Saturday, December 17, 2011
Re-Union 24/12/2011 Ex-SMDSO 78 - 80
Assalamualaikum Wrth.
Alhamdulillah....Syukur kita kehadrat Allah SWT diatas kurniaNya hingga kini....Semoga semua Ex-SMDSO 78 - 80 berada dalam rahmat dan nikmat Allah jua hendaknya.....
Last minute planning yang kita cuba susun untuk perjumpaan kita pada tanggal 24/12/2011 akan datang nampaknya terpaksa ditangguhkan kepada satu masa lain kerana beberapa faktor yang tak dapat dielakkan..... Pihak jawatankuasa penganjur memohon maaf atas penangguhan ini...Insya-allah jika diizinkan kita akan rancang dan akan umumkan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.......
Semoga Majlis Silaturrahim kita ini akan mendapat restu dan izin Allah SWT jua dan akan dapat kita teruskan nanti.....
" Manusia merancang dan Allah merancang tetapi Perancangan Allah itulah yang lebih baik..."
Semoga kita positif dengan apa yang berlaku dan terbuka menerima perancangan Allah ini.......
Segala yang baik adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan adalah dari kita sendiri.....
Wassalam......
Jamal Nasir
*bagi pihak AJK
Friday, December 2, 2011
Bila Penyamun Berniaga......................
1. Ambik duit Rakyat 250 juta buat modal nak meniaga LEMBU
2. Bukak Company ........ Laki sendiri punya
3. Beli kereta MERCEDES harga setengah juta
4. Kemudian beli CONDO harga 13 juta, bagi sewa 70,000.00 sebulan....
5. Pengeluaran daging LEMBU dalam negara dok macam tu jugak.....harga pun tak pernah turun, naik lagi ada laaaaaaa
6. Bila dah rasa berdosa ......pi Mekah buat UMRAH,...... duit pi Mekah pun sapu duit rakyat lagi.... dah laa tipu rakyat 1 MALAYSIA, ni TUHAN pun dia nak TIPU..
7. Tak dak langsung rasa MALU....jauh lagi laa rasa berdosa
8. Inilah cara PENYAMUN BERNIAGA....
9. Ini bukan cerita khayalan, kalau tak percaya sila semak LAPURAN AUDIT NEGARA
10. Sapa-sapa yang dok SOKONG lagi Parti LEMBU ni ..... sahlah lagi BODO PADA LEMBU

Thursday, October 27, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Komunis dalam UMNO
Monday, October 24, 2011
Berita terkini tentang emas
Gold price touched a new all-time high of $1910 per ounce
The gold price touched a new all-time high of $1910 per ounce early Tuesday! The price of gold rallied alongside the broader stock and commodity markets as expectations of a fresh round of quantitative easing made the rounds on trading desks across Wall Street. WTI crude oil gained 1% to $83.10 per barrel, boosted by weakness in the U.S. dollar. Silver futures rallied 1.4% to $43.00 per ounce.
Marc Faber – author of The Gloom Boom & Doom Report and one of the more prominent gold bulls in recent years – provided his latest outlook on the global economy, financial markets, and the gold price last week. “Financial conditions are today worse than they were prior to the crisis in 2008,” he asserted in a telephone interview from Thailand.
“The fiscal deficits have exploded and the political system [in both the U.S. and Europe] has become completely dysfunctional.”
As for the Federal Reserve, Faber once again spared no criticism of the U.S. central bank. “The Federal Reserve is a very evil institution in the sense that they punish decent people who have saved all their lives…These are people who don’t understand about stocks and investments, and suddenly they are forced to speculate.”
Given his disdain for fiat currencies, Faber criticized the U.S. dollar. “The function of paper money is to facilitate the exchange of goods and services, to be a store of value and a unit of account. The U.S. dollar fails on all three,” he argued. “Intelligent people, instead of holding cash in U.S. dollars with zero interest rates, why not hold money in gold and silver?”
With regard to gold and silver prices, in the most recent edition of his publication Faber wrote that “I am not sure how high the price of gold or silver will increase but when I consider the further inevitable growth of the US and other governments’ debts, the creation of paper money in the world and especially at the low gold ownership rate in the world, I am confident that the price trend of gold is up.”
Source: http://malaysiagoldinvestment.blogspot.com/
[ Back ]

Saturday, October 15, 2011
Baca dan fikirkan.
HEBAT...WARGA ASING BAKAL USAHAWAN NEGARA!
1. Apabila Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat sesuatu kenyataan ataupun pendedahan, semaksimum mungkin kenyataan dan pendedahan tersebut akan dinilai agar tidak terjebak dalam fitnah ataupun penyebaran berita palsu, malah ia terlebih dahulu dianjur berlandaskan fakta, bukti dan nas.
Begitulah disiplin yang terpaksa dilalui oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Justeru setiap kenyataan dan pendedahannya akan sentiasa dipantau musuh politiknya dan pantas diseret musuh ke mahkamah andai ia adalah fitnah dan palsu.
2. Mutakhir ini Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat yang dipengerusikan oleh Sdr Suhaizan Kayat bersama Timbalannya Sdr Mohd Adram Musa, banyak membuat pendedahan berkait penyelewengan dan kepincangan sistem urus demokrasi serta sistem pengendalian pilihanraya. Pendedahan tersebut dituruti dengan penyerahan memorandum kepada pihak berwajib seperti SPR dan JPN, malah laporan polis turut dilakukan.
3. Sehingga kini Dewan Pemuda PAS belum disaman atau diheret ke mahkamah berkait semua pendedahan yang dibuat. Sebaliknya pihak SPR dan JPN hanya memberi jawapan melalui media dengan menafikan dakwaan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Lebih malang apabila penafian yang dilakukan itu sangat rapuh dan terkadang melucukan.
4. Sebelum ini SPR berulang kali menafikan dakwaan DPPM bahawa wujudnya nama pemilih yang bertindih, pemilih yang tidak dikenal pasti dan pelbagai lagi kekeliruan seperti mempunyai identity card yang hampir sama dalam keadaan yang sangat meragukan.
Tetapi beberapa hari selepas penafian dilakukan, 50 ribu senarai nama dikeluarkan dari senarai pemilih sedang peraturan yang ada, nama pemilih hanya boleh dikeluarkan apabila ianya dibantah dengan bayaran dan bantahan itu diterima.
5. Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia pula dijangkiti sindrom penafian apabila OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan ic kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mereka dibawa ke Selangor untuk mengikuti Kursus Keusahawanan. Sedangkan mereka telah berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS, dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort.
6. Setelah rakyat menyaksikan rendahnya tahap integriti Pengarah SPR dan Timbalannya, kini pihak PDRM pula merosakkan reputasi pihak keselamatan yang sepatut dan selayaknya menjaga kedaulatan dan keamanan negara, bukan bersubahat dengan sindiket yang mengancam kedaulatan.
Alasan yang dikemukakan oleh OCPD Serdang sungguh tidak masuk aqal. Warga asing diberi kursus keusahawanan? Inilah kali pertama saya mendengar dan melihatnya.
Tapi dengan semangat 'Malaysia Boleh', barangkali semua boleh berlaku. Asal mereka boleh buat penafian, mereka nafi walaupun dengan alasan yang mempersenda nilai intelek rakyat Malaysia.
7. Kursus usahawan jenis apa ni? Penuh dengan kawalan ketat pihak polis? Kursus usahawan atom ke, atau kursus usahawan untuk melahirkan 'pengusaha-pengusaha' baru bagi memenangkan UMNO dalam pilihanraya umum akan datang?
8. Sebelum ini di Hotel Vistana Kuantan pada 28 September, satu Kursus Pemantapan Warga Pendidik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia diadakan bagi mengelabui pandangan umum sedang pengisiannya adalah untuk doktrin pemikiran para pendidik atau guru agar menyokong UMNO dengan pelbagai maklumat salah, fitnah dan palsu yang disogok.
9. Kini warga asing pula diberi kursus keusahawanan kononnya. Kementerian mana pula yang menganjurkannya dan untuk apa kursus itu?
Di saat rakyat sendiri masih terkial-kial mencari modal untuk memajukan diri, tetiba warga asing mendapat peruntukan kursus keusahawanan! Lawak jenaka atau drama komedi genre apa yang sedang dilakukan oleh PDRM ini?
10. Sektor mana warga asing akan jadi usahawan negara, atau untuk apa kursus keusahawanan itu? Atau adakah untuk menipu dan memperbodohkan rakyat sehingga mencagarkan kedaulatan negara semata-mata terdesak untuk menang pilihanraya ?
Rakyat perlu penjelasan yang meyakinkan, bukan alasan yang melucukan. Sudahlah sebelum ini negara telah gempar dengan kenyataan Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah dilulus menjadi warganegara, hanya dalam tempoh tidak sampai 4 tahun [iaitu 2008 - 2011]

Wednesday, October 12, 2011
Kawan-kawan kita yang menjadi tetamu Allah 2011

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, pada tahun 2011 ada dua orang kawan kita telah dipilih menjadi tetamunya (yang ana tahu). Mereka adalah Mat Ulwi Hasyim dan Dr Ahmad Shaltut. Kedua-dua mereka mengerjakan haji bersama isteri masing-masing. Mat Wi telah bertolak ke tanah suci pada 7 Okt 2011 dan akan menyusl pula Dr Ahmad Shaltut pada 26 Okt 2011 (kalau tak silap ana.
Pemergian mereka ke tanah suci kita iringi dengan doa semoga mereka diberikan kesihatan yang baik dan mendapat Hj. yang mabrur.
Kita pula bila pula akan di pilih menjadi tetamunya. Ana yakin semua kawan-kawan telah mendaftar dgn tabung haji dan kita berdoalah selalu supaya kita dipilih pula. Nasihat ana pada diri ana dan kawan-kawan ialah persediaan kita untuk ke sana mestilah bermula dengan niat serta amalan seperti sembahyang berjamaah,membaca Al-Quran setiap hari, solat malam, bersedekah dan lain-lain lagi hendaklah diamalkan dengan penuh istiqamah. Apabila kita dapat lakukan ini sebelum pergi, insyaallah kita akan diberi lebih kekuatan melaksanakan amalan-amalan soleh setelah kita bergelar Haji .
Untuk renungan kawan-kawan. Mengapa masjid kita masih lagi kosong sedangkan kalau dihimpun para Haji di kawasan tempat tinggal kita ramai, tetapi diri mereka tiada kekuatan untuk ke masjid berjamaah sedangkan semasa di Mekah mereka dapat berjamaah.
Inilah yang perlu kita fikirkan. Apapun kita sepatutnya membuat persediaan yang rapi dari segi amalan sebelum kita di panggil menjadi tetamunya . Insyaallah di depan Pintu Kaabah bermunajatlah kita supaya kita dapat beristiqamah dengan amalan kita selama ini dan kita dipilih sentiasa menjadi tetamunya apabila pulang ke Malaysia. (berjamaah di Masjid).
Israel hanya akan takut pada Islam apabila setiap masjid dipenuhi Jamaah setiap waktu seperti hari Jumaat. Takbir !!!!!!
Wednesday, September 21, 2011
Perjumpaan Alumni SMDSO SRP 78- SPM 80 kali ke-2 tahun 2011
Assalamualaikum wrth.
Semoga semua Ex-Smdso 78-80 sentiasa dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya.
Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah SWT kerana masih lagi memberi ruang kepada kita untuk bersama didalam ruang waktu yang ada ini...... masih lagi mampu untuk kita menyedut udara yang nyaman ini.... alhamdulillah.
Disini, inginlah saya bagi pihak AJK memaklumkan bahawa perjumpaan kita yang akan diadakan pada tanggal 24/12/2011 yang akan datang ini terpaksa ditangguhkan kesatu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Saya membuat makluman ini setelah melihat tiada sebarang hebahan atau makluman yang disampaikan dan mengambil tanggungjawab ini untuk menyampaikan kepada Ex-SMDSO 78-80 semua agar tidak berlaku pertindihan maklumat yang telah dihebahkan sebelum ini...
Adalah diharapkan Perjumpaan kita ini akan dapat jua kita jayakan disatu masa nanti.. Insya-allah....
Semoga segala yang baik itu adalah dari Allah SWT jua dan kelemahan adalah dari kita sendiri....
Wallahualam
Wassalam.....
Monday, September 19, 2011
JENAZAH MAT INDERA WANGI ??.....
Ahad, September 18, 2011JENAZAH MAT INDERA WANGI ??
"Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok elok kubur ini. Kubur ini ada jasad pejuang kita".
Itulah kata kata nasihat Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada rakannya yang dikenali Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.
Kisah ini diceritakan oleh penjaga tanah perkuburan ini yang hanya mahu dikenali Pak Kob kepada rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping pada 8 September lalu.
Kesempatan melawat pusara Mat Indera itu diambil oleh Ustaz Akmal menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada Pak Kob selaku petugas yang menjaga tanah perkuburan termasuk kubur Mat Indera.
Beliau menyifatkan Pak Kob berhati mulia kerana menjaga kubur Mat Indera
( Diambil dari blog Jasinpost,com )
Thursday, September 1, 2011
Siapa Mat Indera
kita tidak tahu kenapa Mat Indera bekerja sama dg PKM, tapi yg jelas,beliau bekerjasama dg PKM BUKAN KERANA hendak memurtadkan org Islam atau hendak menjadikan negara ini negara komunis.
Yang jelasnya ,beliau bekerjasama dg PKM adalah utk menghalau British dpd negara ini.Beliau berjuang utk memerdekakan negara ini.
Apakah cara beliau itu salah???
Satu kajian oleh pakar2 sejarah bebas wajar di lakukan bagi menentukan Sejarah sebenarnya.Kita tak boleh hanya mendengar apa kata umno shj.
Mat Indera menyerang balai polis Bkt kepong sekitar tahun 1950,harus di fahami,bahawa POLIS ketika itu berkhidmat dg kerajaan British,kesetiaan mereka adalah kpd Queen British dan Kerajaan British .Mereka taat dan patuh apa sj perentah kerajaan British.
Balai Polis ketika itu adalah simbul kedaulatan Kerajaan British di negara ini.
Oleh itu,sebenarnya Mat Indera itu menyerang "simbul kekuasaan British"
Oleh itu jangan sesekali kita terkeliru dg POLIS zaman pasca Merdeka.Kini Polis adalah simbul kedaulatan dan kekuasaan Negara Malaysia,mereka berkhidmat dan setia kpd Kerajaan Malaysia.
jangan sesekali kita samakan status Polis kini dg status Polis zaman British dulu.
Menjadi lumrah dalam setiap peperangan,,dibunuh atau membunuh.
kita hanya boleh menghakimi,sebab2 peperangan itu.Mat Indera ada sebab yg kuat kenapa dia menyerang balai polis Bkt Kepong tu, dan jangan sesekali kita sama kan perbuatan menyerang BP Bkt Kepong itu dg menyerang mana2 Balai Polis pada zaman pasca merdeka ni.
Balai Polis kini adalah simbul kekuasaan Malaysia,sedangkan Balai Polis pada tahun 1950 adalah simbul kekuasaan British.Ada perbezaan Besar di situ.
Contoh mudah: Rasulallah SAW menyerang MEKAH dan menawan Mekah pada tahun 8 hijrah .Bolekah kita kata Rasulallah saw itu musuh Islam dan pengkhianat Islam kerana baginda menyerang dan menawan MAKAH?????
Tetapi situasi nya kini tentu berbeza.Kini kita adalah musuh Islam dan pengkhianat Islam jika kita menyerang Mekah.
kenapa??? kenapa dlm dua perkara yg sama,tapi berbeza hukumnya?? renungkanlah...
Jangan mudah kita menghukum sesuatu yg kita belum pasti kedudukannya.
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php

Saturday, August 27, 2011
Salam Eidul Fitri.......
Eid-Mubarak......
Sempena Aidil-Fitri yang bakal tiba ini marilah sama-sama kita bermaaf-maafan serta menghubungkan silaturrahim dan kasih sayang sesama kita lebih-lebih lagi kita didalam keluarga EX-SMDSO 78 – 80 yang telah diketemukan dahulu dan telah agak lama juga tidak bertemu dan bersua muka serta beramah mesra ibarat satu keluarga .......
Semoga kita semua EX-SMDSO 78-80 akan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT jua hendaknya.......
Semoga Ramadhan yang bakal berlalu meninggalkan kesan kepada kita jua.....
Semoga Ramadhan kali ini jua adalah yang Terbaik yang mampu kita lakukan.....
Sesungguhnya Ramadhan.... adalah bulan yang menjanjikan Kerahmatan, Pengampunan dan juga Pembebasan dari Api Neraka oleh Rabbul Jalill kita Allah SWT itu dapat kita kecapi bersama ....
Semoga Lailatul Qadr yang menjanjikan kebaikan bersamaan dengan seribu bulan itu dapat kita lalui dan rasai serta kecapi jua bersama........
Semoga kita semua EX-SMDSO 78-80 akan dapat lagi bertemu dengan Ramadhan ini ditahun akan datang……
Akhirnya….
Marilah kita rayakan ketibaan Syawal ini dengan kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kita yang tidak terhingga dengan penuh rasa pengabdian (Taabbud) kita kepada pencipta kita Rabbul Jalil Allah SWT.....
Marilah sama-sama kita bertakbir,bertasbih serta bertahmid memuji kebesaran Allah SWT dihari yang mulia ini….
Marilah juga kita ziarah menziarahi dan bermaaf-maafan sesama kita dihari yang mulia ini agar hubungan silaturrahim sesama kita tetap segar sentiasa ………
Wallahualllam......
Sahabatmu….
Jamal Nasir
Taqabbbalallahuminna Waminnkum........
( Semoga Allah SWT menerima Amal Kami dan Amal Kamu ).
• Kapitan Solehi ajak kita semua buat perjumpaan pada malam Hari Raya pertama di tempat biasa,..Pokok Ceri…dari jam 10.00malam hingga larut pagi…..semua dijemput hadir …..
Saturday, August 13, 2011
Anak dara sunti ( Ramadhan)
Assalamualaikum,
Syukur kita ke hadrat Allah krn kita diberi kesempatan olehnya berada dalam bulan ramadhan yang penuh dengan kenikmatan yang tidak ada pd bulan lain. Antaranya
i. Sebulan puasa.
ii. Zakat fitrah.
iii. Malam lailatul qadar.
iv. Ganjaran pahala yang berganda.
v. Nuzul Al-Quran
Kita telah melalui fasa pertama ramadhan iaitu rahmat dari Allah, dan insyaallah kita sedang melalui fasa kedua iaitu pengampunan dr Allah dan seterusnya fasa ketiga iaitu bebas dari api neraka.
Pada fasa ini kita disaran membanyakan istiqfar semoga kita di ampunkan oleh allah.
Tapi untuk mendapatkan keampunan dari Allah bukanlah mudah, banyak halangan dan banyak alasan daripada kita . Mari kita lihat sekeliling kita semasa bulan ramadhan bagaimana diri kita menyambutnya. Awal ramadhan ramai dari kita dapat memenuhi masjid sehinggakan tiada ruang dan parking di masjid, masuk fasa kedua bilangan jamaah dah menampakkan kurang sedikit dan pada fasa ketiga masjid telah lengang dan tempat yang sibuk sekali ialah tempat membeli belah. Tuhan uji kita dengan gaji dan bonus iaitu sedikit shj imbuhan dunia tetapi tuhan gandakan pahala pada akhir-akhir ramadhan, malangnya kita tinggalkan yang bayak tetapi kita rebut yang sedikit. Ana nak pesan pada diri ana dan para sahabat supaya kita ubah cara kita menghayati ramadhan, kalau dulu kita sibuk pada akhir ramadhan dengan urusan dunia dan keluarga sampai membataskan kita mengingati Allah maka tahun ini kita sibukan diri kita dengan amal;an-amalan yang medekatkan diri kita dengan Allah. Anggaplah ramadhan ini adalah ramadhan yang akhir bagi kita krn kita belum tahu lg adakah kita akan berjumpa dengan ramadhan tahun depan. Akhir sekali ana harap semua para sahabat diberi rahmat dan pengampunan dari Allah krn itulah yang kita dambakan setiap kali kita berpisah dengan ramadhan.

Sunday, August 7, 2011
Saturday, July 30, 2011
Kembara Di Bumi Barakah - Brunei Darussalam
Tanggal 22/07/2011 hingga 25/07/2011 adalah pakej percutian 4H3M aku dan rakan sejawatku ke negara Brunei Darussalam. Kami telah membuat tempahan tiket untuk bercuti ini kira-kira hampir setahun yang lalu melalui Air Asia Promo iaitu hanya RM70 sahaja pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur dan terus ke Brunei Darussalam. Jam 10.55malam tanggal 21/07/2011 kami telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar ke LCCT Airport,Sepang dengan penerbangan Air Asia untuk ke Brunei Darussalam sambil aku memenuhi jemputan sahabat kita Pengiran Asri yang acapkali mengajak kita semua kesana,lebih-lebih lagi 4 orang yang telah ditawarkan tiket percuma 4H3M seperti yang dijanjikan beliau sebelum ini, aku salah seorang dari yang 4 tersebut adalah orang kedua selepas Halim Pak Aji yang telah sampai kesana. Penerbangan kami pada malam itu agak tenang dan kami selamat sampai di LCCT pada jam 12.05 tengah malam. Kami tidak membuat apa-apa tempahan hotel dan dalam waktu yang agak singkat, kami hanya sempat meninjau-ninjau dan berjalan-jalan disekitar kawasan LCCT tersebut sahaja sambil menunggu waktu berlepas pada 6.45pagi keesokannya....Setelah agak letih meninjau-ninjau,kami mula mencari parking dan tempat rehat sementara, nasib kami agak baik kerana ada satu tempat kosong didalam Restoran Coffee Bean berhampiran dan malam tu kami hanya sempat melelapkan mata bersandarkan kerusi di Coffee Bean sehingga jam 4.30pagi sebelum check-in. Setelah selesai menunaikan solat subuh, kami pun menaiki penerbangan berikutnya dan Insya Allah selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Hasanul Bolkiah,Bandar Seri Begawan,Brunei Darussalam pada jam 9.05pagi tanggal 22/07/2011 dan disambut oleh sahabat kita Tuan Pengiran Ir Mohamad Asri Ahmad.
Kami dibawa dengan Toyota Fortuner baru beliau terus kekedai makan untuk menjamah makanan memandangkan yang kami belum bersarapan lagi, kami menjamah Roti Canai Brunei dengan Teh Tarik sebagai menu pembuka pada pagi ketibaan itu. Sambil kami berborak-borak dengan Tuan Pengiran, kami dapat merasai akan ketenangan pada pagi Jumaat itu dimana suasananya yang aman dan tidak kalam kabut , kami dapati kenderaan juga bergerak dengan tenang dan tersusun.Alhamdulillah

selesai sarapan,kami dibawa bersiar sekitar kawasan yang berdekatan sebelum dibawa berehat dirumah baru beliau yang akan diduduki sebelum Ramadhan ini. Alhamdulillah, hujan emas dinegeri orang,hujan batu dinegeri sendiri..itulah pepatah yang sesuai dikatakan kepada sahabat kita ini... dengan izin Allah dan perancangannya jua sahabat kita ini mampu untuk memiliki rumah yang bernilai lebihkurang RM1.2juta,
sesuatu yang Allah anugerahkan kepada beliau hasil dari satu perjalanan yang jauh...satu pengorbanan yang berat... satu ujian yang agak perit...satu tribulasi dan nostalgia yang sukar dilupakan.....Alhamdulillah.

Kami menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Hasanul Bolkiah.. suasana hari itu agak nyaman dengan hujan renyai-renyai... Apabila melangkah sahaja masuk kedalam masjid..rasa nyaman tadi semakin bertambah kerana udara Air-cond yang sejuk dan menyegarkan.... Itulah masjid-masjid diBrunei,semuanya berhawa dingin ,negara barakah yang ditadbirkan oleh pemimpin yang melihat keperluan rakyat, mentadbir negeri dari hasil bumi yang makmur yang dianugerahkan Allah SWT , menggunakan kemewahan dan kemakmuran tersebut untuk kepentingan rakyat jelata, rakyat didahulukan serta pencapaian diutamakan, rakyat juga tidak dibebankan dengan cukai dan sebagainya, sistem Islam cuba ditegakkan, maksiat dijauhi, kadar elektrik yang murah dan tidak membebankan rakyat dan lain-lain perkara lagi.
Tengahari itu kami dibawa makan diRestoran Orang semenanjung yang menyajikan berbagai sajian yang menyelerakan, aku makan Nasi Bariani Daging masak Tok yang terselera aku untuk menjamahnya pada hari itu, layanan yang agak bagus dari pelayan yang menutup Aurat serta kadar harga Brunei yang berpatutan membuatkan ramai yang mengunjungi kedai tersebut .... Aku diberitahu yang rombongan Cikgu Sukarno bersama dengan ahli PAKSI Kedah juga turut diraikan disini.... Setelah diisi penuh kekenyangan ,kami bertolak ke rumah sahabat kita di Kuala Belait yang terletak lebihkurang 110km dari Bandar Seri Begawan...
Kami dibawa berjalan-jalan melihat kawasan sekitar Pekan Kuala Belait, kawasan perumahan yang disediakan oleh kerajaan Brunei untuk kakitangannya,dimana rumah teres dua tingkat yang nilainya ditempat kita dalam lingkungan melebihi RM150K dijual hanya pada harga BD28K sahaja iaitu lebihkurang dalam RM70K ....
Kami juga dibawa melihat Pasar Kuala Belait dimana peniaga dari pelbagai kaum turut berniaga disitu dengan kadar sewa premis perniagaan yang amat murah iaitu untuk satu Lot hanya BD8 ke BD10 sahaja sebulan...pada aku gerai sebegitu kalau diMalaysia akan disewa pada kadar RM 150 ke RM200 sebulan...Itulah satu yang cukup ketara yang dapat kami lihat sendiri Rakyat diutamakan.... bukan Rakyat dibebankan.
Satu lagi yang kami lihat ialah pengutamaan tulisan jawi dalam semua papantanda dan juga billboard yang terpampang disimpang-simpang jalan. Kawasan Taman-taman permainan dan taman bunga bebas dari gejala sosial dimana kami tidak berjumpa lansung Mat Rempit yang berpacaran bukan saja diatas motor malah juga tak nampak ditaman-taman bunga, hanya yang ada keluarga yang membawa anak-anak bermain dan bersiar disekitar kawasan padang permainan dsbnya...malah motor juga jarang dijumpai dijalan-jalan raya.. tak sampai 5% sahaja rasanya. Rumah-rumah tak perlu kepada jeriji besi, bengkel-bengkel besi kelihatan meletakkan besi-besi diluar kedai begitu sahaja tanpa perlu dikunci kerana ianya bebas dari kecurian....rasanya itulah barokah yang Allah campakkan kepada rakyat negeri itu bila pemerintahnya tidak menggalakkan maksiat,benda-benda haram seperti Arak dan judi tidak dibenarkan dijual,Disco dan Karoke juga tidak digalakkan, semuanya itu menjurus kepada barokah Allah dan rahmatnya untuk rakyat sekeliannya.
Malam itu kami disajikan makan malam diRumah Tuan Pengiran oleh Mak Mertua beliau kerana isterinya berada di Kuala Lumpur. Lepas makan kami ke Port diluar rumah dan mula berborak-borak dengan berbagai-bagai cerita Nostalgia sambil pekena Milo dan juga karipap panas sehingga 1.00pagi,Sahabat kita perlu tidor awal kerana esoknya beliau akan bermain Golf sempena sambutan Ulangtahun Sultan Brunei yang ke-65,beliau adalah juara bertahan pada kejohanan yang lalu......manakala kami pula akan dibawa oleh anak buah beliau ke Miri,Serawak....
Tanggal 23/07/2011 pagi, selepas disajikan breakfast Nasi Lemak Ayam ( Nasi Katok ) panggilan orang Brunei,kami sempat berbual-bual pagi sebelum bertolak ke Miri dengan anak buah Asri ,Mohammad Khairul Ashraf atau panggilannya Khai, orang Kedah juga..
Kami bertolak jam 10pagi dan Tuan Pengiran akan ke Golf-Course pada pukul 11pagi. Sebelum kami bertolak Boss sempat pesan kepada Khai agar jangan lupa bawa kami makan Nasi Lelapan kat Miri sana nanti... Moha dengan Mat wie juga dibawa pekena masa depa mai Brunei hari tu.....
Alhamdulillah, kira-kira satu hari juga kami dibawa pusing-pusing Miri ,....dan la juga pi tanya Gambe Serawak dan sedikit bekalan kraftangan serta anak Terubuk Serawak yang sempat juga kami beli sebagai buah tangan untuk dibawa balik ke Semenanjung....
Dalam perjalanan balik malam tu Khai bagitau kata Boss dah telefon minta balik cepat kerana makanan dah ready untuk makan malam.... bini boss dah balik, dah masak macam-macam dan tak payah makan kat luar lagi la....Malam tu pekena sup tulang dengan black pepper kambing ++....tersandar juga la lepaih tu....macam besa la boss kita lepaih makan kena layan dulu kat port tu..... potpet-potpet cerita hatnu hatni..habih juga la satu teko kopi dgn satu teko milo + karipap panaih berbagai rasa .... malam tu badan dah letih sangat terkulai ataih kerusi empok... biar Tuan Pengiran kita bersembang dengan kawan aku tu,migi sampai pukoi 2.30pagi....
Pagi 24/07/2011 ,punya la letih badan sampai suboh pun suboh gajah...lepaih pekena breakfast bihun udang besar,kami pun check-out dari rumah sahabat kita di Kuala Belait dan dibawa melawat sekitar kawasan minyak di Seria dan sepanjang pantai menuju ke tempat monumen 1billion barrel minyak yang telah dihasilkan....
Masya-Allah,kami lihat satu anugerah untuk bumi Brunei dimana dah la pelantar minyak banyak dilaut, di darat pun penuh dengan mesin-mesin pengepam minyak yang bertaburan....rasanya bilamana pemerintah cuba untuk mengambil sistem Islam, sumber hasil negara juga turut mendapat barokah dan rakyat turut merasai kemakmuran tersebut.. Pegawai-pegawai kerajaan menjalankan kerja dengan amanah dan jujur,rasuah pada kadar yang cukup rendah ataupun tiada...ini kerana imbuhan yang diberikan cukup baik seperti ganjaran tanah,rumah,pinjaman tanpa faedah, pakej haji dan lain-lain lagi.
Selesai dikawasan minyak, kami dibawa kekampong air sambil melihat suasana kehidupan disana...
Sebenarnya mereka bukanlah gulungan yang kurang mampu tetapi mereka ingin mengekalkan suasana kehidupan sebegitu,..ini dapat dilihat dari deretan kereta yang sesak yang diletakkan dikawasan parking didaratan...
Kami sempat bergambar kenangan serta mengambil gambar masjid ayahanda sultan...iaitu Masjid Sultan Umar Ali Saifuddin walaupun tak sempat untuk tahiyyatul masjid disana disebabkan kesuntukan masa ....
Malam tu, kami menginap bersama dengan sahabat kita di Asma Hotel, Bandar Seri Begawan memandangkan keesokannya kami akan check-in untuk ke KL agak awal pagi.
Sesungguhnya kembara ke Bumi Barokah ini semakin berakhir dengan seribu kenangan....
Layanan mesra serta kemakmuran yang dirasai rakyatnya menggamit sahabat-sahabat lainnya untuk turut sama merasai suasana ini..... Semoga Brunei terus makmur dan sahabat kita juga turut mendapat tempias darinya....dimana saja BumiMu jua Allah....
Awal pagi 25/07/2011, kami bangun seawalnya dengan dikejutkan oleh wake-up call dan bersiap-siap untuk check-out .

Kami sempat bergambar kenangan serta mengambil gambar masjid ayahanda sultan...iaitu Masjid Sultan Umar Ali Saifuddin walaupun tak sempat untuk tahiyyatul masjid disana disebabkan kesuntukan masa ....Menu malam itu ialah Dim Sum orang Islam buat serta Ayam Penyet Indon di Giant Brunei....
Sesungguhnya kembara ke Bumi Barokah ini semakin berakhir dengan seribu kenangan....
Layanan mesra serta kemakmuran yang dirasai rakyatnya menggamit sahabat-sahabat lainnya untuk turut sama merasai suasana ini..... Semoga Brunei terus makmur dan sahabat kita juga turut mendapat tempias darinya....dimana saja BumiMu jua Allah....
Awal pagi 25/07/2011, kami bangun seawalnya dengan dikejutkan oleh wake-up call dan bersiap-siap untuk check-out .
Sebelum bertolak balik,kami dibawa untuk breakfast sekali lagi dan kali ni kami pekena Nasi Katok sebagai kenangan breakfast di negeri Barokah ini.. Selepas itu kami terus ke Airport dan sahabat kita Tuan Pengiran Ir Mohamad Asri menghantar kami dan terus beredar meninggalkan kami dengan seribu kenangan di bumi barokah yang makmur serta rakyatnya hidup dengan penuh ketenangan.
Akhir kata, Aku dan kawan aku Tarmigi amat terharu dengan layanan yang diberikan oleh Tuan Pengiran Ir Mohamad Asri semasa kami tiba sehinggalah kami selamat balik ke Malaysia, satu kenangan yang sukar dilupakan.... Semoga Allah SWT merahmati dan memberkahi serta memurahkan lagi rezeki keatas sahabat kita ini dimasa-masa akan datang diatas segala layanan yang telah beliau berikan.... Jazakumullahukhairankathiira.....
Wassalam,
Jamal Nasir
Tanggal 30/07/2011
Subscribe to:
Posts (Atom)