bagi macam-macam alasan....sana nun....woo ..takut loo...moga kita semua akan selamat dalam ujian ni.....marilah kita sama-sama persiapkan diri dan keluarga serta sahabat-sahabat kita untuk lulus ujian nanti dan sama-sama dapat bersua kembali di Syurga Allah yang amat luas itu.......Marilah kita selamatkan ummat ini termasuk didalamnya diri kita,keluarga kita, kawan2 dan sahabat kita dan mereka yang bersama dengan kita dari Azab Allah swt yang maha dahsyat itu.....wa

Awai tahun baru ni,walaupun perjumpaan rasmi yang kita cadang nak buat terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab, tapi adala juga kita berjumpa dengan sebahagian dari Ex-Smdso 78-80 kat tempat biasa Pokok Ceri sempena kepulangan Pengiran kita ke Kedah dan juga sempena meraikan sahabat-sahabat kita yang telah selesai menunaikan fardhu haji iaitu Tuan Haji  Muhammmad Ulwi dan juga Tuan Haji Dr Ahmad Shaltut....alhamdulillah semoga kita yang tak pi lagi ni akan dapat menyusul kemudian dan bagi yang dah selesai Alhamdulillah dan terus istiqamah hendaknya dalam amalan harian ....

Macam2 cerita jugala yang dapat disyerkan bersama dalam perjumpaan yang tak la sampai pagi tapi ok juga la..kerana masing2 ada hal yang perlu dibuat.....ada la juga tuan Pengiran peturunkan ilmu berniaga dia kat Brunai tu sikit untuk dikongsi bersama... walau tak banyak tapi Tip tu amat berharga...terutama bagi kami yang berniaga kecik2 ni.. macam aku dengan Moha....boleh la cuba apply ....

Satu lagi berita nak bagi tau kat kawan2 pasai sahabat kita Tn Hj Ulwi baru2 ni ada mengelami sedikit kemalangan dimana kakinya yang dah banyak kali kena operation tu kena operate lagi , beliau tergelincir masa ambil air sembahyang di Kota Tinggi ,Johor... walau bagaimanapun khabarnya beliau dah sihat dan boleh berjalan tapi terpaksalah  bertongkat.. moga Allah swt mengkifarahkan sahabat kita ini dengan kesabaran atas ujian yang Allah bagi ini.....

Hari tu ada la juga sembang dengan Setiausaha kita, Moha ,...beliau mencadangkan agar kita prepare awai sikit tahun ni untuk buat perjumpaan kita nanti.... takut kalut2 tak jadi pulak......moga hasrat murni ini akan mendapat perkenan dan bantuan dari allah swt hendaknya....

Ok la....masa pun dah suntuk...ana minta diri la dulu...Insya Allah lain kali kalau diizinkan kita berceloteh lagi...


Wasssalam...

Sahabatmu....

Jamal Nasir

Saturday, December 17, 2011

Re-Union 24/12/2011 Ex-SMDSO 78 - 80


Assalamualaikum Wrth.

Alhamdulillah....Syukur kita kehadrat Allah SWT diatas kurniaNya hingga kini....Semoga semua Ex-SMDSO 78 - 80 berada dalam rahmat dan nikmat Allah jua hendaknya.....

Last minute planning yang kita cuba susun untuk perjumpaan kita pada tanggal 24/12/2011 akan datang nampaknya terpaksa ditangguhkan kepada satu masa lain kerana beberapa faktor yang tak dapat dielakkan..... Pihak jawatankuasa penganjur memohon maaf atas penangguhan ini...Insya-allah jika diizinkan kita akan rancang dan akan umumkan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.......

Semoga Majlis Silaturrahim kita ini akan mendapat restu dan izin Allah SWT jua dan akan dapat kita teruskan nanti.....

" Manusia merancang dan Allah merancang tetapi Perancangan Allah itulah yang lebih baik..."

Semoga kita positif dengan apa yang berlaku dan terbuka menerima perancangan Allah ini.......

Segala yang baik adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan adalah dari kita sendiri.....

Wassalam......

Jamal Nasir
*bagi pihak AJK

Friday, December 2, 2011

Bila Penyamun Berniaga......................

1. Ambik duit Rakyat 250 juta buat modal nak meniaga LEMBU
2. Bukak Company ........ Laki sendiri punya
3. Beli kereta MERCEDES harga setengah juta
4. Kemudian beli CONDO harga 13 juta, bagi sewa 70,000.00 sebulan....
5. Pengeluaran daging LEMBU dalam negara dok macam tu jugak.....harga pun tak pernah turun, naik lagi ada laaaaaaa
6. Bila dah rasa berdosa ......pi Mekah buat UMRAH,...... duit pi Mekah pun sapu duit rakyat lagi.... dah laa tipu rakyat 1 MALAYSIA, ni TUHAN pun dia nak TIPU..
7. Tak dak langsung rasa MALU....jauh lagi laa rasa berdosa
8. Inilah cara PENYAMUN BERNIAGA....
9. Ini bukan cerita khayalan, kalau tak percaya sila semak LAPURAN AUDIT NEGARA
10. Sapa-sapa yang dok SOKONG lagi Parti LEMBU ni ..... sahlah lagi BODO PADA LEMBU

Thursday, October 27, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Komunis dalam UMNO

Inilah Malaysia tanah airku. Rupanya komunis ini dah lama bersarang dalam UMNO, cuma sayangnya ramai ahlinya dibutakan mata dan hati mereka. Mereka tidak dapat lihat semua ini kerana mereka dilekakan dgn kemewahan dunia. Ana menanti komen dari kawan-kawan.

Monday, October 24, 2011

Berita terkini tentang emas

Gold price touched a new all-time high of $1910 per ounce
The gold price touched a new all-time high of $1910 per ounce early Tuesday! The price of gold rallied alongside the broader stock and commodity markets as expectations of a fresh round of quantitative easing made the rounds on trading desks across Wall Street. WTI crude oil gained 1% to $83.10 per barrel, boosted by weakness in the U.S. dollar. Silver futures rallied 1.4% to $43.00 per ounce.

Marc Faber – author of The Gloom Boom & Doom Report and one of the more prominent gold bulls in recent years – provided his latest outlook on the global economy, financial markets, and the gold price last week. “Financial conditions are today worse than they were prior to the crisis in 2008,” he asserted in a telephone interview from Thailand.
“The fiscal deficits have exploded and the political system [in both the U.S. and Europe] has become completely dysfunctional.”

As for the Federal Reserve, Faber once again spared no criticism of the U.S. central bank. “The Federal Reserve is a very evil institution in the sense that they punish decent people who have saved all their lives…These are people who don’t understand about stocks and investments, and suddenly they are forced to speculate.”

Given his disdain for fiat currencies, Faber criticized the U.S. dollar. “The function of paper money is to facilitate the exchange of goods and services, to be a store of value and a unit of account. The U.S. dollar fails on all three,” he argued. “Intelligent people, instead of holding cash in U.S. dollars with zero interest rates, why not hold money in gold and silver?”

With regard to gold and silver prices, in the most recent edition of his publication Faber wrote that “I am not sure how high the price of gold or silver will increase but when I consider the further inevitable growth of the US and other governments’ debts, the creation of paper money in the world and especially at the low gold ownership rate in the world, I am confident that the price trend of gold is up.”

Source: http://malaysiagoldinvestment.blogspot.com/

[ Back ]

Saturday, October 15, 2011

Baca dan fikirkan.

HEBAT...WARGA ASING BAKAL USAHAWAN NEGARA!
1. Apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat sesuatu kenyataan ataupun pendedahan, semaksimum mungkin kenyataan dan pendedahan tersebut akan dinilai agar tidak terjebak dalam fitnah ataupun penyebaran berita palsu, malah ia terlebih dahulu dianjur berlandaskan fakta, bukti dan nas.

Begitulah disiplin yang terpaksa dilalui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Justeru setiap kenyataan dan pendedahannya akan sentiasa dipantau musuh politiknya dan pantas diseret musuh ke mahkamah andai ia adalah fitnah dan palsu.

2. Mutakhir ini Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Sdr Suhaizan Kayat bersama Timbalannya Sdr Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihanraya. Pendedahan tersebut dituruti dengan penyerahan memorandum kepada pihak berwajib seperti SPR dan JPN, malah laporan polis turut dilakukan.

3. Sehingga kini Dewan Pemuda PAS belum disaman atau diheret ke mahkamah berkait semua pendedahan yang dibuat. Sebaliknya pihak SPR dan JPN hanya memberi jawapan melalui media dengan menafikan dakwaan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Lebih malang apabila penafian yang dilakukan itu sangat rapuh dan terkadang melucukan.

4. Sebelum ini SPR berulang kali menafikan dakwaan DPPM bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai identity card yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan.

Tetapi beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50 ribu senarai nama dikeluarkan dari senarai pemilih sedang peraturan yang ada, nama pemilih hanya boleh dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima.

5. Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia pula dijangkiti sindrom penafian apabila OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan ic kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mereka dibawa ke Selangor untuk mengikuti Kursus Keusahawanan. Sedangkan mereka telah berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS, dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort.

6. Setelah rakyat menyaksikan rendahnya tahap integriti Pengarah SPR dan Timbalannya, kini pihak PDRM pula merosakkan reputasi pihak keselamatan yang sepatut dan selayaknya menjaga kedaulatan dan keamanan negara, bukan bersubahat dengan sindiket yang mengancam kedaulatan.

Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk aqal. Warga asing diberi kursus keusahawanan? Inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya.

Tapi dengan semangat 'Malaysia Boleh', barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia.

7. Kursus usahawan jenis apa ni? Penuh dengan kawalan ketat pihak polis? Kursus usahawan atom ke, atau kursus usahawan untuk melahirkan 'pengusaha-pengusaha' baru bagi memenangkan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang?

8. Sebelum ini di Hotel Vistana Kuantan pada 28 September, satu Kursus Pemantapan Warga Pendidik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan bagi mengelabui pandangan umum sedang pengisiannya adalah untuk doktrin pemikiran para pendidik atau guru agar menyokong UMNO dengan pelbagai maklumat salah, fitnah dan palsu yang disogok.

9. Kini warga asing pula diberi kursus keusahawanan kononnya. Kementerian mana pula yang menganjurkannya dan untuk apa kursus itu?

Di saat rakyat sendiri masih terkial-kial mencari modal untuk memajukan diri, tetiba warga asing mendapat peruntukan kursus keusahawanan! Lawak jenaka atau drama komedi genre apa yang sedang dilakukan oleh PDRM ini?

10. Sektor mana warga asing akan jadi usahawan negara, atau untuk apa kursus keusahawanan itu? Atau adakah untuk menipu dan memperbodohkan rakyat sehingga mencagarkan kedaulatan negara semata-mata terdesak untuk menang pilihanraya ?

Rakyat perlu penjelasan yang meyakinkan, bukan alasan yang melucukan. Sudahlah sebelum ini negara telah gempar dengan kenyataan Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah dilulus menjadi warganegara, hanya dalam tempoh tidak sampai 4 tahun [iaitu 2008 - 2011]

Wednesday, October 12, 2011

Kawan-kawan kita yang menjadi tetamu Allah 2011







Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pada tahun 2011 ada dua orang kawan kita telah dipilih menjadi tetamunya (yang ana tahu). Mereka adalah Mat Ulwi Hasyim dan Dr Ahmad Shaltut. Kedua-dua mereka mengerjakan haji bersama isteri masing-masing. Mat Wi telah bertolak ke tanah suci pada 7 Okt 2011 dan akan menyusl pula Dr Ahmad Shaltut pada 26 Okt 2011 (kalau tak silap ana.
Pemergian mereka ke tanah suci kita iringi dengan doa semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan mendapat Hj. yang mabrur.
Kita pula bila pula akan di pilih menjadi tetamunya. Ana yakin semua kawan-kawan telah mendaftar dgn tabung haji dan kita berdoalah selalu supaya kita dipilih pula. Nasihat ana pada diri ana dan kawan-kawan ialah persediaan kita untuk ke sana mestilah bermula dengan niat serta amalan seperti sembahyang berjamaah,membaca Al-Quran setiap hari, solat malam, bersedekah dan lain-lain lagi hendaklah diamalkan dengan penuh istiqamah. Apabila kita dapat lakukan ini sebelum pergi, insyaallah kita akan diberi lebih kekuatan melaksanakan amalan-amalan soleh setelah kita bergelar Haji .

Untuk renungan kawan-kawan. Mengapa masjid kita masih lagi kosong sedangkan kalau dihimpun para Haji di kawasan tempat tinggal kita ramai, tetapi diri mereka tiada kekuatan untuk ke masjid berjamaah sedangkan semasa di Mekah mereka dapat berjamaah.
Inilah yang perlu kita fikirkan. Apapun kita sepatutnya membuat persediaan yang rapi dari segi amalan sebelum kita di panggil menjadi tetamunya . Insyaallah di depan Pintu Kaabah bermunajatlah kita supaya kita dapat beristiqamah dengan amalan kita selama ini dan kita dipilih sentiasa menjadi tetamunya apabila pulang ke Malaysia. (berjamaah di Masjid).
Israel hanya akan takut pada Islam apabila setiap masjid dipenuhi Jamaah setiap waktu seperti hari Jumaat. Takbir !!!!!!

Wednesday, September 21, 2011

Perjumpaan Alumni SMDSO SRP 78- SPM 80 kali ke-2 tahun 2011

Assalamualaikum wrth.
Semoga semua Ex-Smdso 78-80 sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya.
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi ruang kepada kita untuk bersama didalam ruang waktu yang ada ini...... masih lagi mampu untuk kita menyedut udara yang nyaman ini.... alhamdulillah.
Disini, inginlah saya bagi pihak AJK memaklumkan bahawa perjumpaan kita yang akan diadakan pada tanggal 24/12/2011 yang akan datang ini terpaksa ditangguhkan kesatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya membuat makluman ini setelah melihat tiada sebarang hebahan atau makluman yang disampaikan dan mengambil tanggungjawab ini untuk menyampaikan kepada  Ex-SMDSO 78-80 semua agar tidak berlaku pertindihan maklumat yang telah dihebahkan sebelum ini...
Adalah diharapkan Perjumpaan kita ini akan dapat jua kita jayakan disatu masa nanti.. Insya-allah....
Semoga segala yang baik itu adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan adalah dari kita sendiri....
Wallahualam

Wassalam.....