Wednesday, December 9, 2009

Muhasabah diri kita.

Assalamualaikum,

Setiap pagi bangun dr tidur ,setelah berdoa maka renungkan hari ini. Baiki amalan supaya ianya lebih baik dari semalam.

1.      Sebelum tidur, renung apa yang telah kita kerjakan sepanjang hari ini, adakah ianya lebih baik dari kelmarin.

2.      Amalkan sembahyang malam dan sembahyang dhuha.

3.      Baiki sembahyang kita supaya lebih khusyuk.

4.      Kurangkan menonton tv bagi rancangan hiburan kerana ianya melalaikan kita mengingat allah.

5.      Mulakan kehidupan pg kita dengan membaca Al-Quran.

 

Sekian dr HPH untuk renungan kita bersama. 

INDAHNYA KALAU KITA HIDUP BERSYARIAT.

Tuesday, December 8, 2009

DI KEMUNCAK RINDU 1.......

Tanggal 23.6.1999...... Aku dah tak sedap badan dah 2-3 hari. Suhu badan hanya dapat diturunkan melalui suntikan yang diperolehi dari sebuah klinik swasta berhampiran dengan kondominium yang aku diami.

Dalam masa 2-3 hari ini juga aku terpaksa tidur dalam "bath tab" yang diisi dengan air (aliran airnya tanpa henti) dari pancuran. Tak sampai 15 minit aku dapat rasakan air yang sentiasa keluar dari pancuran menjadi begitu panas hingga di suatu peringkat isteriku terpaksa mengambil ketulan ais dari beberapa bungkus plastik yang telah sedia dibeli di kedai berhampiran untuk diisi didalam bath tab. Inilah siksaan yang aku rasakan paling perit sehingga ke hari ini.... bayangkanlah apa yang akan kita lalui menjelang hari kiamat sementara meniti proses "penantian" ketika berada di alam barzah. Sesungguhnya manusia ini tidak mempunyai apa-apa kudrat untuk menanggung kesakitan serta siksaan walau sekecil ini kecuali dengan izin ALLAH swt.

Seperti biasa pada keesokan pagi aku terpaksa bangun dengan tubuh yang masih basah (dari bath tab) untuk meneruskan hidup seharian bagi memenuhi tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Seawal jam 9.00 pagi aku sudah berada di muka pintu sebuah bank bagi menyempurnakan sebahagian dari urusan duniawi ku. Dalam keadaan yang serba tidak selesa baju yang aku pakai terasa basah walaupun berada di dalam sebuah bank yang di kellilingi oleh beberapa penyaman udara. Nikmat untuk merasai kesejukan sudah di angkat oleh ALLAH untuk diganti dengan kepanasan yang amat membahang. Setelah urusan selesai, aku melangkah keluar dari pintu bank berkenaan...dan tiba-tiba aku telah jatuh pengsan...tidak sedarkan diri.. dan pada ketika inilah aku merasakan aku telah dipanggil oleh ALLAH untuk menemuinya.......bersambung

Saturday, December 5, 2009

MAJLIS SILATURAHIM DI SALA CLASSIC, ALOR MENGKUDU, ALOR STAR, KEDAH


Salam,

Akhirnya…confirm kita akan buat Majlis Silaturrahim Pelajar SMDSO SRP’78 & SPM’80 di Restoran Sala Classic Tomyam & Seafood, Lot 5468, Plot 5&6, Jalan Alor Mengkudu, 05400 Alor Star, Kedah.

Tarikh : 25 Disember 2009 jam 9.00 malam
Sumbangan RM20.00/seorang (Bank-in AC. Abd Halim Ahmad BIMB 02039010041888 - Bendahari)

Bertemu kembali setelah hampir 30 thn tamat alam persekolahan. Ramai yg akan turut serta sejauh dr Brunei & Sabah.

Harap dpt turut serta dgn membalas sms ini serta memberi alamat lengkap utk kad jemputan. Julung2 kali diadakan. JANGAN KETINGGALAN.

SILA SAHKAN KEHADIRAN ANDA. BALAS SMS DENGAN MENYATAKAN ALAMAT LENGKAP SEKARANG.

HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...

Setiausaha
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)
013-481 7373

Monday, November 30, 2009

KENDURI BACAAN YASSIN DI KUBANG SEPAT

Salam,

Semalam aku dihubungi OCPD Azim waktu lepaih Maghrib. Dia habaq akan balik KEDAH pd 4 Disember 2009.

Satu lg dia wakil kt aku jemput semua sahabat mai kenduri di umah mentua dia di Kg. Kubang Sepat, jalan Jitra-Sg. Korok. Sapa x tau umah kena p dengan akulah. Kenduri lauk kijang...wa cakap lu. 4 ekor dia bawak balik...perghhh

Kenduri Bacaan Yassin lepaih Maghrib 5 Disember 2009.

Mai Jagan X Mai no....kita buat mini gathering kt situ pula.

HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...
MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)

Saturday, November 28, 2009

MINI GATHERING RAYA KORBAN 2009

Salam,

Semalam…Hari Raya Korban pertama seperti biasa kami adakan Mini Gethering di tempat selalulah..Restoran Pokok Ceri. Lepak dan minum sambil chit-chat sampai pukul 3.00 pagi.

Aku sampai lewat sikit…tak lah lewat sangat macam kawan aku tu…tapi OK lah dia sampai juga. Aku tengok Pengerusi kita (RAR) dan MKM dah ada. Kira aku orang ketigalah…lepaih tu Jamal sampai, kemudian Luth (Kamarulzaman Sarajul). Aku hampir tak perasan dia ni…tapi dia macam biasalah gempaq abih. Dia panggil aku nickname yang lama aku tak dengaq…MORE

Setelah tu sampai Krie Ahmad, Dr Shaltut, Md Nan (KEMAS, segak bergaya…baru boleh anak kecik. bini dalam pantang…oops bukan, dia yang dalam pantang), M Ulwi BH, Halim Pak Haji dan akhir sekali Man Salim…baru abih keja.

Tapi Dr Shaltut kena balik awal..on call dari Pusat Rawatan Mahsuri. Tapi takpa dia bagi duit untuk settle jamuan malam ni. Lepaih tu Md Nan pula minta diri pasai esok nak buat korban…tapi orang lain pun adajuga buat korban. Yang aku tau Jamal, HPH pun nak buat korban tapi lajak sampai pukul 3 pagi. Cuma yang beza tu dia anak kecik tak leh balik lambat nnt kena sampuk jin ka pulak. Tapi akhirnya MKM yang belanja...duit Dr Shaltut kita masuk tabung kata Bendahari HPH.

Menariknya malam tadi pasai RAR ada bawa foto lama-lama dulu. Nostalgia betui. Foto kelas 3A & 4 Sains 2 (ramai-ramai). Semua pakat minta aku tolong peghembang pasai spotlight dah blurrrr. Nasib baik aku masih bleh cam semua member-member tanpa pakai kacamata. Hatta gambaq depa sendiri pun tak cam dok baris mana. Tapi HPH & Luth takdak dalam gambaq-gambaq tu. Pun tak tau pasai apa…(tuang kelas kot…hehe)

Kami preview aturcara program yang akan dibuat pada 25 Disember 2009 ni. Dan kami request Man Salim main selagu pada malam tersebut…Insyaallah dia bagi komitmen (Belaian Jiwa). Semua yang hadir nnt akan diberikan Koleksi Foto Nostalgia SMDSO dan senarai kontek serta alamat lengkap semua sahabat-sahabat kita.

Apa-apa pun semua diharap dapat meluangkan masa untuk hari tersebut…memandangkan Jawatankuasa Penaja telah berusaha untuk mengajak Ex-SMDSO di perantauan pulang khas di hari itu. Insyaallah minggu depan kita akan buat jemputan kepada senarai pendek nama-nama yang dikumpul. TUNGGUUUUUU…

Sekian,

HIDUP INI SANGAT INDAH JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH...

MOHA RAZIFF RAMLI (MORE)

Monday, November 23, 2009

JEJAK SILATURAHIM EX-SMDSO SRP’78 & SPM’80

Salam,
Semalam kami berjumpa lagi di tempat biasa, Restoran Pokok Ceri. Meeting untuk finalize Mesyuarat Majlis Silaturahim Pelajar SMDSO SRP’78/SPM’80. Tapi CIKGU SOEKARNO tak dapat mai…yang hadir HALIM PAK AJI, DR SHALTUT, JAMAL NASIR dan AKU.

Ada surprise…kawan lama tiba-tiba jengui. Hangpa tau sapa? MAJID anak pak Wahid, Percetakan Siaran…macam profesor. Memang profesor pun…ahli astronomi. Agak lama juga kami tak jumpa dengan dia…since aku abih kat UTM ada terjerghembab dengan dia sekali kat Kedai Komputer KEMTRONIK. Dia kata FATHI ABU BAKAR masih kat Proton di Shah Alam. Nanti nak suruh M ULWI BH pi cari tengok.

Aku dihubungi melalui SMS oleh kawan lama juga…dari Skudai, Johor…MOHD. KHIR MUHAMMAD…Mat Khir Kecik. Dia ni aku pernah terserempak dekat RNR Seremban dalam Stesen PETRONAS. Sebab tu aku dapat no. contact dia. Tapi katanya dia mungkin tak dapat nak mai majlis kita pada Disember ni sebab ada hal…Raya Haji ni dia balik. Mungkin ada perkembangan terbaru…aku akan laporkan.

Yang aku telah hubungi dan bagi komitmen untuk InsyaALLAH hadir pada majlis tersebut ialah CHE IE (SALEHI HASSAN), MAT BONE (SOBRI ZAINOL), IE PAK NON (ZAHARI ZAINOL), LEH KARTUN (SALEHUDDIN ABDULLAH), ZUKRI ALI (dia akan cari RAZALI MIHAT sama), KRIE AHMAD dan ROSLISHAM. PAK YA juga ada call aku…dia kata InsyaALLAH akan bersama-sama pada majlis tersebut.

HALIM PAK AJI ada call BANG BAI (GHAZALI LEBAI AWANG), dia kat Bukit Jalil (Cikgu), BAE KADIR, BAKRI OMAR, CHANANDIN. InsyaALLAH semua beri komitmen untuk mai. Dia ada call mak AZALI MUSTAPHA untuk dapat no contact AZALI (berita terakhir kata AZALI kahwin dengan orang Korea) tapi belum dapat dihubungi lagi. Lepas ni HALIM PAK AJI akan cuba untuk call dan ajak ke majlis kita AZIM ABDULLAH (AVTAR SIGH), YB DATO AZIMI DAIM, BADARUDDIN, FAKARUDDIN. HALIM kata kalau sapa tak mai kali ni walaupun sat….nama dia kami nak potong dari senarai Komuniti EX-SMDSO SRP’78 & SPM’80..lepaih ni tak jemput dah.

Jamal pula kata dia akan usahakan untuk dapat mencari SHAFI ALI dan LAN SIAM.

Yang memang confirm akan mai pada hari tersebut...ASRI AHMAD (dah beli flight ticket), M ULWI BH dan depa-depa yang tinggal sekitar Aloq Setaq lah.

Ikut SOEKARNO, majlis kita akan diadakan di SALA CLASSIQ, ALOR SETAR. Details nya nanti akan dimaklumkan kemudian.

Dalam melaksanakan majlis ini ada mereka yang tak dapat kami jejaki. Oleh itu jika sekiranya ada yang maklumat tentang depa ini tolong salurkan maklumat kepada jawatankuasa ini. Senarai adalah seperti berikut :
Ahmad Nizar Sulaiman, Ali Kassim, Affandi Abdul Ghani (Unta), Asri Bin Mat Zin, Hamzah Bin Harun, Haris (Lubuk Merbau), Idris Ahmad, Ikram, Junaidi Bin Mahmud, Khairul Anwar Mohd Shariff, Lawrence, Mahmud Malim, Mohammad Fathi Abu Bakar, Mohammad Shafi Ali, Mohd. Rais Bin Hamid, Mohd. Razin Bin Ramli, Mohd. Zani Bin Samsuddin, Rahmat, Rosjan, Salleh Abdul Rahman, Salmi Mahmud, Shauki Bin Chik, Shukur Ahmad (Bukit Pinang), Syed Putra, Yusuf Abdullah, Zulkifli Bin Kassim, Zailani Mohd Zain, Zaki Mahmud (Pendang) & Zamus Bin Zakaria.

Perpisahan ini telah mejangkaui 30 tahun...namun terasa bagai baru semalam kita meninggalkan alam persekolahan. Manatau ada yang dah nak terima menantu...senang nak panggil kenduri atau silap-silap jadi besan. Oleh itu kerap-keraplah keep in touch....adios. Illal liqo’ maasalam.

SALAM UKHWAH
MOHA RAZIFF RAMLI

Friday, November 20, 2009

MOGA DIPANJANGANKAN UKHUWAH
DAN DIPERTEMUKAN DENGAN YANG LAIN

MOHON KERJASAMA .. dalam PENCARIAN
sesiapa yang pernah menuntut di sekolah men dato syed omar, ALOR STAR KEDAH
semasa tingkatan satu - 1976, tingkatan dua -1977
tingkatan tiga 1978, tingkatan empat 1979 dan
tingkatan lima 1980
sila hubungi sukarnohamid@yahoo.com
019-5987842
atau anda mengenali mereka berikan maklumat kepada sy

Mini Gathering Aidul Fitri 2006 di Restoran Pokok Ceri
Yang Hadir : Pak Ya (Baju Merah Kanan), Halim Pak Aji (Kanan Sekali), Jamal Nasir, Man Bashah (Pertama Kiri), Ramli Langgar, Dr Shahtut (Baju Merah Kiri)
Moha Raziff & Sokarno (Tiada Dalam Gambar)

Majlis Silaturahim Pelajar SMDSO SRP’78/SPM’80


Majlis Silaturahim Pelajar SMDSO SRP’78/SPM’80 dan adalah dianjurkan pada kali pertama ini secara tertutup. Jawatankuasa Penaja bagi sambutan majlis tersebut seperti berikut :

Pengerusi – En. Ramli Bin Abdul Rahman
Bendahari – En. Abd. Halim Bin Ahmad
Setiausaha – En. Moha Raziff Bin Ramli
AJK – En. Soekarno Abdul Hamid
AJK – En. Jamal Nasir
AJK – Dr. Ahmad Shaltut Othman

Tarikh yang dicadangkan adalah 25 Disember 2009 memandangkan terdapat cuti umum sempena Sambutan Hari Krismas.

Tempat bagi melaksanakan majlis tersebut akan di tentukan kemudian.

Aturcara tentatif :
Ucapan Aluan Pengerusi
Majlis Ta’aruf
Sesi Cerita-cerita Nostalgia
Anugerahan Cenderahati
Sesi Fotografi
Doa Selamat

Nostalgia ini sudah hampir 30 tahun kita meninggalkan SMDSO. Ada diantara kita dah jadi Pengarah...kalu yang dak pun dah dekat-dekat dengan Pengarah, ada keja kerajaan, ada sendiri dan ada dah jadi Usahawan berjaya dan yang belum berjaya, ada yang di dalam negeri dan ada dok di luaq negara..Brunei ada, UK...Sabah dan macam-macam.

Kami cuba kumpulkan depa-depa ini, lebih lanjut nnt tanya waktu perjumpaan lah.

Mai JANGAN TAK MAI...nnt anda akan dihubungi oleh kami...klu dak pun email sy. mungkin kami takdak no kontek anda...

SALAM UKHWAH
MOHA RAZIFF RAMLI